Hari ini bangun jam 5 lebih. Turun ke bawah, masak air. Sementara itu, tonton TV - Rona Roni Makaroni. Selepas solat Subuh, keluar rumah dengan En. Suami (jam 6.15 pg) ke Chow Kit. Kira 'Hari Ini Dalam Sejarah' la. Selalunya, En. Suami tu, kalau diajak ke pasar pagi-pagi, dia akan kata, 'orang yang jual tu pun belum bangun lagi'.
Ada sebabnya pergi pasar pagi-pagi. Ikuti kisah seterusnya..hehehe.
Dari pasar, singgah beli nasi lemak di Kg. Baru. Dalam perjalanan balik, singgah di gerai makan roti canai dan minum milo ais. Balik ke rumah, bersihkan ayam dan sotong yang dibeli tadi. Jam 8.00 pagi, suruh bangcik dan adik mandi. Siap-siap untuk keluar. 8.45 keluar menuju ke Seksyen 23, Shah Alam.
Sebenarnya, hari ini suami ada tugas khas sebagai pengiring dari Syarikatnya kepada rombongan anak-anak sekolah yang terpilih dari seluruh Perlis dalam lawatan mereka ke Kilang Roti Gardenia. Jam 10.00 pagi bas rombongan sebanyak 2 buah tiba di kilang tersebut.
Jam 11.30, kami mengiringi rombongan tersebut ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk jamuan makan tengahari. Memandangkan anggota rombongan tersebut sudah cukup ramai dan restoran berkenaan bagai tidak cukup ruang, aku memberitahu suami yang aku mahu membawa bangcik dan adik untuk makan di Restoran Santai yang berhampiran. Ops! aku bukan sombong.. tapi, aku tak mahu menganggu bajet yang telah ditetapkan untuk para pelajar dan guru tersebut.
Di Restoran Santai, menu kegemaranku sudah tentu Mi Bandung. Adik dan bangcik makan nasi dengan lauk-pauk yang sesuai dengan selera mereka - telur bungkus, telur dadar, sayur campur dan sotong goreng tepung. Minuman ikut selera masing-masing, yang pasti air kosong mesti ada sekurang2nya 3 gelas.
Tugas suami hanya sampai di TTDI sahaja kerana selepas itu, rombongan tersebut punya acara lawatan mereka sendiri. Dari TTDI, kami anak beranak terus saja menuju ke Banting untuk berjumpa Angah dan menghantar sedikit barang dapur untuk keperluannya.
Di Banting, sempat singgah di Kedai Cendol yang dicadangkan oleh Adik (Rahmah@Akak).
Sampai balik ke rumah dah 4.30 petang.. penat weh!
Sekian...laporan untuk hari ini :)
Salam My dear kakCikS...
BalasPadamAduhaii..penat ekk..
Samalah kita..ni rehat jap..redah 'umah' sis.:):)
Pe2 akak byk2 rest yaa..:):)Muahhss..:):)
kakcik,
BalasPadambagaimana rasanya cendol banting tu?... biasa-biasa jer?... sedap?...
Awalnya kakcik bangun.....best tak pegi kilang Gardenia? Bersih tak pembuatan rotinya? Nanti kakcik story la ye. Sebab Fa memang tak makan roti lain. Mesti Gardenia.
BalasPadamSalam Tini dear..
BalasPadamkat Melaka lg ke?? Bawak2 rehat sama ye.. nanti x ilang lak migrain tu :)
Adik..
BalasPadammakan masa perut tengah kenyang, jadi x lah terasa sangat kesedapannya. Tapi, memang lengkaplah rasanya.. lemak manis berkrim. :)
Fa..
BalasPadamsebenarnya tadi kali ketiga kakcik ke kilang roti tu. Ditengok secara mata kasar, bersihlah nampaknya. X tau kot ada yg tersembunyi.. hehehe..
penat tapi berbaloi kot..
BalasPadamKak Chik
BalasPadamapasal nama saya tiada dalam acara makan cendol di Banting dekat masjid kan
Salam. Lapuran niii dari wartawan CNN ke atau Aljazeera?
BalasPadamMaiyah..
BalasPadamtak la berbaloi sangat! ;)
Hehehe.. Zeq biasa makan kat situ ke?? :)
BalasPadamAbu Muaz..
BalasPadamlaporan dari wartawan yang belum dapat tauliah tu!! :P
Salam Kak Cik..
BalasPadamSuka baca entri kak cik akhir2 ni..macam happy jer..tak macam selalu murung jer..zai pun kadang2 suka pergi awal ke market....sbb boleh pekena roti canai dan teh tarik sesekali bersama dengan suami.
salam Zai...
BalasPadamkakcik dah penat rasanya melayan kekusutan yang bagaikan tiada punca untuk dihuraikan.. jadi, lebih baik kakcik buat tak tahu je (buat masa ini la!).. kesian kat muka kakcik yg nampak lebih tua sebelum waktunya.. wakakaka...
sesekali dahi berkerut apa salahnya,
BalasPadamdan sesekali berkongsi dengan dengan BF baru best..
qah qah qah (hasutan peringkat tinggi)
masa nak buat lawatan memang dia orang akan jaga semua..jaga maruah kilang.
BalasPadamCatatan perjalanan sehari seorang wanita, seorang isteri seorang ibu...
BalasPadambila Kak Cik nak bawak kita orang lak melawat-lawat.. sebagai seorang kawan? hehehe...
Wahwahwah Zeq..
BalasPadamdah pandai nak menghasut ek??? biaseeeeeeee diee tuuuuuuuu... :)
Azie.. kalau nak melawat kakcik, insyaAllah bila2 pun boleh.... hehehe...
BalasPadam