Balik dari pejabat petang semalam, dalam menggigil, gagahkan juga diri memasak. Asam pedas ikan senangin, tumis labu air dan sambal belacan. Cukuplah tu. Lepas hidangkan atas meja, naik ke bilik. Mandi. Lepas tu rebahkan badan. Pesan pada Angah, lepas solat maghrib nanti tolong picitkan kepala mak. Pukul 9.30 malam, Along balik dari masjid, minta belikan kueyteow goreng atau burger. Kueyteow tak ada. Makan sajalah burger sebiji. Lepas tu Angah bawakan ubat batuk, suruh minum. Minum je la.. Pagi ini bangun lewat sikit, masak sikit-sikit. Hari ini suami cuti sebab bawa Bangcik jumpa pakar kulit di HKL. Jadi, tengahari nanti, pandailah dia 'cari' makanan untuk anak-anak.
Hari ini badan masih gigil. Cuma lebih baik dari semalam. Kawan sepejabat pun ada menegur, 'muka kakcik nampak lain.. nampak tak bermaya sangat'. Tau tak apa. Jangan nak suruh buat air itu ini banyak-banyak. Nanti karang kopi jadi air arang, teh jadi air sungai!
Klik klik
Rabu, September 30, 2009
Selasa, September 29, 2009
Demam
Dari semalam lagi... badan menggigil-gigil, batuk dan selsema. Dah sedut gas, jadi terketar-ketar pulak. Kain baju pun tak habis lipat dan susun lagi. Malam tadi cuma sempat jahit kski (pendekkan) 3 pasang seluar kerja Along yang baru dibelinya. Gosok pakaian kerja suami dan Along yang dah seminggu tak gosok. Lipat kain baju sebakul (sebakul lagi dah tak larat).. pas tu dummmmmm atas tilam. Bangun sekejap untuk makan sebiji burger yang dibelikan Along dan dummmmmmm balik. Pagi ini cuma masak nasi, goreng ayam dan goreng telur. Teh O juga siap dibancuh. Ikutkan hati memang tak larat sangat nak pergi pejabat. Apakan daya, cuti dah tinggal seciput.....
Isnin, September 28, 2009
Ikhlaslah....
Minggu lepas, aku mengajak suami 'merayau-rayau' sebelum masuk pejabat untuk mencari sarapan. Kebanyakan kedai makan Melayu belum dibuka kecuali kedai Mamak. Aku dah jemu makan roti dan makanan-makanan yang tiada rasa pedas. Kedai-kedai yang dah dibuka di Kg. Baru, tidak menarik seleraku, kerana kebanyakannya (mungkin hanya pekerja) adalah warga Indon. Kalau tiada halangan memang aku ingin berpuasa sahaja.
Akhirnya, aku melihat seorang wanita yang berpurdah bersama dua orang anaknya berniaga nasi lemak di tepi jalan Chow Kit. Aku minta suami berhenti untuk membeli sebungkus nasi lemak. Aku mengambil lauk rendang daging (walaupun kulihat rendang itu begitu kering dan tidak menarik). Setelah membayar RM3 untuk nasi lemak itu, suami menghantarku ke pejabat.
Sampai di pejabat, aku membuka bungkusan untuk makan. Aduhai, rendang itu begitu masin dengan daging yang tak mampu gigiku untuk menggigitnya! Mungkin agaknya rendang lebihan hidangan raya yang dipanaskan berulang kali. Akhirnya menjadi habuan tong sampah! (Padan muka aku, malas sangat bawa bekalan makan, siapa suruh)
Soalnya, ikhlaskah wanita itu berniaga untuk menjana pendapatan?? Aku juga kesal, takut penampilannya akan menjadi persoalan dengan sikapnya itu...

Sabtu, September 26, 2009
Nurul Ain Yang Dilupakan
biarpun ayah kalian menyisihkan kalian, namun kalian tidak tersisih dari kasih sayang ibu2 saudara, bapa2 saudara dan sepupu2 kalian...
Jumaat, September 25, 2009
Jin Islam???
(ini bukan cerita Jin Notti tau...)
Pagi ini, aku bangun jam 5 pagi untuk mengingatkan Along (selalunya dia tak pernah lupa) yang dia perlu ke masjid untuk mengimamkan Solat Subuh. Selepas itu, aku tertidur balik. Bila bangun pada jam 6 pagi, aku terdengar suara lelaki mengaji. Walaupun tertanya-tanya, tapi aku tidak menghiraukannya. Mungkin ustaz sebelah rumah dah balik atau suara dari pembesar suara surau berhampiran. Mungkin juga dari radio atau tv yang terpasang. Tapi semuanya bukan.
