Klik klik

Isnin, September 21, 2009

Duit Raya

Alangkah serba salahnya, sewaktu kita membuka beg tangan untuk mengambil kunci kereta, adik-adik ipar menolak anak-anak ke depan sambil berkata 'cepat, Makcik nak bagi duit raya tu'. Kalau kebetulan memang ada duit, tak mengapalah.. Buatnya waktu itu memang betul-betul 'sengkek', macamana???

Kerana itulah, aku mengajar anak2ku... kita bertandang ke rumah saudara mara atau sahabat handai adalah untuk berziarah dan mengeratkan tali persaudaraan. Bukan untuk mengharapkan 'duit raya'. Jangan samakan taraf kita seperti peminta sedekah. Kalau orang beri, kita terima. Jangan mengharap atau meminta2...

3 ulasan:

  1. salam lebaran kak.. mmg skrg mrk aim adalah duit raya

    BalasPadam
  2. mahu tak mahu kena juga sediakan duit. dah itu rupanya adat orang sekarang, ikut je le kakcik!

    BalasPadam
  3. salam maiyah
    salam AL...

    seperti entri kakcik yang terdahulu.
    tahun ini, bagi kakcik - semuanya tak! kakcik mmg tak menyediakan sebarang peruntukan duit raya :(

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...