Klik klik

Jumaat, September 25, 2009

Jin Islam???

(ini bukan cerita Jin Notti tau...)

Pagi ini, aku bangun jam 5 pagi untuk mengingatkan Along (selalunya dia tak pernah lupa) yang dia perlu ke masjid untuk mengimamkan Solat Subuh. Selepas itu, aku tertidur balik. Bila bangun pada jam 6 pagi, aku terdengar suara lelaki mengaji. Walaupun tertanya-tanya, tapi aku tidak menghiraukannya. Mungkin ustaz sebelah rumah dah balik atau suara dari pembesar suara surau berhampiran. Mungkin juga dari radio atau tv yang terpasang. Tapi semuanya bukan.

Bilik Angah pun masih gelap walaupun aku telah mematikan suis pendingin hawa. Suara itu seolah-olahnya datang dari bilik Angah. Mungkin aku teringat-ingatkan Lokman (anak angkatku yang menjadi imam tarawikh sepanjang bulan Ramadhan lalu dan telah pun balik ke kampung halamannya di Takbai, Thailand beberapa hari sebelum 1 Syawal). Lokman memang rajin membaca Al Quran sama ada waktu pagi atau petang. Usianya baru saja 19 tahun - sebaya Angah.

Suara orang mengaji itu masih kudengar sewaktu aku bersiap-siap memakai tudung untuk ke pejabat. Kebetulan Along pun dah balik dari masjid. Aku cakap kat Along, 'mak dengar suara orang mengaji'. Selamba je Along jawab, 'Jin Islam'. Entah kenapa, tiba-tiba bulu romaku meremang!

Wallahhuaklam....

6 ulasan:

  1. Salam Kak Cik..

    Alhamdulillah..bersyukurlah dan rajin2lah menambahkan amal ibadat dan dampingilah orang yg baik2 dan jauhilah mereka2 yg menyekutukan Allah..kerana jin islam tidak akan masuk didalam sebarangan rumah krn seandainya ada rumah yg turut dihuni oleh jin islam bererti rumah itu bersih dari segala kekotoran hati dan jiwa kerana ahli rumah sentiasa berzikir dan membaca AlQuran dan juga bersih dari makanan2 yg tidak halal di dalamnya...

    BalasPadam
  2. Salam Zai...

    mudah2an begitulah hendaknya. Kakcik sentiasa sedar kekurangan dan kelemahan diri. Kadang2 kakcik rasa kakcik hanya 'menumpang' rahmat dari Allah yang dilimpahkan kepada anak-anak yang masih suci dari noda dan dosa....

    BalasPadam
  3. salam.. nape kak tak gi tgk mesti bertuah dapat tgk makhluk istimewa Allah tgh baca Quran lagik

    BalasPadam
  4. salam kakcik sayang..
    wah..kakcik ni buat citer mcmni..udahlah ida tinggal sowang2 je kat umah..ni nak kena ajak kakcik temankan ida ni..huahuahua..

    syukurlah ada jin islam yang mengaji kat rumah kakcik..kira rahmat tu..

    BalasPadam
  5. bertuah lah kakcik, along menjadi imam. sebab tulah agaknya jin islam sudi singgah.

    BalasPadam
  6. Salam Maiyah, Ida dan AL...

    itulah kan... sepatutnya kakcik pergi tengok dari mana datangnya suara tu.

    Ia penakut ye? Meh kakcik temankan :)

    Alhamdullillah AL...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...