Klik klik

Selasa, November 24, 2009

Tips dari Azhar Sulaiman

Salam semua..

sebelum kakcik kongsikan catatan perjalanan/percutian kakcik, pagi ini kakcik nak kongsikan dulu satu tips yang kakcik dengar pagi ini. Dalam perjalanan ke pejabat tadi, kakcik mendengar siaran radio Hot.FM.

Azhar Sulaiman yang menggantikan Farah Fauzana buat sementara, memberikan tips sekiranya kereta yang kita pandu memasuki laluan yang ditakungi air. Dia kata, masuk gear satu dan tekan pedal minyak tanpa berhenti sambil teruskan pemanduan. Dengan berbuat demikian, air tidak akan memasuki enjin kereta. Sekiranya kita berhenti menekan pedal minyak, air akan masuk melalui eksoz dan seterusnya memasuki enjin. Ini akan menyebabkan enjin rosak dan perlu di overhaul.

Ok kawan-kawan... mudah-mudahan tips ini ada faedahnya buat kita dalam keadaan hujan dan air naik tanpa dijangka sekarang ini.

13 ulasan:

  1. Salam..
    Selamat bertugas kembali. Seronok bercuti?
    Terima kasih atas tips yang dikongsi bersama...
    tapi saya guna kereta auto, tak tahu boleh tak digunakan tips ni...

    BalasPadam
  2. Salam Shaniza...

    seronok dan tak seronok.. sekarang kan musim hujan, jadi nak jalan-jalan pun jadi tak selesa.. nanti kakcik ceritakan ya.. :)

    Azhar tak pulak bagi tips untuk kereta auto!

    BalasPadam
  3. salam kakchikseroja
    TQ saya pun boleh amek tips ni

    BalasPadam
  4. Salam Kak Cik..
    sarapan apa pagi ni? :)

    Azhar pakai keta manual ler tu agaknyaaa...

    Saya suka ujan, gilerrr... kalu dapat main ujan, alangkah bahagianyaaaa..

    Tip tu leh gunapakai untuk motor tak? Motor pun ada gak gear satu, kan? Motor pun ada exzos gak kan? :D

    BalasPadam
  5. Salam Ummu..

    kakcik sekadar mengongsikan apa yang kakcik dengar (syhhhhhhh.. kakcik tak bawak kereta.. kereta yang bawak kakcik!)

    BalasPadam
  6. Azie..

    dulu masa kecik2 kat kg.. memang seronok main hujan yang turun dari cucur atap :)

    BalasPadam
  7. teriima kasih info,

    pedal saya brek kaki dan tangan kanan

    nanti beli kereta boleh guna pakai

    BalasPadam
  8. Salam, selamat kembali kakcik...

    keta sy pn auto, tp konsep sama gk kot, tekan je minyak, jgn berenti kt tgh2 air. Kot la kan...hehehe...

    BalasPadam
  9. Salam Zeq...

    insyaAllah.. nanti2 boleh digunapakai :)

    BalasPadam
  10. Salam Ros..

    rasanya la kot.. hehehe... :)

    BalasPadam
  11. info yang bagus ni kak cik.. musim banjir skang ni

    BalasPadam
  12. Kak Cik...

    MAAF nak tanya.. lama tak bercerita pasal Ayah Kak Cik.. Apa kabar dia agaknya? ada berita yang saya tertinggal?

    BalasPadam
  13. Azie..

    bapa kakcik macam tu juga, tiada perkembangan terbaru :(

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...