Klik klik
Isnin, November 30, 2009
Cinta Baru?
Malam tadi, kami tinggal 3 beranak je.. bangcik dan adik mengikut adikku. Maklumlah cuti sekolah.. masing2 seronok nak bermain dengan sepupu2. Jangan nanti sekejap2 telefon, mengadu itu ini dah la..
Along kalau ada kat rumah pun, banyak terperap dalam bilik je..
Dah tak ada sesiapa, aku berehat je la.. Suami pulak ambil kesempatan mengemas rumah. Dengan bertuala.. menyedut habuk di sana sini. Rajin juga suamiku ni tau.. padahal siang tu sibuk kat tempat acara Qurban di Selayang. Setakat menyibuk je sebenarnya.. bukan dia yang menumbangkan lembu tu.
Tiba-tiba telefon rumahku berdering. Telefon rumah ni memang jarang sangat berbunyi.. Masing2 lebih suka menggunakan telefon bimbit je. Bila aku angkat telefon, suara perempuan dengan nada yang perlahan dan syahdu berkata..'kak, abang ada? nak cakap dengan dia boleh?'... disebabkan bunyi penyedut hampagas yang kuat, berkali-kali aku melaung 'abang..abanggggggg'. Suamiku mengangkat telefon di atas dan aku meletakkan semula gagang di bawah. (Aku kan sporting..hehehe...).
Lama juga suamiku bercakap. Suaranya pun kuat. Siap gelak ketawa lagi!. Tapi ada aku kisah? :)
Sebenarnya, suamiku sedang melayan luahan perasaan isteri kepada temannya. Siisteri mengadu yang sekarang suaminya sudah pandai bersms dengan seseorang. Siap bersayang-sayang lagi! Yang jumpa sms tu pula, anak kepada pasangan ini. Aduhai lelaki... setelah berbelas tahun hidup bersama... apakah baru perasan ada kekurangan pada isteri sendiri. Ataupun, sengaja suka ingin bermain api??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kak,
BalasPadamkalau nak berubah hati, sekelip mata jer. Kdg2 heran juge, apa sebenarnya yg di cari dlm hidup ni sampai sanggup bersayang2 dgn wanita lain sedangkan dah berpuluh tahun hidup bersama isterinya
kak cik..
BalasPadamyang perempuan tu kenapa lah pulak cari suami orang nak luah kan perasaan ....adoiiii..ni bukan kes batu api tau...hahahaha
Ini lah masaalah nya orang lelaki...agak nya hormon dia terlebih kot sampai nak mencari GF baru...tak pernah terfikir ke apa akan jadi pada rumah tangga sendiri kalau isteri dapat tahu...suka sangat ke berporak peranda setelah bahagia selama ini...
Saya ni pun tersangat lah tak paham dengan lelaki mcam ni...kesian isteri yang menjeruk perasaan...
kakcik,
BalasPadamsaya setuju dgn kak ezza... isteri teman suami kakcik tu, tak sesuai lah menalipon suami kakcik nak cerita ceriti masalah dia...
Salam my lovely KakCikS ..
BalasPadamermmm..statement'ada aku kisah..?'
Kdg2 kena ambik kisah jugaklah my dear sisss..:):)
teknologi yang disalahgunakan...
BalasPadamOrang kata lelaki bila sampai satu peringkat umur dia punya hormon "boost" balik. Ala-ala kucing jantan biang (orang kata, bukan saya kata). Mungkin si isteri perlu memberi lebih perhatian dan belaian.
BalasPadamSaya setuju dgn Pn Kartini, Kakcik kena ambik kisah.
Ros..
BalasPadamSebenarnya kakcik kenal lelaki ini. Dia memang jenis yang 'lepas laku'. Mudah mesra walaupun pertama kali bersua. Yang isteri dia risau (kakcik pun tumpang risau sama) perempuan tu yang 'perasan'. Maklumlah.. masih bersendirian di usia 46 tahun.. Tapiiiiii... tepuk sebelah tangan, takkan berbunyi, ya tak?
Ezza..
BalasPadamalasan perempuan tu.. sebab suami kakcik 'berkawan baik' dengan suaminya.. Jadi dia harap, suami kakcik dapat menasihati suaminya.. hmmmmm.. jangan nanti, harapkan pagar - pagar makan dawai! (bukan makan padi...)
Adik..
BalasPadamhehehe.. kakcik dah agak.. mesti ada yang akan kata macam adik tu.. Baru sebentar tadi, sang isteri menelefon kakcik, bagi sebab musabab mengapa dia telefon suami kakcik!