Bilik Angah pun masih gelap walaupun aku telah mematikan suis pendingin hawa. Suara itu seolah-olahnya datang dari bilik Angah. Mungkin aku teringat-ingatkan Lokman (anak angkatku yang menjadi imam tarawikh sepanjang bulan Ramadhan lalu dan telah pun balik ke kampung halamannya di Takbai, Thailand beberapa hari sebelum 1 Syawal). Lokman memang rajin membaca Al Quran sama ada waktu pagi atau petang. Usianya baru saja 19 tahun - sebaya Angah.
Suara orang mengaji itu masih kudengar sewaktu aku bersiap-siap memakai tudung untuk ke pejabat. Kebetulan Along pun dah balik dari masjid. Aku cakap kat Along, 'mak dengar suara orang mengaji'. Selamba je Along jawab, 'Jin Islam'. Entah kenapa, tiba-tiba bulu romaku meremang!
Wallahhuaklam....

Khamis, September 24, 2009
Boringnya...
(gambar sekadar hiasan)
masih tak ada orang kat pejabat ni... nak bancuh air pun, siapa yang nak minum??? hmmmmmm.......
Minah ...
Semalam sahabat suamiku membawa seorang minah indon yang kononnya lari dari majikan ke rumahku. Sahabat itu memang tahu,kami sedang 'merisik-risik' pembantu rumah untuk adikku. Semasa sahabat itu sampai, aku sedang mandi di tingkat atas. Suamiku pula keluar sekejap untuk menjemput kawan angah di stesyen LRT.
Sewaktu aku turun ke bawah, suamiku dah pulang dan telah menjemput kawannya bersama minah itu duduk di ruang tamu. Aku terperanjat melihat satu beg pakaian dan satu bungkusan hitam (plastik sampah) terletak di sebelah tangga. Ingatanku segera mengimbau kepada peristiwa pembantu rumah adikku yang lari dengan alasan pergi membuang sampah. Plastik hitam seperti itulah yang dibawanya sewaktu meninggalkan rumah adikku.
Dipendekkan cerita, aku memulakan tugas menjadi penemuduga merangkap penyiasat. Aku tanyakan latar belakang minah tu. Katanya sebelum ini, dia bekerja dengan majikan berbangsa China di Temerloh, Pahang. Dia tak tahan kerana di suruh memandikan anjing dan memasak daging khinzir. Aku tanya dia tahu pasal 'samak' tak? Nyatanya dia tak tahu.. kelihatannya seperti terpinga-pinga... Selepas kerja di sana, dia bekerja pulak di Bandar Tun Razak, KL untuk lebih dua tahun tanpa dibayar gaji bersama majikan berbangsa India. Suamiku bertanya, tidakkah mengadu ke mana-mana? Dia kata ada, tapi tiada tindakan apa-apa.. Dia tak tahan bekerja dengan keluarga India itu kerana sering dimarah di samping tidak dibayar gaji. (Paspotnya masih dengn majikan terdahulu - katanyalah!). Ceritanya berbelit-belit, kononnya India itu akan membantu dia untuk mendapatkan paspot baru, tetapi dia kena balik ke Indon dulu. Ops! lupa pula, tengahari semalam dia nekad keluar dari rumah India itu dan kebetulan 'terdatang' ke rumah sahabat suamiku itu.
Aku tanya dia, betul-betul nak kerja atau macamana? Dia kata dia nak kerja untuk 3 bulan saja. Nak kumpul duit untuk balik ke Indon. Lepas tu? Nak balik la.. nak buat paspot lain.. Kalau ada RM1,600 - RM2,000 boleh balik. Nanti India tu akan uruskan.. Pulak! Aku tanya pandai masak tak? Dia jawab 'sikit-sikit'. Aku dalam cool pun bengang juga.. Dah bertahun kerja, tak pandai masak, nak mengemas je.. Aku cakap.. 'abis tu, awak pandai masak b*b* je ke??' Sebab, sebelum tu, dia kata dia masak tiap-tiap hari kat rumah China tu dulu...
Cuba kira.. nak kumpul RM1,600 - RM2,000 dalam tempoh 3 bulan. Sebulan dia nak gaji berapa? Lepas tu, nak kerja mengemas saja... Jawabnya, faham-faham la... bawaklah balik bungkusan pakaian tu....

Rabu, September 23, 2009
Konfius!
Sampai kat pintu pagar pejabat hari ini, aku jadi konfius... hari ini masih cuti umum ke??? Pintu besar hanya bukak sebelah - itu pun untuk laluan sebuah kereta saja.. ish! biar betul.... Kat tempat letak kereta pun lengang je.. sebiji kereta pun tak ada. Aku tanya suami, 'hari ni masih cuti ke?? ada pengumuman yang kita tak tahu ke??'. Suamiku jawab, 'mana ada'..
Semasa mengambil kunci pejabat dari pengawal keselamatan (jam 6.45pg), aku tanya pulak kat pak guard tu..'hari ni cuti lagi ke? kenapa pagar besar tu tak bukak seperti biasa??' hish.. dia pun turut sama konfius!
