Sewaktu sedang sibuk memasak, tiba-tiba minyak panas yang bercampur cili, bawang dll terpercik ke mata kiriku. Tidak seperti selalu, mulutku yang celupar ini segera mengucapkan Subhanallah Walhamdulillah Walaillahhaillallah berulang-ulang kali sambil berdoa agar Allah segera hilangkan kesakitanku (aku tak boleh membuka mata kiri dek kepedihan yang amat sangat) kerana aku perlu terus menyediakan hidangan. Dengan yakin, aku bermohon dengan Allah Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, dalam beberapa minit saja, kesakitan itu hilang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kalau selalunya terjadi sebegini sebelum-sebelum ini, mulut yang tak ada insuran ni, sesuka hati je berkata yang bukan-bukan. Lupa untuk mengadu padaNya...
Kesimpulannya, yakinlah dengan pertolongan Allah dan berdoalah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mendengar.
salam kak cik,
BalasPadamBetul tu kak cik, kita manusia ni selalu lupa kadang2 sering bergantung kepada manusia yang lain dan merayu2 kpd manusia yang lain utk sesuatu sedangkan Allah itu Maha Kaya dan Maha Mendengar..kita jer yang selalu lupa utk meminta pertolongan dariNYA..
Kalau minta pada manusia pasti ada had dan batasan pemberiannya kan tapi kalau pohon dan sujud dan merayu dan meminta pertolongan dari Allah kita akan mendapat lebih dari apa yang manusia mampu berikan.
salam zai...
BalasPadamitulah kelemahan kita. Lagi satu, kita seringkali tidak sabar. Kalau boleh, minta dan terus dapat....
Sedangkan Islam mengajar kita untuk bersabar dan merendah diri...
Peristiwa kecil tapi amat besar maknanya.
BalasPadambetul tu Zool.. ia membuatkan kakcik merenung kembali ke dalam diri kakcik yang serba kekurangan ini....
BalasPadam