Tini sayang..
BalasPadamjangan risau.. dalam pada 'ada aku kisah' tu.. sebenarnya, kakcik memang kisah.. tu sebab asyik nak mengekor selagi boleh. Takut jadi kes macam ni lah.. Mula jadinya, sang suami 'out station' tanpa isteri....
Kuina..
BalasPadamkisah bermula di Indera Kayangan!
Zool..
BalasPadammemang kakcik kisah. Jadi tak kisah tu sebab kakcik mengenali keluarga tersebut. Tapi, bukan boleh percaya gak... ramai kaunselor yang terus melekat dengan orang yang dikaunseling, kan..kan..kannnn.....
Meramaikan umat tu...
BalasPadamBiarlah..jgn diikutkan sangat bisik2kan -ve tu..
Buat perasaan manjadi kusut je..
Tenang...
Sabar
..
LB..
BalasPadamperasaan seorang isteri.. apalagi bila suami main sembunyi2.. ditanya, tak mengaku... kalau berterus terang mungkin senang sikit cerita.. nak berperang pun senang! :)
kakcik..hati2 yer takut nnt lain pulak jadinyer tu..hiks :p
BalasPadammayb boring kot tu yg nak carik yg lain.apelagi kalau dah ade org dok tunggu.betul tak??
lelaki boring carik lain..kalau pompuan pun buat bende yg sama hancur rumah tangga :)
salam kak cik,
BalasPadamsaya pun stuju ngan bbrapa komen kat post ni. tak patut isteri org tu tel suami kak cik utk luah perasaan masalah dia & suami dia. dia tak ada kawan2 pompuan ke?
selalunya kes luah perasaan camni yg timbul kes skandal suami org ngan isteri org ni.. mula2 saling luah perasaan pastu timbul hal lain pula!
saya heran ngan manusia camni ni, knapa suka luahkan persaan, masalah ngan blainan jantina? kawan pompuan kat ramai. ALlah dah kata jgn kamu hampiri zina, benda2 camni ni menuju kearah tulah...
bukan nak jadi batu api pada kak cik, syukurlah kak cik salah seorang isteri yg sporting, memahami maksud suami kak cik..
saya dulupun camtu juga, tak kisah siapapun nak tel suami, bila masa atau dimana, camtu juga klu suami nak tel saper, tapi kdg2 manusia ni suka mabik kesempatan pd sikap baik & sporting kita.
kak cik kena juga ambik kisah & ambik tahu, takut menyesal kemudian hari, masa tu nak nangis airmata darahpun dah tak ada guna.
apapun smoga kak cik & suami akan terus saling faham memahami & sporting antara satu sama lain...
harap kak cik tak kecil hati ngan komentar mama ni....
Combi..
BalasPadamsebenarnya banyak cara nak hilangkan boring.. tapi, itulah kdg2, nak hilangkan boring, pergi cari penyakit pulak!
bab hati2 tu... setakat ini, memanglah sentiasa 'berhati-hati di jalanraya..' cuma kalau nak kena langgar juga.. hmmmmmm... nak kata apa, ek?? :)
Salam June..
BalasPadamsama sekali kakcik tak kecil hati dengan komen June.. dan kakcik dah bersedia sebenarnya dengan komen2 begitu.. cuma kakcik nak tengok macamana prihatinnya kita sebagai kaum isteri... :)
kak cik, sy pn sebenarnya nak tulis mcm pengomen lain, tp takut jd batu api,
BalasPadamcuma kakcik hati2 je la ye,
dan berdoa, semoga en suami kakcik tidak tergolong dalam golongan pagar yang makan dawai tu, hehehe
heiii kakcik, menakut dan menseramkan lah ini en3...I pernah ada pengalaman ni...mula tu tak kisah pasal kenal punya pasallah! lagipun dulu I cukup malu nak cemburu2, rasa mcm apa ntah! tapi lama2 kaaann...mmg lah laki kita kononnya lurus tp yg satu lagi mula nak wat hal lah plak! dh melebey2, bg betis terus nak peha, hah kau! masa nih I taknak pikir byk2 lagi, terus bg kata dua kat dua2...baru dia tau diam2 I bukannya bodo....padan ngan muka dia!
BalasPadamhati2lah kakcik, wlp kita sesama pompuan tp ramai pompuan kat luar sana yg takder maruah dan berhati kejam tau!...
skrg I mmg lebih suka berfikir buruk dr berfikir baik, nak kata apa pun kata lah, ha yg ni barulah I apa ada kisah?