Apa-apa aje la labu!
Kepada semua yang menghantar sms ucapan Selamat hari Raya, aku mohon maaf kerana satu pun aku tak balas. Dan aku pun tak menghantar walau satu pun ucapan melalui sms. Alasannya hanya aku saja yang tahu!

Selasa, September 22, 2009
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Along - 22/09/2009
Semoga menjadi hamba Allah yang diberkati, anak yang soleh, abang yang baik, sahabat yang disenangi serta disayangi semua. Mak tetap mendoakan semua yang terbaik buat Along.
Isnin, September 21, 2009
Duit Raya
Alangkah serba salahnya, sewaktu kita membuka beg tangan untuk mengambil kunci kereta, adik-adik ipar menolak anak-anak ke depan sambil berkata 'cepat, Makcik nak bagi duit raya tu'. Kalau kebetulan memang ada duit, tak mengapalah.. Buatnya waktu itu memang betul-betul 'sengkek', macamana???
Kerana itulah, aku mengajar anak2ku... kita bertandang ke rumah saudara mara atau sahabat handai adalah untuk berziarah dan mengeratkan tali persaudaraan. Bukan untuk mengharapkan 'duit raya'. Jangan samakan taraf kita seperti peminta sedekah. Kalau orang beri, kita terima. Jangan mengharap atau meminta2...

Ahad, September 20, 2009
Selamat Hari Raya
Along dah keluar untuk mengimamkan solat sunat Aidil Fitri
Suami pulak sedang menonton TV - di TV Najib sedang beri ucapan sambil berpesan-pesan untuk berhati-hati di jalan raya.
Angah dalam bilik pun mengdap TV
Bangcik tidur balik selepas solat subuh tadi
Adik masih lena
Aku dah siap masak rendang ayam, kuah kacang, nasi impit (teh O tak tinggal)
Sekejap lagi - lepas solat Aidil Fitri, bercadang untuk balik ke Teluk Intan...
Cuaca di luar nampaknya terang (tapi hatiku tak seterang cuaca itu!). Mudah2an hujan tak turun hari ini.
Bapa dan adik-adikku berada di kampung untuk dua tiga hari
Untuk Almarhum Mak, hanya doa yang dapat kutitipkan
Untuk adikku yang terhijab jalan pulang.. mudah2an hijab itu akan terbuka di hari yang mulia ini..
Hmmmmmmmmmmm.........
Untuk semua kawan-kawanku di maya ini... Selamat Hari Raya, dalam bergembira, jangan lupa yang tiada.. Semoga selamat semuanya..

Jumaat, September 18, 2009
Bersabar, Berhati-hati dan Elakkan Jadi Begini...
4 sekeluarga rentung, 2 parah nahas di Sungai Petani
SUNGAI PETANI: Empat dipercayai sekeluarga rentung, manakala dua yang lain parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 94.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Sungai Layar, di sini, pagi tadi.
Semua yang terbunuh mati di tempat kejadian selepas terperangkap dalam kereta jenis Perodua Myvi yang terbakar sebaik merempuh treler yang terbabas dan merintangi jalan kira-kira jam 6 pagi.
Ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala selatan.
Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, buat masa sekarang identiti semua mangsa belum diketahui, bagaimanapun semua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi.
Polis kini sedang berusaha mengalihkan treler yang terbalik dan merintangi jalan.
Sunyinya hari ini...
Hari ini - 28 Ramadhan 1430, ramai yang dah sampai ke kampung halaman, tak kurang juga yang masih bersesak di jalanan. Tapi, aku masih di sini - di pejabat. Hanya ada beberapa orang saja lagi termasuk Ravi dan Muthu ... huhuhu.... sunyinyaaaaaaaaa...........
Khamis, September 17, 2009
Oh! Bank Islam
Tanpa salam atau bahasa yang lembut - sms masuk : Bayar segera ansuran tertunggak hari ini juga - urgent... (dah macam ah long je....)
Berbeza dengan panggilan dari RHB : Maaf ye, ansuran telah tertunggak. Bila agaknya boleh buat bayaran? Terimakasih..
Walaupun kedua-duanya membawa mesej yang sama, tapi cara penyampaiannya amat berbeza. Memang sipenghutang wajib membayar hutangnya. Apa cara pun, tiada alasan untuk tidak membayar hutang. Cuma ada waktunya, kerana alasan-alasan tertentu - terlupa atau terlewat. Tapi, perlukah sipemiutang menggunakan bahasa yang mengguris hati bagaikan hutang tak dibayar dah berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sedangkan lewatnya cuma seminggu dua?
Sang Penguasa
Simpanlah kukumu bak kucing yang manja
saat kau perlukan usapan mereka
Tunggu ketika nanti bila mereka leka
keluarkan taringmu bagai harimau yang perkasa
cengkamlah leher mereka hingga tak upaya untuk bersuara!

