Klik klik

Isnin, September 14, 2009

Semuanya Tak....

tak balik raya
tak ada duit raya
tak ada baju raya
tak ada - semuanya tak ada
tak ada hati nak raya

anak2ku jangan mengharap
kita bukannya sikucing kurap
saat kita berdukalara
entah di mana semua saudara

kita dah puas bermewah-mewah
sekarang waktunya kita di bawah
usahlah kita berkeluh kesah
serahkan semuanya kepada Allah

12 ulasan:

  1. salam, satu nukilan yang baik kepada yang berkenaan. tapi saya rasa ia tidak ditujukan kepada diri kakcikseroja kan?

    BalasPadam
  2. Salam al-lavendari...

    ianya boleh terjadi pada sesiapa saja :)

    BalasPadam
  3. salam kak cik..

    entah kenapa zai pun rasa sedih nak sambut raya tahun nie..satunya kerana gawat, keduanya kerana banyak kawan2 dan sedara meninggal, ketiganya kerana dah berusia kot hehehe..

    BalasPadam
  4. Salam Zai...

    kegawatan kali ini memang dirasai oleh sesiapa saja... tapi, tak kurang juga yang masih leka, mungkin kemewahan mereka tak menjejaskan apa-apa....

    BalasPadam
  5. Teringat kepada salah seorang pelajar saya yang baru kehilangan ayah beberapa hari lalu. Ibunya sedang sarat mengandung anak yang ke 15. Pelajar saya itu seorang siswi. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka menghadapi kehidupan seterusnya. Pelajar saya itu anak ketiga dari 14 adik beradik. Ibunya surirumah sepenuh masa. Allahyarham ayahnya pemandu teksi limousin. Mereka tinggal di Kuala Lumpur.

    BalasPadam
  6. Subhanallah.. Allahuakbar!

    betapa besar ujian yang dihadapi oleh keluarga siswi itu... apa yang boleh kita bantu mereka, ya Zool??

    BalasPadam
  7. Setakat ni kami dah buat derma kilat dan kami bercadang untuk membuat bantuan secara berterusan selama 6 bulan (kutipan wang/ sumbangan dari para pensyarah fakulti perakaunan). Kalau saya dapat maklumat dan berita lengkapnya saya akan paparkan di blog saya nanti, Insya-Allah.

    BalasPadam
  8. salam kakcik syg
    maafkan ida sbb baru ni dpt singgah rumah kakcik..bnyk ceita ida tertinggal...sbb asik cari duit bersengkang mata.

    kisah siapa di atas tu..kalau ida susah ada insan yg lebih susah dan menderita dr ida..kan..oleh itu bersyukurlah.

    BalasPadam
  9. Zool,

    Kakcik mmg berharap utk mengetahui perkembangan selanjutnya.. manalah tahu andainya Allah kurniakan kakcik 'kelebihan' untuk membantu....

    BalasPadam
  10. Ida sayang,

    kakcik faham kesibukan Ida dengan projek AL tu.. mudah2an lepas ini Ida dapat mengutip hasilnya dan berehat dengan tenang :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...