Hari ini bangun jam 5 lebih. Turun ke bawah, masak air. Sementara itu, tonton TV - Rona Roni Makaroni. Selepas solat Subuh, keluar rumah dengan En. Suami (jam 6.15 pg) ke Chow Kit. Kira 'Hari Ini Dalam Sejarah' la. Selalunya, En. Suami tu, kalau diajak ke pasar pagi-pagi, dia akan kata, 'orang yang jual tu pun belum bangun lagi'.
Ada sebabnya pergi pasar pagi-pagi. Ikuti kisah seterusnya..hehehe.
Dari pasar, singgah beli nasi lemak di Kg. Baru. Dalam perjalanan balik, singgah di gerai makan roti canai dan minum milo ais. Balik ke rumah, bersihkan ayam dan sotong yang dibeli tadi. Jam 8.00 pagi, suruh bangcik dan adik mandi. Siap-siap untuk keluar. 8.45 keluar menuju ke Seksyen 23, Shah Alam.
Sebenarnya, hari ini suami ada tugas khas sebagai pengiring dari Syarikatnya kepada rombongan anak-anak sekolah yang terpilih dari seluruh Perlis dalam lawatan mereka ke Kilang Roti Gardenia. Jam 10.00 pagi bas rombongan sebanyak 2 buah tiba di kilang tersebut.
Jam 11.30, kami mengiringi rombongan tersebut ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk jamuan makan tengahari. Memandangkan anggota rombongan tersebut sudah cukup ramai dan restoran berkenaan bagai tidak cukup ruang, aku memberitahu suami yang aku mahu membawa bangcik dan adik untuk makan di Restoran Santai yang berhampiran. Ops! aku bukan sombong.. tapi, aku tak mahu menganggu bajet yang telah ditetapkan untuk para pelajar dan guru tersebut.
Di Restoran Santai, menu kegemaranku sudah tentu Mi Bandung. Adik dan bangcik makan nasi dengan lauk-pauk yang sesuai dengan selera mereka - telur bungkus, telur dadar, sayur campur dan sotong goreng tepung. Minuman ikut selera masing-masing, yang pasti air kosong mesti ada sekurang2nya 3 gelas.
Tugas suami hanya sampai di TTDI sahaja kerana selepas itu, rombongan tersebut punya acara lawatan mereka sendiri. Dari TTDI, kami anak beranak terus saja menuju ke Banting untuk berjumpa Angah dan menghantar sedikit barang dapur untuk keperluannya.
Di Banting, sempat singgah di Kedai Cendol yang dicadangkan oleh Adik (Rahmah@Akak).
Sampai balik ke rumah dah 4.30 petang.. penat weh!
Sekian...laporan untuk hari ini :)