Selasa, September 15, 2009
Terkenang Semasa Dulu
Zaman kanak-kanak dan zaman remajaku di kampung dulu, sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun ada antaranya merupakan kenangan yang pahit. Yang pahit itulah kini menjadi kenangan terindah.
Pernah dulu kucoretkan di blog ini bahawa aku datang dari keluarga yang miskin. Sampaikan kalau aku dan adik-adik perempuanku menggayakan baju yang agak baru, ada yang sampai hati bertanya 'dapat baju hanyut dek banjir ke?'. Hakikatnya begitulah. Tapi, tidaklah kami memakai pakaian hanyut, sebaliknya pakaian terpakai yang diberi oleh 'orang kaya' (setidak-tidaknya begitulah pandangan kami). Mana-mana pakaian anak mereka yang tidak lagi mahu dipakai, tetapi masih kelihatan baru dan cantik, diberikan pada kami. Dan kami, dengan bangga memakainya...
Pernah pula, sewaktu Hari Raya, mak membawa kami bertandang ke rumah jiran dan saudara mara. Kenangan yang memilukan bila diingat, ada saudara yang menghulurkan duit raya kepada kami, tetapi dirampas semula oleh ibunya (ibu kepada yang memberi) dengan alasan 'budak-budak mana tahu guna duit'. Padahal duit yang diberi itu cuma 20 sen! (besar nilainya bagi kanak-kanak di bawah usia 10 tahun di tahun-tahun 70an dulu). Kalau anak-anak sekarang, diberi 20 sen, mahu dipulangkannya balik...
Di kampung, dulu-dulu ada penjaja yang menjaja pasembur atau aiskrim masuk ke kampung-kampung. Berhenti bila ada yang memanggil. Saudara sebelah rumah, akan membeli makanan tersebut dan dengan selamba makan tanpa memperdulikan kami yang terkebil-kebil memandang.
Itulah antara kenangan-kenangan pahitku. Ia menjadi indah untuk kukenang kerana aku akan menjadi insaf bila hati ini mula riak... Apa sangat hendakku banggakan dengan apa yang aku ada kerana asalnya aku simiskin yang tak punya apa-apa! Apa yang aku ada kinipun, bukan didapati dengan senang. Kalau tiada kemudahan pinjaman, sudah pasti aku masih duduk di rumah sewa kalaupun tidak di rumah setinggan. Dan pasti juga kenderaan awam merupakan pengangkutan utamaku.
Mungkin mereka yang tidak pernah merasakan kesusahan sebagaimana yang pernah kurasa, tidak tahu untuk membayangkan keperitan yang sedang dialami oleh mereka yang tak punya apa-apa......
Isnin, September 14, 2009
Semuanya Tak....
tak balik raya
tak ada duit raya
tak ada baju raya
tak ada - semuanya tak ada
tak ada hati nak raya
anak2ku jangan mengharap
kita bukannya sikucing kurap
saat kita berdukalara
entah di mana semua saudara
kita dah puas bermewah-mewah
sekarang waktunya kita di bawah
usahlah kita berkeluh kesah
serahkan semuanya kepada Allah
tak ada duit raya
tak ada baju raya
tak ada - semuanya tak ada
tak ada hati nak raya
anak2ku jangan mengharap
kita bukannya sikucing kurap
saat kita berdukalara
entah di mana semua saudara
kita dah puas bermewah-mewah
sekarang waktunya kita di bawah
usahlah kita berkeluh kesah
serahkan semuanya kepada Allah
Renungan
Terimakasih kepada ciklee yang memanjangkan emel ini..
Tazkirah Ustaz Sabri Rani
Kisah-kisah menarik untuk dijadikan iktibar. Semoga kita bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Fahamilah juga keadilan Allah yang telah berjalan selama ini ke atas kita.
Kisah 1 :
Kisah seorang pakcik yang bekerja di sebuah Felcra di Kedah. Hasil daripada jualan kayu getahnya yang telah ditebang untuk ditanam semula, beliau memperolehi sejumlah wang yang agak banyak iaitu Rm70 ribu. Seumur hidup beliau tidak pernah memegang duit sebanyak itu. Beliau lalu mengajak seorang teman untuk bersama beliau pergi ke Agro Bank menguruskan duit tersebut ke dalam buku akaunnya.
Sampai di sana, di muka pintu bank beliau berjumpa dengan seorang kanak-kanak yang sedang memegang tabung derma. Lalu budak itu meminta derma daripada beliau lalu beliau berkata spontan, "Kejap, pakcik nak masuk dalam".
Selesai urusan bank beliau berkata kepada sahabatnya. "Kau kenal aku kan? Aku orang kampung biasa tetapi aku lebih miskin dari engkau. Aku bawa kemiskinan warisan yang diwarisi daripada ibu bapak aku. Seingat aku, aku tak pernah letak dalam tabung masjid lebih dari rm1. Tapi kali ini tuhan bagi aku rezeki lebih RM 70 ribu. Aku nak kau jadi saksi di akhirat nanti, aku nak masukkan rm10."
