Klik klik

Rabu, November 18, 2009

Balik lambat lagi...

Petang semalam ada perbincangan dengan boss. Mula jam 3.00 petang, habis jam 5.30 petang. Sesekali En. Suami tunggu, apa salahnya kan?

Tak sempat solat Asar, aku keluar dari pejabat. Sebenarnya, suami ada urusan di Putrajaya. Aku cadangkan pada suami, tak payahlah balik ke rumah, kita terus saja ke Putrajaya. Suami bersetuju. Jadinya, dari pejabat aku, kami terus menuju ke Putrajaya. Kami singgah solat Asar di Hentian Seri Kembangan. Malangnya, telekung yang biasa ada dalam kereta telah aku keluarkan sewaktu aku ke Sabak Bernam hari Isnin lepas. Jadi, aku berharap ada telekung yang disediakan di Surau hentian tesebut. Memang ada - 3 helai telekung dan hanya sehelai kain! Itupun sedang digunakan. Terpaksalah aku menunggu giliran. Nasib baik ada seorang wanita yang usai solat sudi meminjamkan telekungnya untuk kugunakan.

Tiba di Putrajaya, aku dan suami menunggu masuk waktu Maghrib dan menunaikan solat sebelum ke tempat tujuan. Tujuan kami ialah ke rumah Pengurus Kanan Perhubungan Korporat Syarikat tempat suamiku bekerja. Dia mengadakan jamuan makan malam untuk kontijen Sabah dan Sarawak yang sampai pagi tadi. Kontijen ini akan bergerak ke Kedah selepas makan malam tersebut. Aku kan penyibuk! Jadi bila suami mengalu-alukan kedatangan rombongan itu, aku pun turutlah sama jadi mak kepoh.. kan..kan..kan..

Jamuan tersebut lewat lebihkurang 45 minit untuk dimulakan kerana menanti ustaz yang sepatutnya datang untuk membaca doa, tapi terlewat sampai! Akhirnya majlis terpaksa dimulakan dengan doa dibaca oleh 'ustaz bidan terjun' (huh... nak harap En. Suami? dia kata ilmunya dah habis turun kat Along.. tak tinggal lagi kat dia.. ada kaaaaa..)

Selesai makan, kami meminta diri dari tuan rumah dan kontijen tersebut untuk balik ke rumah. Sampai rumah dah 9.30 malam. Ada dua bakul kain baju menunggu untuk dilipat. Dua beg besar dah menanti untuk dimasukkan isi. Aku kena bereskan semua itu. Termasuk meja makan yang mesti dikemaskan. Adoiiii....

Semuanya selesai jam 11.30 malam. Pagi ini, bangun sebelum 5.00 pagi, kemas lagi apa yang patut. Tak masak pagi ini. Cuma bancuh air je. InsyaAllah, lepas pejabat nanti, kami akan menyusul ke Kedah..

35 ulasan:

  1. waaa..lamanya meeting dgn bos. sampai 21/2 jam. Ni nak buat resolusi baru ye, bagaimana nak menarik pelanggan supaya sentiasa minum air yg kakcik bancuh kan? lepas tu buat budget sikit, mcm mana nak kurangkan kos buat air, tapi air yang dibancuh tetap kow kow !! hehehe..

    BalasPadam
  2. Fa...

    pandainyaaaaaaa.. :)

    sesekali kenalah ubahsuai bancuhan kan?? bagi ada kelainan sikit...hehehe..

    BalasPadam
  3. Saya kagum dengan Kak Cik, macam-macam boleh buat (kalau komputer Kak Cik ni kategori "multitasking"). Semoga Kak Cik terus sihat dan menjadi Super Mom dan Super Wife.

    BalasPadam
  4. Salam Sis..:)Muahss:):)
    Errmm...nak g bercuti kann malam ni ekk??LAmanya kakcik kat sana..ermm..harap Kakciks sihat..dan ceriaa di sanaa:):)

    BalasPadam
  5. Zool..

    eh! iye ke? Kadang2 kita pun tak perasan yang kita dah buat macam2.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Tini.. muah muah muah...

    Kalau nak diikutkan, kaki kakcik ni masih juga sakit.. Tapi, kakcik nak buat degil je.. selagi terdaya, kakcik teuskan langkah :)

    BalasPadam
  7. salam n morning kakcik

    bz nyer kakcik minggu ni..jaga diri bebaik kakcik, ubat-ubat yang patut dimakan tu jangan sampai lupa pulak k..

