Klik klik

Rabu, November 11, 2009

Seandainya Mampu, Hulurkanlah Bantuan

(dari blog http://saifulislam.com)



Kesihatan Ahmad Khariri al-Hadi sentiasa terumbang-ambing.

Komplikasi yang dialami kesan daripada pendermaan hati yang dilakukannya dulu, semakin pelbagai.

Terkini Ahmad Khariri disahkan perlu menjalani pembedahan pada 10 November 2009 untuk kes adhesion colic. Beliau memerlukan pembiayaan sejumlah RM12,000 untuk pembedahan ini dilakukan.

Saya dengan penuh rasa rendah diri, merayu kepada para pengunjung blog Saifulislam.Com ini menghulurkan bantuan seikhlas mungkin bagi membantu saudara kita ini. Panjangkanlah juga pesanan ini kepada sesiapa sahaja yang saudara saudari rasakan boleh membantu beliau.

Ahmad Khariri al-Hadi Md Yusop boleh dihubungi di talian 017-6351057 atau email

Sumbangan juga boleh disampaikan terus melalui akaun bank beliau di MAYBANK, 162106646530.

12 ulasan:

  1. salam dan selamat pagi kakcik

    InsyaAllah kakcik, akan membantu sedaya yang boleh, dan akan memanjangkan kepada rakan lain di luar sane yer..

    Sama2 berdoa agar Ahmad Khairi diberikan keberkatan dan kerahmatan diatas apa yang telah di sumbangkannya sebelum ini..

    Amin~~~

    BalasPadam
  2. Salam Mamamin..

    memanjangkan berita ini juga sebagai satu usaha untuk membantu, kan? :)

    BalasPadam
  3. kakcik,
    insya'allah sama2 kita menyumbang untuk ahmad khairi...

    BalasPadam
  4. Eh eh adik.. kakcik dok pergi jerit kat rumah Adik, rupa-rupanya Adik ada kat sini. :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik...

    terimakasih berpesan-pesan... Sama2 lah kita mendoakan yang terbaik buat insan lain...

    BalasPadam
  6. Salam Azie..

    bukan semua orang mampu memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit.. sekurang2nya dengan memanjangkan khabar ini, kita memberi peluang kepada insan lain membuat kebajikan. Tak gitu? :)

    BalasPadam
  7. Semoga masalah yg dihadapi dapat diatasi dgn segera..InsyaAllah

    BalasPadam
  8. LB...

    mudah2an begitulah hendaknya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. InsyaAllah....terima kasih atas usaha baik ini.

    BalasPadam
  10. Insyaallah Allah brsama org2 yg sbr

    BalasPadam
  11. Abu Muaz..

    mudah2an kita sama2 dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh Saudara kita itu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. Dik Maiyah..

    rahmat Allah itu Maha Luas.. cuma kdgkala kita terleka...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...