Klik klik

Khamis, September 17, 2009

Oh! Bank Islam

Tanpa salam atau bahasa yang lembut - sms masuk : Bayar segera ansuran tertunggak hari ini juga - urgent... (dah macam ah long je....)

Berbeza dengan panggilan dari RHB : Maaf ye, ansuran telah tertunggak. Bila agaknya boleh buat bayaran? Terimakasih..

Walaupun kedua-duanya membawa mesej yang sama, tapi cara penyampaiannya amat berbeza. Memang sipenghutang wajib membayar hutangnya. Apa cara pun, tiada alasan untuk tidak membayar hutang. Cuma ada waktunya, kerana alasan-alasan tertentu - terlupa atau terlewat. Tapi, perlukah sipemiutang menggunakan bahasa yang mengguris hati bagaikan hutang tak dibayar dah berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sedangkan lewatnya cuma seminggu dua?

14 ulasan:

  1. Mungkin nak cepat sangat sampai terlupa salam dan budi bahasa!

    Selamat Hari Raya - maaf zahir dan batin!

    BalasPadam
  2. Sdr Prasert @ Al lavendari

    Selamat hari raya saudara... semoga selamat walau di manapun berada...

    BalasPadam
  3. kakcik, pembetulan. Prasert dan al-Lavendari tu dua orang yang berbeza.

    memang terguris jika di peringatkan sedemikian rupa. saya juga pernah mengalaminya. kad kredit terlepas pandang nak bayar. bukan tak ada duit. di telefon suruh bayar. ingatkan tak adalah denda. kena juga. padahal kita dah berpuluh tahun menjadi ahli, tak ada sekali pun miss bayar. rasa nak pulangkan jam tu juga kad tu. tapi fikir balik, sendiri juga susah nanti.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Cik..Mungkin diaorang tu upah along agaknya jadi pengutip hutang sbb tu bahasa pun macam bahasa along....tapi berhutang dengan bank tak per jangan berhutang dengan along dah yer kak cik..zai pun masih berlambak2 hutang nak kena settle sampai mati pun belum tentu berbayar...

    BalasPadam
  5. Bukan salah Bank tapi salah pekerja Bank.

    BalasPadam
  6. salam kak.. mmg hangin kalo ada yg sikap kureng diajar ngan kita macam kakitangan syarikat yg kita nak berurusan.. mrk pentingkan diri sendiri bak katanya "ade aku kesah".. kak kesempatan ini sy nak ucap lagi selamat hari raya.. maaf kalo ada komen yg tak kenan dihati

    BalasPadam
  7. tu yang kekadang orang tak mau deal dengan institusi Islam..
    macam takaful yang saya tulis dalam blog saya bertajun Islamkah ini?

    BalasPadam
  8. sensitif la tu, ya!

    kita pun kekadang gitu juga. ada kalanya angin sepoi bahasa. ada kalanya ribut taufan.

    BalasPadam
  9. Maaf al-lavendari, kakcik ingatkan orang yang sama dengan prasert (keliru dah kakcik ni!)

    BalasPadam
  10. Zai.. kakcik pun terfikir macam tu juga.. agaknya kalau tak ah long pun, mungkin bekas pekerja ah long dilantik jadi pekerja bank tu!

    BalasPadam
  11. Betul tu Zool - bank tak salah.. yang salah pekerjanya! mcm juga org yg selalu marahkn kereta yang melelong di jlnraya, yg salah bukan kereta - tp, pemandunya, tak gitu? :)

    BalasPadam
  12. Betul juga cikgu... kdgkala seolah2 membawa nama yg tak baik utk Islam!

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Raya sekali lagi buat Maiyah juga... sikap tidak memperdulikan perasaan orang lain itulah yang tak bagusnya. Cuba letakkan diri mereka di tempat kita... bgmn rasa agaknya, ya?

    BalasPadam
  14. IM - semua org ada sifat sensitif.. tp, sifat sensitif kakcik ni kdg2 berlebih2 tau.. hehehe..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...