Sememangnya pakcik ini seorang kampung yang lurus. Lalu dia membaca bismillah lalu meletakkan sejumlah rm10 ke dalam tabung tersebut. Selepas itu, beliau pun berbual dengan budak itu. Sahabatnya berkata kepada beliau," kau sembanglah dulu, aku tunggu di kereta".
Sepuluh minit selepas itu beliau bergegas ke kereta sahabatnya. Sewaktu melintas jalan, beliau tidak perasan sebuah kereta dari sebelah kanan beliau sedang bergerak laju. Kereta itu melanggar lalu beliau melambung dan terjatuh di atas boot kereta itu. Kereta itu melanggar beliau untuk kali kedua. Beliau mati serta merta dengan memegang buku bank ditangan kanan beliau.
Kisah 2:
Kisah yang mungkin tidak pernah terfikir dan didengar oleh kita. Seorang Pakcik yang duduk di sebuah felda bersama isterinya. Memiliki dua orang anak yang baik dan mempunyai kerja yang bagus. Seorang telah berkahwin selama 11 tahun tetapi belum mempunyai anak dan seorang lagi belum berkahwin. Setiap bulan mereka akan mengirim sejumlah wang yang berjumlah seribu lebih setiap orang. Dengan kiriman wang tersebut pakcik itu tidak lagi bekerja dan mengupah orang untuk mengerjakan ladang miliknya.
Sampai masanya, ladang itu diserah milik kepada beliau. Suatu hari sebuah konsortium berminat untuk membeli tanah-tanah di felda itu dan berunding dengan penduduk felda. Akhirnya semua penduduk di tanah rancangan itu bersetuju menjual tanah mereka dan menandatangani perjanjian dengan konsortium tersebut.
Tuah diperolehi dan ladang pakcik itu dijual dengan harga RM900,000. Bukan satu jumlah yang kecil. Namun apa yang dilakukan oleh pakcik itu suami isteri? Pakcik itu membuka sebuah buku akaun semasa di sebuah bank. Seterusnya beliau suami isteri dengan kereta milik beliau pergi menjelajah dari Pahang ke Kedah. Kemudian dari Perlis ke Kelantan, Terengganu sehinggalah habis seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Apa yang dilakukan oleh beliau suami isteri? Beliau singgah di setiap masjid dan surau yang dilalui. Seterusnya berjumpa dengan AJK surau di situ lalu bertanya," Jika orang ingin berderma, atas nama apa?" Seterusnya beliau akan menulis sebuah cek yang berjumlah RM 10,000. Begitulah yang dilakukan oleh pakcik ini di setiap surau dan masjid sehinggalah akaun beliau hanya tinggal RM20,000 sahaja.
Baki itu digunakan untuk beliau suami isteri untuk mengerjakan umrah. Beliau mempunyai satu hajat yang benar-benar dihajati untuk dipohon kepada Allah. Di depan Kaabah dan Raudhah beliau bermohon dengan sungguh-sungguh." Ya Allah aku memohon satu hajat kepadaMu setelah segala apa yang kau kurniakan kepada aku. Aku bersyukur kepadaMu setelah apa yang Engkau mudahkan untuk aku. Aku telah memberi sesuatu yang Engkau kurniakan atas mudahnya segala yang Engkau berikan kepada aku."
" Hanya tinggal dua orang anak yang engkau kurniakan kepadaku. Dan ini permintaanku kepadaMu. Aku minta Engkau bahagiakan hidup mereka, bertemu dengan isteri yang baik dan mendapat anak-anak yang soleh. Aku pohon kepada Engkau agar mereka jangan menyusahkan aku dan isteriku di dalam kuburku nanti." Itu lah doa yang dipohon oleh beliau dengan bersungguh-sungguh.
Setelah pulang daripada umrah setibanya di KLIA beliau disambut oleh dua orang anak lelaki beliau. Kehairanan. Beliau bertanya di mana menantu beliau. Lalu anak lelaki beliau terus meminta beliau masuk terlebih dahulu ke dalam kereta. Lalu mereka bercerita. "Abah, kami dah bercerai". Terkejut besar. Pada masa itu pakcik itu merasakan dada beliau seperti meletup.
Beliau merintih," Ya Allah! Di mana keadilanMu? Inikah jawapanMu setelah aku bermunajat kepadaMu? Aku telah memberikan sesuatu yang paling baik di dalam hidup aku, aku minta satu saja supaya anak aku bahagia. Tapi ini jawapanMu terhadap permintaanku." Sungguh si ayah merasakan Allah itu sedang menzalimi beliau. Hampir-hampir beliau hilang pertimbangan.
