Klik klik

Isnin, November 09, 2009

Catatan Perjalanan

Sabtu lepas aku, En. Suami, bangcik dan adik ke Teluk Intan. Kami melalui jalan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan terus ke Teluk Intan. Perjalanan mengambil masa sehingga 3 jam. Selalunya, kalau ke Teluk Intan, kami melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar melalui Bidor. Kali ini, sengaja bawa anak-anak melalui jalan lama. Bangcik yang duduk di belakang sekali merungut-rungut tak boleh nak baring dengan selesa kerana jalan yang tidak begitu rata. Sesekali merasai pengalaman begitu, kan bagus.. :)

Sampai di Teluk Intan lebihkurang pukul 2.30 petang. Singgah dulu di Kompleks Menara Condong kerana En. Suami dah lapar. Menara ni sebenarnya 4 tingkat sahaja, ya kawan-kawan.. Adik nak masuk ke dalam tu, tapi bukannya ada apa pun. Nak tengok keseluruhan Teluk Intan pun tak nampak!


Ini makanan adik

Ini pula makanan En. Suami


Lepas makan, kami terus ke Anson Hotel untuk daftar masuk. Hujan agak lebat masa tu.


Agak luas juga bilik Deluxe Hotel ni.. dengan kadar RM140 semalam, memang berbaloi. kalau aku datang berenam beranak pun, masih selesa.

Sempat lagi bersiar-siar di tepi Sungai Perak..



Malam.. ada jamuan makan malam di Rumah Rehat Teluk Intan.. layan gambar ajelah.. Pemilik kafe di situ ialah adik perempuan Jamal Abdillah. Masakannya memang sedap. Wanita bertudung hitam dekat pintu itulah orangnya. En. Suami membuat cabutan nombor bertuah dan menyampaikan hadiah. Masa aku menyampaikan hadiah untuk acara sukan, bangcik yang pegang kamera tak ingat pun nak ambil gambar. Di akhir acara, En. Suami dihadiahkan dengan cenderahati berupa bingkai yang mengandungi Surah Al-Ikhlas.









Dua beradik ni, masa orang tidur dia orang berjaga.. nak kejutkan pagi-pagi untuk bersiap memang liat...



Gambar tak jelas sebab jurukamera tak pro. Pagi Ahad bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah lebihkurang jam 11.00 pagi.

12 ulasan:

  1. Huiyooooo... Kak cik selalu berjalan yer... Best2...

    BalasPadam
  2. Kebetulan je Echam.. ikut En. Suami yang ada kerja. Tapi, kalau kakcik keluar kawasan, dia tak boleh ikut :)

    BalasPadam
  3. kakcik,
    yang nampak menyelerakan tu ialah ABC....(tengah berhantu minum ABC sekarang ni...)
    amboi... lovey doveynya kakcik.... ambil gambar berdua lagi...pegang tangan lagii....

    BalasPadam
  4. Aku dah lama tak ke Teluk Intan. Dulunya dipanggil Teluk Anson.

    Lama tak tatap Menara Condong ala-ala Pisa tu...

    BalasPadam
  5. Adik.. tu belum tengok lagi gambar yang terpaksa di sensored.. hahaha... Ala.. depan kamera je tu :)

    Kakcik pun skrg ni asyik haus je.. dan selalu mengidam 100 Plus..

    BalasPadam
  6. IM..

    menara tu pun jadi tempat anak-anak muda melepak je..

    BalasPadam
  7. Abu Muaz..

    jurugambar tak bertauliah tu! Ambil sesedap rasa je.. kakcik ngan anak2 la punya kerja.

    BalasPadam
  8. salam dan slamat pagi kakchik,

    seronok nyer dia berjalan-jalan..ape pun enjoy yer kakcik..

    BalasPadam
  9. Salam Mamamin.. selamat pagi..

    minggu depan nak ke utara pulak..

    BalasPadam
  10. Kalau berjalan makan angin dan rehlah..tentu tak de bunyi sakit kaki lagi kan...hhmmm
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. LB..

    sebenarnya sejak jumaat lepas, kakcik makan pil (kat botol tu tulis maajun).. mungkin juga itu penyumbang kepada kurangnya sakit kaki kakcik ni.. Alhamdulillah. (Tapi, terfikir juga kesan sampingannya...)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...