Klik klik

Ahad, November 29, 2009

Nak merungut juga!


Siapa yang suka sangat merungut tu???

Akulah.. siapa lagi?

Pasal apa nak merungut?

Macam mana tak merungut?

Asal hari cuti je.. semuanya macam tak reti-reti nak bangun. Lepas Subuh, tidur balik... selagi matahari tak memancar terik, tak bangun. Kalau cuaca redup atau hari hujan.. lagi sedap tarik selimut. Bila bangun nanti, tengok apa yang ada bawah tudung saji. Letak bantal dengan selimut bawah tudung saji tu, baru tahu!

Semalam balik dari lapangan terbang dah dekat pukul 1 pagi. Penerbangan Suami dari Kuching yang sepatutnya berlepas jam 7 petang hanya terbang pada jam 10 malam. Tapi, pagi ini aku boleh bangun seperti biasa. Sediakan sarapan seperti biasa. Sekarang aku nak rehat depan TV je. Tunggu lelaki-lelaki Melayu terakhir kat atas tu bangun tidur...

18 ulasan:

  1. Betullah kakcik...I pun selalu rasa takder makna bila anak2 ada kat umah tp tkder depan mata, sumernya terperap dlm bilik...sunyi dan hampeh sungguh!
    Nak ikutkan tak elok sambung tido lepas subuh... tp sekali pikir lagi, dpd depa dok merayau kat luar tak tentu hala elok ler tido...lg pun cuti2 ni jer la boleh qadha' tidoo, kenangkan semula masa musim sekolah aritu, takdan nak panas bantal depa tu kan?
    I pikir, asalkan tak nyusahkan org, kira orite jer la tu...
    (sambil memecal2 rasa jaki pasal dpt cuti tp mata takmu tidoo, minggu depan dah start sibuk balik padan ngan muka aku.....)

    oh ya kakcik, sebenarnya I byk kali jengah bilik komen Ibu n abah, tp tak pernahnya sampai kat dia..tatau napa....apa kabar dia skrg ni kan? harap2 lar ok, ntah2 tgh joli n enjoy, ceh!takper la..asalkan dia hepi...

    BalasPadam
  2. QJ..

    blog adik tu (ibu dan abah) kena tunggu approval dia baru komen kita akan appear...

    Betullah QJ.. dari depa dok huha tak tentu hala..biagpi depa membuta kan?

    BalasPadam
  3. salam kakciks syang..
    biasalah anak2..kalau kita tk merungut berleter smpai petang balik ke malam msh atas tilam..
    tp la ni ida dah tk boleh nk berleter atau merungut..anak2 kt kg..tak bercakap lah gamaknya ida bila sorg2 kt rumah...

    BalasPadam
  4. Salam Ida Sayang...

    boleh gak berckp..telefon kan ada? Tapi itulah kan? Bila anak ada, kita rasa rimas dengan kerenah mereka..bila diaorg tak ada, rasa macam serba tak kena...

    BalasPadam
  5. nak rehat secukupnyalah tu, time cuti le pulun tido lelama kit heee

    BalasPadam
  6. Alahai Kak Cik...macam ni laah nasib kita, yang ada anak lelaki sahaja...Yang tidor satu hal,..yang bangun dok mengadap tv dan games satu bab lagi...lagi tension...si ayah pun sama..dah keluar, boleh balik sambung tidor...kita sorang laa yang jadi bibik sepenuh masa...Nak jerit dan berleter, dah tak larat...nanti naik darah tinggi...tanggung sendiri jelaa....

    BalasPadam
  7. anak lelaki dan perempuan sama saja....
    Anak lelaki sambung tidor selepas subuh.. anak perempuan pula ghaib selepas sarapan ( tidur juga kut)..

    BalasPadam
  8. Salam Kak. Saya dah ketuk kepala Mr Potato sebab kacau saya sebelum buat komen. He..he..Saya pun seperti keluarga ramai orang. Raya haji tak banyak aktiviti. Hari ini bawa anak-anak main boling di Alamanda, Putrajaya dan makan makanan barat (western food) di sana. OK juga. Sebenarnya Hari Raya untuk budak-budak. Jadi kenalah seronokkan mereka. Kita yang dah tua ni, terpaksalah akur yang zaman kita dah berlalu. Kena takbir jelah....

    BalasPadam
  9. salam kak cik, nampaknya bukan anak kakcik jer, saya n hband pun bgn tghr, hr ni. Semalm sampai dr kg dah kul 1, subuh lepas solat tido balik. Anak plg kecil tu bgn kul 8, bgn teman dia tgk tv, tp mata sy pejam. Kakak2 dan abang dia esok br balik. Boring takde aktiviti nak buat, kain banyak tak basuh, tp cam hari malas sedunia. Kul 10, bgn bancuh air, hband tido lg, pastu sy pulak tgk DVD-layan cite Harry Potter, kul 11.30 rasa ngantuk balik, anak pun dah meragam nak tido, saya pun bantai tido sama. Kul 12.30 bangun, hband kejut ajak g makan...hahaha... jd b'fast + lunch ler ni

    BalasPadam
  10. Salam kak...

    hehe.. anak perempuan saya pun amatlah liatnya nak bangun tidur.. nasib baik sekolah sini start kul 9 pagi... kalau 7.30 pagi macam kat Malaysia, jawabnya pergi sekolah dengan selimut2 tu ler jawabnya..hehe

    BalasPadam
  11. Salam. Nak marah-marah pun memang mereka cuti.

    BalasPadam
  12. Maiyah..

    memang sedap kalau dapat tidur.. masalahnya kakcik ni, bila ada masa.. mata ni susah pulak nak lelap. Tu yang jeles kat depa yang sedap 'berkroh' tu.. :)

    BalasPadam
  13. Ros..

    memang pun, ingatkan senyap kat atas tu, masih tidur.. rupanya dah bangun, basuh muka - terus mengadap game!

    BalasPadam
  14. CM..

    sudahnya, mak juga yang terkebil sensorang. Buat sarapan, dimakan tengahari... :(

    BalasPadam
  15. Babah..

    sesekali keluar anak-beranak, seronok juga. Tambah bila anak-anak dah besar panjang, tak lah susah hati macam jaga anak kecil yang berlari ke sana sini. :)

    BalasPadam
  16. Nanie..

    kakcik kalau tak boleh tidur, kakcik pasang TV.. penat duduk, kakcik baring. Penat baring, kakcik duduk... kalau dulu kakcik suka baca novel (huhuhu.. dah lama kakcik tak beli novel baru).. Rasanya lepas ni, kakcik kena beli dan baca buku2 Agama dan buku2 motivasi la...

    BalasPadam
  17. Salam Nida..

    itu yang dikatakan lain padang lain belalang, ya tak? Tak ke haru kalau pergi sekolah dengan kain selimut dan bantal busuk sekali.. :)

    BalasPadam
  18. Abu Muaz..

    buat abih air liur je kalau nak marah pun! :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...