    Selamat berusaha ...

    BalasPadam
  8. Salam mamamin.. morning..

    kakcik bawak ubat sapu je kot.. Takut la nak makan ubat2 tu.. hari ini, baca kat akhbar, ada wanita tu jadi obesiti selepas makan jamu untuk sakit sendi. Skrg beratnya 200kg! huhuhu....

    BalasPadam
  9. kak cik, saya bab lipat kain nie cukup malas.. klu boleh nak gantung semuanya...

    BalasPadam
  10. Kuina..

    dah tak ada pilihan .. nak buat macam mana.. hehehe... :)

    BalasPadam
  11. wow bizinyer kakcik..lompat dari rumah zz :)

    salam kenal.. :D

    BalasPadam
  12. kakcik,
    baru dapat bukak blog kakcik... selamat bercuti ke utara.....

    BalasPadam
  13. Abu Muaz..

    Salam.. calon menantu?? hehehe.. lain tahun la kita cerita! ;-)

    BalasPadam
  14. Salam Echah..

    terimakasih kerana sudi singgah dan 'ikut' blog kakcik.. Nanti kakcik singgah kat 'umah' echah, ya.. :)

    BalasPadam
  15. Adik...

    syukurlah Adik dan keluarga dah selamat kembali. Kat HS ke ni? :)

    BalasPadam
  16. Selamat datang ke KEDAH dan selamat kembali ke Selangor dgn selamatnya..

    BalasPadam
  17. Yer,
    sedang dialysis sekrang ni. Ikut hati malas nak sambong tidor tapi kalau tak cuci, masuk CCU lak... tak kuasa..

    BalasPadam
  18. Adik...

    sambil dialisis boleh tidur kan??? Cubalah bawa tidur untuk rehatkan badan yang hampir semalaman dalam kereta tu :)

    BalasPadam
  19. kakcik boleh tidur tapi tv bising.. lebih2 lagi kalau cerita ewah2... geram....grrrrrrrrr

    BalasPadam
  20. x suke la rancangan ewah2 tu.. entah hape2 je...

    BalasPadam
  21. 11malam masih awal, pukul 1am baru la lewat...tapi pagi masih muda...

    BalasPadam
  22. Nampak macam Kak CIK lebih seronok kat luar jerrr.. hehehehe...

    Takpa, Kak Cik kan kuat semangat, berjiwa kental dan seorang yang penyayang..

    Buat kerja wpun banyak, letih tapi dalam jiwa sangat ikhlas, tak rasa penat, kan? kan Kak Cik kan? >> senyummmm... moga Kak Cik ikut senyum sama..

    BalasPadam
  23. Zeq..

    utk seorg isteri, ibu dan wanita bekerjaya.. setiap detik adalah amat bermakna.. ewah! kunun laaa....

    BalasPadam
  24. Azie...

    kakcik memang suka 'outing' (bukan auta tawww...). Terperap aje pun, boring la... :)

    BalasPadam
  25. Salam Berjalan lagi kak cik...

    Bestnye boleh pergi kesana kemari kan bersama suami..zai teringin nak jumpa kak cik tapi terlalu banyak agenda yg perlu dibereskan tak tau berkesempatan atau tidak..apapun doakanlah mudah2an umur kita panjang dan dapat bertemu lagi dimasa-masa yg akan datang..

    BalasPadam
  26. wah kak...saya yg baca pun terasa penatnya ha

    BalasPadam
  27. tingat kisah sorang kwn dulu, masa tu dia duduk dgn foster parents Mat Salleh dia (form 7).. Tetiba je dia disuruh baca doa sblom makan.. Dia tenggelam punca tatau nak baca, tetiba kuar: Qulhuwallahuahad..

    tak jugak masuk Islam Mat2 Salleh tu.. Soal hidayah ni kan.. hmmm..

    BalasPadam
  28. kak cik, jaga diri, sibuk tu sibuk jugak ,kesihatan jaga yer...

    BalasPadam
  29. semenjak musim hujan nih,...isu yang ditimbulkan kaum ibu kebanyakannya 'kain yang belambak untuk dilipat'...wahh, sesuatu perkara yang mat menarik untuk dikongsi...~heheh..

    BalasPadam
  30. Daud,

    bukan itu sahaja, sidaian penuh belum kering he.kain tebal..kena iron,,,

    BalasPadam
  31. Salam semua...

    kakcik dah balik ni...
    nanti kita citer later2 ek? :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...