Klik klik

Sabtu, November 28, 2009

Sarapan Quaker Oat

sambil mengadap Konsert Alam M.Nasir di TV.

Mesin basuh sedang 'membasuh kain'.
Adik ngan bangcik serta 2 sepupu mereka masih tidur.
Suami di Kuching - pagi2 dia dah telefon tadi.. dah nak bergerak ke tempat acara Qurban dijalankan.
Along dah ke masjid semula untuk bergotong royong menyempurnakan acara Qurban.
Angah di Banting... suruh balik tak mahu, entah macamanalah mengulangkaji sampai tak nak balik. Isnin ni dia ada ujian akhir semester sebelum bercuti panjang.

Sekejap lagi nak goreng nasi je untuk anak-anak yang masih lena diulit mimpi tu..

20 ulasan:

  1. Selamat bersendirian...bila kita baca kita pun trasa sepi gak, sumer org dlm umah ni lepas subuh ada yg zzzz balik, ada yg dah ke surau, tinggal kita 'sorang' jer....
    pasni nak goreng nasi gak, kalu umah dekat2 boleh kita makan berdua ek? kasi meriah sket...
    tapikan tapiii..tadi kita jenguk Ibu n Abah kat umah dia sat, tetiba ati sediiiih sgt bila baca pasal masalah kesihatan dia tu...ati ni rasa mcm begenang duka, kita syian sgt kat dia, hrp2 lah dia istiqamah jaga kesihatan kan?
    sekurang2nya I rasa syukur masih sehat lagi..Alhamdulillah.
    arini u sehat ker?

    BalasPadam
  2. QJ..

    kdgkala sepi itu indah..adakalanya terasa mcm diri yang terbuang :(.. kalaulah..kalaulah duk dekat2 boleh gak kita makan bersamakan? sambil sembang2...sambil gossip2.. sambil cerita itu ini.. Alhamdulillah, hari ni rasanya ok gak kesihatan kakcik ni.. masih mampu masak dan sidai kain di ampaian (selalunya suami yang buat kerja tu!).. sakit2 di kaki masih terasa..

    Tapi, apa sangatlah sakit kakcik ni berbanding dengan apa yang dilalui oleh Rahmah (ibu d Abah) tu kan??? Adik (Rahmah) memang seorang wanita yang hebat!

    BalasPadam
  3. Kakcik ada juga nasi untuk digoreng...
    CM baru tiba dari rumah bonda malam tadi. tak ada satu apa pun kat dapur..
    pagi-pagi lagi round cari sarapan..nasib baik ada orang jual nasi berlauk ..

    BalasPadam
  4. Saya sarapan nasi himpit dan lauk-pauk semalam je. Semalam adik-beradik & makcik-makcik saya datang ziarah kami sekeluarga(5 kereta) bawa bekal (nasi himpit, ketupat, rendang minang, butter prawn, mee goreng, rendang tok, hati, dll. Kami menghabiskan "ration" semalam.

    Meriah sungguh semalam. Sesuatu yang kami tak jangkakan.

    BalasPadam
  5. kakcik...naper lar Ibu N abah tak bg I masuk umah dia? nak tanya khabar pun syusyah....

    BalasPadam
  6. sy makan nasi impit ngan kuah kacang :D

    BalasPadam
  7. CM..

    kat area rumah kakcik ni, tauke kedai makan masih beraya... depa tak bukak kedai..

    BalasPadam
  8. Zool (abaikan ejaan kat atas tu.. gara2 malas nak pakai cerminmata!)..

    wah.. rezeki tu.. Alhamdulillah, tak payah susah2 wardah nak masak :)

    BalasPadam
  9. QJ.. awatnya? dia tak bagi masuk lagu mana? dia kunci ka rumah dia???

    BalasPadam
  10. Zeq.. kesian kat kakcik jauh ngan Zeq ke?? ;-)

    BalasPadam
  11. Dk maiyah..

    kuah kacang tu kesukaan kakcik tau...

    BalasPadam
  12. best le ya kak dapat cuti...lauk korban te masak ape?...

    BalasPadam
  13. Cikgu Jang...

    tgh fikir ni.. daging tu nak dimasak kari ke nak dibuat rendang? :)

    BalasPadam
  14. Abu Muaz..

    konon2 nak mengurangkan kolestrol! Tapi makannya, sebulan sekali je :)

    BalasPadam
  15. Salam Babah..

    kakcik selalu intai blog babah tau.. cuma tak tinggal pesan je!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...