Masalah itu diketahui oleh seorang ustaz lalu beliau bergegas berjumpa dengan guru beliau. Guru beliau yang mempunyai banyak pengalaman ini meminta supaya beliau dijumpakan dengan si ayah dan anak secara personal.
Apabila sampai masa yang ditetapkan maka sang ayah dan anak berjumpa dengan tuan guru tersebut. " Duhai anak, ceritakanlah sebenarnya apa yang berlaku sepanjang 11 tahun kamu berkahwin dengan isteri kamu. Beritahu perkara sebenar supaya ayah kamu mengetahui apa yang terjadi kepada kamu berdua", pinta tuan guru tersebut kepada anak pakcik itu.
Betapa sang ayah terkejut. Apa yang diberitahu oleh anak beliau betul-betul membuka mata beliau. "Duhai ayah, sebelas tahun kami bersama tetapi kami tidak pernah tidur bersama sekalipun. Kami berkahwin bukan atas suka tetapi kerana pertunangan kami diatur oleh ayah dan bapa mertua saya sewaktu di felda. Selama ini kami berpura-pura dan berlakon di depan ayah".
Kata anak beliau itu menyebabkan beliau terduduk. Langsung tidak disangka itu yang terjadi sebenarnya. Segala apa yang dilihat hanya untuk mengambil hati beliau. Lalu beliau kembali bermunajat," Ya Allah! Aku terima ketentuan dari Engkau. Tapi takkanlah macam ni...".
Akhirnya selepas 6 bulan berjauhan, sesuatu yang ajaib terjadi. Si anak begitu mengambil berat perihal bekas isterinya. Begitu juga isteri terhadap bekas suaminya. Kedua-duanya begitu mengambil berat antara satu sama lain. Sakit, pening, makan dan minum semuanya cuba diuruskan oleh masing-masing. Maka timbullah rasa rindu dan kasih. Maka timbullah hati untuk kembali bertaut dan akhirnya mereka kembali berkahwin dan hidup bersama.
Alhamdulillah, baru sahaja dua minggu lepas si ayah mendapat cucu yang pertama. Lalu sang ayah kembali berdoa," Ya Allah! Kini aku mengerti akan keadilanMu. Ampunilah aku." Di sinilah sang ayah mengerti bagaimana keadilan itu berjalan. Bagaimana dengan kita?
Benar! Cerita di atas bukannya sebuah kisah rekaan. Tetapi kisah benar sebagai renungan bersama.
Pengajaran kisah 1: Mana harta lelaki itu yang sebenar? RM 70 ribu atau RM 10 yang didermakan. Sudah tentu hanya RM10. Ini kerana harta adalah yang kita bawa pulang ke akhirat sana. Apa yang tidak boleh di bawa pulang maka dia bukan harta kita yang sebenarnya. Beruntung lelaki itu memberi RM10.
Mungkin ramai di antara kita yang mengatakan bahawa sungguh beruntung lelaki itu jika beliau mendermakan keseluruhan duit yang beliau ada iaitu sebanyak rm70 ribu sebelum mati. Itu pandangan kita sebagai orang awam - "Ish! Kalaulah dia tahu selepas itu dia mati, sepatutnya dia derma RM 70ribu.
Namun, jika dia memberi RM70 ribu tidak semestinya dia lelaki yang baik. Ini kerana berasaskan hadis-hadis sahih Rasulullah," Jangan kamu mati dengan meninggalkan anak-anak kamu sebagai fakir dan meminta-minta kepada manusia. Lelaki itu sudah membuat suatu perkara yang besar. Iaitu menamatkan kemiskinan warisan. Dia telah meninggalkan sesuatu untuk anak dan isterinya menyambung hidup.
Yang lebih bermakna, tercetus rasa untuk dia menderma sebanyak rm10 dan tidak berkira. Mungkin biasa bagi kita, tetapi pada dia amat besar nilainya rm10 itu. Disisi Allah mungkin nilai itu untuk orang seperti dia melebihi RM1 juta. Setiap rasa ada nilai di sisi Allah.
Pengajaran kisah 2: Bagaimana keadilan Allah berjalan tanpa kita memahaminya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala qada dan qadarnya dan ia sesuatu di luar kemampuan akal kita untuk berfikir. Semoga kita tergolong dalam manusia yang sabar dan redha dengan ujian Allah.

Jumaat, September 11, 2009
Doa Hari Ke Dua Puluh Satu Ramadhan
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
Khamis, September 10, 2009
Salam Aidil Fitri
dah 20 Ramadhan hari ini... begitu cepat masa berlalu. Namun, kita tak pasti apakah kita akan terus bernafas sehingga tibanya 1 Syawal.. Tiada apa yang pasti dalam hidup ini - kecuali mati (itupun kita tak tahu bila saatnya...)
