Klik klik

Khamis, September 24, 2009

Minah ...

Semalam sahabat suamiku membawa seorang minah indon yang kononnya lari dari majikan ke rumahku. Sahabat itu memang tahu,kami sedang 'merisik-risik' pembantu rumah untuk adikku. Semasa sahabat itu sampai, aku sedang mandi di tingkat atas. Suamiku pula keluar sekejap untuk menjemput kawan angah di stesyen LRT.

Sewaktu aku turun ke bawah, suamiku dah pulang dan telah menjemput kawannya bersama minah itu duduk di ruang tamu. Aku terperanjat melihat satu beg pakaian dan satu bungkusan hitam (plastik sampah) terletak di sebelah tangga. Ingatanku segera mengimbau kepada peristiwa pembantu rumah adikku yang lari dengan alasan pergi membuang sampah. Plastik hitam seperti itulah yang dibawanya sewaktu meninggalkan rumah adikku.

Dipendekkan cerita, aku memulakan tugas menjadi penemuduga merangkap penyiasat. Aku tanyakan latar belakang minah tu. Katanya sebelum ini, dia bekerja dengan majikan berbangsa China di Temerloh, Pahang. Dia tak tahan kerana di suruh memandikan anjing dan memasak daging khinzir. Aku tanya dia tahu pasal 'samak' tak? Nyatanya dia tak tahu.. kelihatannya seperti terpinga-pinga... Selepas kerja di sana, dia bekerja pulak di Bandar Tun Razak, KL untuk lebih dua tahun tanpa dibayar gaji bersama majikan berbangsa India. Suamiku bertanya, tidakkah mengadu ke mana-mana? Dia kata ada, tapi tiada tindakan apa-apa.. Dia tak tahan bekerja dengan keluarga India itu kerana sering dimarah di samping tidak dibayar gaji. (Paspotnya masih dengn majikan terdahulu - katanyalah!). Ceritanya berbelit-belit, kononnya India itu akan membantu dia untuk mendapatkan paspot baru, tetapi dia kena balik ke Indon dulu. Ops! lupa pula, tengahari semalam dia nekad keluar dari rumah India itu dan kebetulan 'terdatang' ke rumah sahabat suamiku itu.

Aku tanya dia, betul-betul nak kerja atau macamana? Dia kata dia nak kerja untuk 3 bulan saja. Nak kumpul duit untuk balik ke Indon. Lepas tu? Nak balik la.. nak buat paspot lain.. Kalau ada RM1,600 - RM2,000 boleh balik. Nanti India tu akan uruskan.. Pulak! Aku tanya pandai masak tak? Dia jawab 'sikit-sikit'. Aku dalam cool pun bengang juga.. Dah bertahun kerja, tak pandai masak, nak mengemas je.. Aku cakap.. 'abis tu, awak pandai masak b*b* je ke??' Sebab, sebelum tu, dia kata dia masak tiap-tiap hari kat rumah China tu dulu...

Cuba kira.. nak kumpul RM1,600 - RM2,000 dalam tempoh 3 bulan. Sebulan dia nak gaji berapa? Lepas tu, nak kerja mengemas saja... Jawabnya, faham-faham la... bawaklah balik bungkusan pakaian tu....

6 ulasan:

  1. salam kak cik..

    Mmg indon nie mcmmn baik pun perangai diaorang ttp ada gak yg tak betul..lega plak rasa dah tak pakai indon skang..kalau dulu lebih tension dari rasa tenang sbb kadang2 dia plak buat kita cam bibik dan dia majikan selalu bangun lambat..patutla Allah turunkan macam2 bala gempa bumi, banjir, kebakaran dll kat bumi diaorang tu kan kak cik..

    BalasPadam
  2. Tu la pasal, Zai..

    membelitnya mengalahkan ular sawa.. diberi susu dibalasnya tuba... dah tu tak sudah2 nak ajak kita gaduh (yg kat sana tu) . Sedara mar dia senang2 cari makan kat sini, dia tak sedo!

    BalasPadam
  3. Salam. Perlu fikir betul-betul ni. Saya baca pun macam tak confident saja

    BalasPadam
  4. Salam Sdr Ariff...

    masa kakcik nak tulis entri ni pun, kakcik rasa berbelit2..mcmn berbelit2nya cerita minah tu.. mmg langsung tak meyakinkan!

    BalasPadam
  5. Abis tu jadi tak minah indon tu keja kat umah adik kakcik.?

    Tak payahlah kakcik buat mengabiskan bore jo..

    BalasPadam
  6. Memang tak jadi la jawabnye...

    macam Zed kata - buat mengabihkan boreh yo!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...