Klik klik

Khamis, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Untuk yang menggunakan kenderaan darat, laut mahupun udara - selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali dari mana langkah bermula.

Untuk yang berkorban - dalam bentuk apa saja - ikhlaskanlah pengorbanan itu.

Kepada yang bercuti - semoga dapat bertemu kembali dengan cerita baru dan mungkin juga semangat baru.

Semoga selamat segala-galanya... mohon maaf andai ada tersinggung jiwa tersentuh rasa - ikhlas dari kakcik.

20 ulasan:

  1. Salam Kakcik Seroja. Ada petua mengelak kemalangan di jalan ketika pulang ke kampung. Hindarkan memandu berhampiran dengan lori dan bas ekspres kerana hantu-hantu banyak terdapat di situ. Berdoa jangan lupa. Biar lambat asal sampai. Selamat Menyambut Hari Raya Korban.

    BalasPadam
  2. Salam Babah.. InsyaAllah kakcik tak kemana-mana. Bercuti dan berhari raya di KL saja. Suami kakcik mungkin terbang ke Kuching petang esok dan hanya balik pada hari Ahad. Dia jadi wakil Syarikat untuk Majlis Korban di sana..

    BalasPadam
  3. Salam My Lovely KakCikS ..:)
    Selamat Hari Raya Aidil Adha..:)
    Rindu nak balik ni..jumpa makayah..!:):)
    Harap akak sihat:)

    BalasPadam
  4. Salam Tini sayang..

    kakcik ni badan sihat, kaki yang sakit..hehehe.. macamana tu ya? Tini balik ke mana? :)

    BalasPadam
  5. kakcik,
    selamat menyambut hari raya aidil adha...
    cik abang nak ke kuching lagi yer...
    tinggal kakcik di KL beraya ngan anak2...
    beraya dengan adik-beradik dan abah kakcik yer..?

    BalasPadam
  6. salam aidil adha pd kak sekeluarga

    BalasPadam
  7. salam kak cik,

    selamat hari raya korban..tak balik kg ke ? zai dah bersiap2 nak balik ke kedah ni.

    BalasPadam
  8. Adik..

    a ah.. Suami ke Kuching lagi.. petang esok dia pergi, insyaAllah Sabtu malam balik KL. Hari Ahad, acara di KL pulak..

    Kakcik raya ngan anak2, adik-beradik dan bapak je kot..

    BalasPadam
  9. Dik Maiyah..

    Salam Aidiladha buat Maiyah dan keluarga juga :)

    BalasPadam
  10. Zai..

    selamat balik kg. Hati2 walau di mana berada dan semoga selamat sejahtera. Bagi kakcik, hanya rumah dan pusara mak aje yg ada di kg! :(

    BalasPadam
  11. selamat semua , Raya dan qurban lembu

    BalasPadam
  12. salam kak cik seroja.. semua dah ok.. nnti lepas aidil adha abeli start update.. rindu sokmo... weh

    BalasPadam
  13. Salam raye kita kak cik .. salam semua
    Teman tak kenaipun Edros tu. Teman bukan Kg. Senggang, teman dalam Mukim Senggang.Tapi esok lepaih semayang raye, teman laluler ikut kg tu menuju rumah mak di Kati. Malamnye ade sikit kenduri doa selamat sebelum nganto mempelai ke Kelantan.
    Kak Cik kena risikler di kg tu. Manaler tahu kut2 dia ada anak dara yang boleh dijodohkan dengan Along. Bolehler berbesan ...

    BalasPadam
  14. Salam aidiladha Kakcik...
    Dgrnya sakit kaki, naper tu?
    jgn lupa amik ubat...moga ceria di hari raya ya...

    BalasPadam
  15. Salam aidiladha Zeq..

    berapa ekor lembu kena korban? jgn korban ekor lembu je tau...

    BalasPadam
  16. Abeli..

    tak sabo nak tunggu update terbaru dari Abeli ni :)

    BalasPadam
  17. Mamamat..

    Along teman tu muda lg.. harapkn badan je beso! Hari ni, dia jd imam utk solat Aidiladha dan solat Jumaat.. teringin nak buat menantu ke? Tapi teman tak mampu nak sediakan hantaran mehei mehei dan banyok banyok! :)

    BalasPadam
  18. QJ..

    kalau ikut kata Dr.. kakcik x boleh banyak berdiri, duduk atau berjalan. Hehehe.. jadinya kakcik kena baring je la.. membesarkn badan yg dah sedia besar ni!

    BalasPadam
  19. Salam Aidiladha buat Kakcik disakan semoga kesihatan Kakcik bertambah baik.

    BalasPadam
  20. Zool..

    salam aidiladha..semoga kesihatan Zool juga bertambah baik. Jangan makan daging banyak2 tau.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...