Dengan segala rasa rendah hati, untuk semua yang sudi mengunjungi blog kakcik ini, kakcik hulurkan salam, mohon kemaafan seandainya ada tulisan kakcik yang tidak menyenangkan kalian. Walaupun kita tidak bermaksud apa-apa, namun penerimaan orang tak kita jangka sama ada baik atau sebaliknya. Kepada yang berkunjung, sudilah terima kad ucapan yang tak sepertinya ini dari kakcik....

Rabu, September 09, 2009
Di manakah dia?
Dari blog : http://kedahlanie.blogspot.com/
Assalamualaikum ,
Tolong masukkan berita kehilangan anak Abang Alias bernama "Mohd Mahfuz Bin Alias" yg tinggal di fasa 2 Desa Aman.
Anak beliau berusia 19 tahun memegang kp bernombor 901213-13-6517.
Laporan polis telah dibuat dan pelbagai ikhtiar dijalankan oleh keluarga tetapi sampai ke hari ni anak dia tak pulang ke rumah.
Mengikut emak & ayah dia, tidak ada sebarang masalah dlm hubungan mereka. Saya sendiri pernah berbual dgn beliau beberapa kali di surau desa Aman & dari perwatakannya, pada amatan saya, beliau bukanlah seorang budak yang liar.
Beliau dilaporkan hilang setelah pulang ke Kolej TEKAT (Pusat Latihan kemahiran Teknologi Automotif), Kajang, Selangor pada 31hb Mei 2009. Kawan2 kolej pun tak tau dia pi mana. Dia diberitakan telah menelefon ibu di rumah tetapi bercakap seolah2 beliau diawasi oleh seseorang. Berdasarkan maklumat pengeluaran wang dari ATM, beliau dipercayai berada di Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Sempena Ramadhan ni, marilah sama2 kita bantu dan doakan kepulangan beliau ke pangkuan keluarga...Amin
Alamat rumah: 50, Jalan S10/2, Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah.
No. telefon ibu/ayah: 019-5089990 /atau hubungi admin (0194587603)
* Para Blogers Tolong panjangkan berita ni ke laman web yg lain.

Sumbangan Untuk Anak Yatim
(artikel asal di http://www.albelurani.blogspot.com)
Bismillah...
Setelah berakhirnya jelajah ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, bermula di daerah Kota belud, minggu seterusnya pula ke Daerah Pitas dan minggu lepas di daerah Ranau. Tujuannya adalah menghidupkan ramadhan dengan amal soleh bagi ahli YAM Cawangan Sabah dan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan hasil sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada YAM Cawangan Sabah semata - mata untuk disampaikan kepada yang berhak.
Di kesempatan dan peluang kita berada di akhir-akhir ramadhan ini, saya merayu untuk mohon sumbangan berbentuk wang untuk kami sampaikan kepada anak - anak yatim di sekitar Putatan, Sabah. Alhamdulillah hasil maklumat yang kami perolehi seramai 35 orang anak yatim selayaknya untuk diberikan sumbangan. Kami mencadangkan seorang akan diberikan RM50 dan jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM1750. Sumbangan ini akan disampaikan dalam satu majlis berbuka puasa pada 14 September 2009 (Isnin) di SK Putatan.
Cara menyumbang :
Bank in ke akaun ini BIMB no. 10016010054313 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
- 019-8502525 (s/u YAM)
- 019-5367902 (Syukbah Dakwah).

Kisah Petang Semalam
Sewaktu sedang sibuk memasak, tiba-tiba minyak panas yang bercampur cili, bawang dll terpercik ke mata kiriku. Tidak seperti selalu, mulutku yang celupar ini segera mengucapkan Subhanallah Walhamdulillah Walaillahhaillallah berulang-ulang kali sambil berdoa agar Allah segera hilangkan kesakitanku (aku tak boleh membuka mata kiri dek kepedihan yang amat sangat) kerana aku perlu terus menyediakan hidangan. Dengan yakin, aku bermohon dengan Allah Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, dalam beberapa minit saja, kesakitan itu hilang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kalau selalunya terjadi sebegini sebelum-sebelum ini, mulut yang tak ada insuran ni, sesuka hati je berkata yang bukan-bukan. Lupa untuk mengadu padaNya...
Kesimpulannya, yakinlah dengan pertolongan Allah dan berdoalah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mendengar.

Selasa, September 08, 2009
Selamat menduduki UPSR, Bangcik
Untuk bangcik dan kawan-kawan yang seangkatan, mak ucapkan selamat menduduki UPSR dan mak doakan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.
Isnin, September 07, 2009
Adoi! Sakitnya Kepalaku.....
Berdenyut-denyut sakit kepala sebelah kiri membawa ke leher... huhuhu... Takkan nak makan panadol kot puasa-puasa ni... Mungkin juga sebab waktu tidur yang tidak pernah sempurna@teratur sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mungkin juga kerana 'batu batan yang menghempap' kepala ini belum mampu kualihkan...
