Klik klik

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Along dah keluar untuk mengimamkan solat sunat Aidil Fitri

Suami pulak sedang menonton TV - di TV Najib sedang beri ucapan sambil berpesan-pesan untuk berhati-hati di jalan raya.

Angah dalam bilik pun mengdap TV

Bangcik tidur balik selepas solat subuh tadi

Adik masih lena

Aku dah siap masak rendang ayam, kuah kacang, nasi impit (teh O tak tinggal)

Sekejap lagi - lepas solat Aidil Fitri, bercadang untuk balik ke Teluk Intan...

Cuaca di luar nampaknya terang (tapi hatiku tak seterang cuaca itu!). Mudah2an hujan tak turun hari ini.

Bapa dan adik-adikku berada di kampung untuk dua tiga hari

Untuk Almarhum Mak, hanya doa yang dapat kutitipkan

Untuk adikku yang terhijab jalan pulang.. mudah2an hijab itu akan terbuka di hari yang mulia ini..

Hmmmmmmmmmmm.........

Untuk semua kawan-kawanku di maya ini... Selamat Hari Raya, dalam bergembira, jangan lupa yang tiada.. Semoga selamat semuanya..

4 ulasan:

  1. alhamdulillah, aku balik kg semalam walaupun diiringi pelbagai masalah.

    tuhan masih tidak menghijabkan aku dengan kampung!

    BalasPadam
  2. "Cuaca di luar nampaknya terang (tapi hatiku tak seterang cuaca itu!)."

    kenapa? ada sesuatu yang terlekat di kerongkong yang tak dapat diluahkan?

    BalasPadam
  3. Salam IM.. Alhamdulillah semuanya ok, ya? Ibu_suri pun, harap2nya gembira. Kakcik pun selamat pergi dan balik ke Teluk Intan. Hari ini, dlm perjalan balik dr Melaka, ada kemalangan di laluan hala Selatan - 3 orang (berbangsa India) terbaring ditengah jalan - menyebabkan kesesakan yang panjang...

    BalasPadam
  4. Salam Sdr. AL - bukan hanya tersekat di kerongkokng, tapi tersekat di hati, jantung, limpa, buah pinggang dan otak! Aduhaiiiiiii..........

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...