Hujung minggu yang baru berlalu, keadaan rumahku memang meriah. Along bersama dua orang kawan. Angah bersama empat orang kawan. Aku bayangkan seandainya semua mereka itu anakku! Termasuk anak kandungku, semuanya sepuluh orang. Sembilan lelaki dan hanya seorang perempuan. Termasuk mak dan ayah, dua belas orang serumah! Memang gamat dan gawat! Tapi semuanya dah besar-besar.. dah jadi bujang senang. Adik pun bukan main suka, ramai yang melayan kerenahnya. Mujurnya anak-anakku jenis yang senang berkawan. Senang untuk menerima siapa saja yang datang.
Hari Sabtu, Angah mencadangkan aku masak nasi lemak untuk berbuka. Aku rasa, nasi lemak bukanlah menu yang sesuai. Jadi, aku mencadangkan pada Angah untuk masak nasi ayam. Angah kata, 'apa-apalah.. mak masak apa pun sedap'.. hmmmm.. bodeklah tu, maklumlah bawa teman! Jadi, aku pun masak seperiuk besar nasi ayam. Suamiku memang jenis yang suka bimbang - takut tak cukup makanan yang disediakan, walaupun puas aku meyakinkannya. Malas nak bising, aku masak pula seperiuk sederhana nasi putih dengan lauknya ikan kembung goreng bercili (itu sajalah kepakaranku!), kubis masak air dan sambal belacan. Hehehe.. memang liiiiiiicinnnnnnnn nasi ayamku. Bangun sahur aku kena masak lauk lain pula....
Hari Ahad, suami mencadangkan aku masak mee kari. Mulanya malas juga. Sebab, suami juga nak makan dalca daging. Semuanya kari!
Tak sampai hati punya pasal, masak jugalah.. Semuanya habis juga waktu berbuka. Bersahur masak hidangan lain pulak! Apa-apapun, memang hilang penat kalau apa yang kita masak, habis dimakan. Tambah-tambah tiada komen yang negatif! (komen dalam hati, bukan dengar pun.. banyak komen nanti tak dapat makan, baru tahu!)
p/s P: gambar2 hiasan diambil dari rumah pakcik google
Doa Hari Ketujuh belas Ramadhan
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."
Jumaat, September 04, 2009
Bingkisan Buat Nurul Ain
Nurul Ain anak emak
maafkan mak ya sayang
ramadhan kali ini mak menjadi seorang yang daif
syawal yang bakal menjelang
tiada persiapan yang mak lakukan
Anak-anakku Nurul Ain
mak tak lagi mampu membantu kalian
tidak seperti tahun-tahun lalu
sekurang-kurang sedikit titipan mak hulurkan
Nurul Ain
kalian punya mama yang tabah
padanya kalian bergantung harap
demi sesuap nasi
demi masa depan
Nurul Ain
kalian juga punya ayah
tapi ayah kalian entah di mana
(rasanya mak tahu dia di mana!)
kalian mungkin tiada lagi dalam ingatannya
Nurul Ain
atuk kalian sedang sakit
sesekali dia menyebut nama ayah kalian
tapi - apa daya mak
ayah kalian begitu tegar
dia tak pernah takut dengan undang-undang dunia
mak juga tak rasa dia takut dengan undang-undang Maha Pencipta
nenek kalian rebah saat tangannya memegang gambar ayah kalian
tapi - adakah ayah kalian peduli?
Nurul Ain
doakanlah agar mak
diberi sedikit ruang oleh Yang Maha Kuasa
agar mak berupaya semula
untuk membantu kalian sekadar termampu......

Khamis, September 03, 2009
Tolongggggggg.....tolongggggggg....
Ada sesiapa tak yang tahu macamana nak daftarkan seorang anak yang telah berusia hampir 12 tahun dan sehingga kini tiada Sijil Kelahiran??? Kesian budak tu, sepatutnya tahun depan dah ambil UPSR dan buat Kad Pengenalan. Asal usulnya juga tidak diketahui. (Aku juga sedang menunggu jawapan dari JKM melalui emel....)
Selasa, September 01, 2009
Dah 1 September
Pejam celik, celik pejam.. pantasnya masa berlalu tanpa memperdulikan sama ada kita tertinggal, berjalan seiring ataupun telah terkedepan...
Apa2pun, seperti kata Othman Hafsham dalam iklan tu.. "berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang"..
Hari ini dah Ramadhan kesebelas untuk tahun ini. Dah beberapa hari sikecik - Adik, bersahur dengan wedges goreng je. Siap kena suapkan (atas katil pulak tu!). Minum pun air kosong je.. Selepas bercuti sepuluh hari - hari ni, Adik akan ke sekolah semula... Mudah2an dia kuat meneruskan puasanya..

Doa Hari Kesebelas Ramadhan
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."
Langgan:
Catatan (Atom)