Klik klik
Selasa, September 15, 2009
Terkenang Semasa Dulu
Zaman kanak-kanak dan zaman remajaku di kampung dulu, sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun ada antaranya merupakan kenangan yang pahit. Yang pahit itulah kini menjadi kenangan terindah.
Pernah dulu kucoretkan di blog ini bahawa aku datang dari keluarga yang miskin. Sampaikan kalau aku dan adik-adik perempuanku menggayakan baju yang agak baru, ada yang sampai hati bertanya 'dapat baju hanyut dek banjir ke?'. Hakikatnya begitulah. Tapi, tidaklah kami memakai pakaian hanyut, sebaliknya pakaian terpakai yang diberi oleh 'orang kaya' (setidak-tidaknya begitulah pandangan kami). Mana-mana pakaian anak mereka yang tidak lagi mahu dipakai, tetapi masih kelihatan baru dan cantik, diberikan pada kami. Dan kami, dengan bangga memakainya...
Pernah pula, sewaktu Hari Raya, mak membawa kami bertandang ke rumah jiran dan saudara mara. Kenangan yang memilukan bila diingat, ada saudara yang menghulurkan duit raya kepada kami, tetapi dirampas semula oleh ibunya (ibu kepada yang memberi) dengan alasan 'budak-budak mana tahu guna duit'. Padahal duit yang diberi itu cuma 20 sen! (besar nilainya bagi kanak-kanak di bawah usia 10 tahun di tahun-tahun 70an dulu). Kalau anak-anak sekarang, diberi 20 sen, mahu dipulangkannya balik...
Di kampung, dulu-dulu ada penjaja yang menjaja pasembur atau aiskrim masuk ke kampung-kampung. Berhenti bila ada yang memanggil. Saudara sebelah rumah, akan membeli makanan tersebut dan dengan selamba makan tanpa memperdulikan kami yang terkebil-kebil memandang.
Itulah antara kenangan-kenangan pahitku. Ia menjadi indah untuk kukenang kerana aku akan menjadi insaf bila hati ini mula riak... Apa sangat hendakku banggakan dengan apa yang aku ada kerana asalnya aku simiskin yang tak punya apa-apa! Apa yang aku ada kinipun, bukan didapati dengan senang. Kalau tiada kemudahan pinjaman, sudah pasti aku masih duduk di rumah sewa kalaupun tidak di rumah setinggan. Dan pasti juga kenderaan awam merupakan pengangkutan utamaku.
Mungkin mereka yang tidak pernah merasakan kesusahan sebagaimana yang pernah kurasa, tidak tahu untuk membayangkan keperitan yang sedang dialami oleh mereka yang tak punya apa-apa......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kak Oja,
BalasPadamMembaca cerita Kak Oja saya berasa sangat sedih, kerana saya sendiri melalui keadaan yang begitu. Cuma keadaanya berbeza, mungkin jiran-jiran saya sesama miskin, mereka tidak menyindirnya bajua hanyut atau sebagainya. Tetapi mereka tahun itu baju secondhand.
Salam zedmagel.. terimakasih kerana sudi singgah di rumah kakcik ni :)
BalasPadamManusia ni berbagai ragam. Sesetengahnya mmg jenis tak sayang mulut.. berckp sesedap rasa tanpa memikit kesannya pada yang mendengar...
salam kak cik..
BalasPadamsedih baca cite kak cik tapi ALLAH MAHA KAYA..sekarang dah dapat hidup senang kan..tentu kita akan lebih menghargai insan2 lain yang tidak bernasib baik krn kita memahami perasaan mereka..
Salam Zai...
BalasPadamnak kata senang sangat atau kaya raya tidak lah juga.. cuma seadanya. Dan bolehla juga memberi pula 'pakaian terpakai' kepada mereka yang memerlukan. Untuk memberi berlebihan belum lagi mampu. Masih juga sesekali mengharap belas dari orang lain...
Kakcikseroja. saya pernah poskan entri ini di dalam blog ini. Oleh kerana ada kena mengena dengan kisah yang kakcik tuliskan, saya copykan ke sini utk tatapan bersama. maaflah kalau dah baca.
BalasPadamSEMOGA RAMADHAN 1430 INI ...
kelmarin aku melihat di kaca tv
ada famili makan nasi
beras gred bawah sekali
cuma sekali sehari
dengan sayur kangkung yang dipetik di pinggir kali
sekadar mengalas perut yang berbunyi
tidak pula ku lihat ada kerut di dahi.
sedang aku terbiasa makan nasi
beras wangi gred atas sekali
bila-bila mengikut kehendak hati
kekadang berkali-kali dalam sehari
dengan kari ikan tenggiri atau kurma bebiri
atau lain-lain makanan selayak tuan puteri
itu pun kekadang masih tidak puas hati
hanya kerana tiada sayur broccoli.
mengapa aku biadap sekali
seolah-olah merasa semua rezeki
sudah menjadi hak sendiri
terlupa akan segala yang dinikmati
adalah dari Rahmat mu jua wahai Ilahi
makhluk jenis apakah aku ini?
Ya Allah ya Tuhan ku
ampunilah daku
atas segala kelemahan ku
semoga Ramadhan 1430 ini
menginsfkan aku siapa diri.
20.8.09.
Salam Al lavendari..
BalasPadamterimakasih kerana meletakkan entri ini.. (kakcik belum pernah membacanya).. betul - kita seringkali 'terlupa' meskipun berkali-kali kita kononnya 'tersentuh' bila melihat kesusahan org lain di media-media..
kerana itulah, bila keinsafan dtg, tak tergamak rasanya membuang makanan yang tidak habis di makan (lalu - aku menjadi semakin berisi!)
Ok apa. Sebab dapat merasai sendiri apa erti miskin. Tak macam anak-anak kita sekarang mereka tak tahu apa erti tidak ada duit. tidak ada letrik. tidak ada kereta.
BalasPadamsalam kakcik.. sy pernah rasa susah dulu nak makan pun takde duit, susah yg sy cari sendiri.. itu kisah dulu.. selamat hari raya kak.. semoga ceria mmafkan sy kalo ada n3 yg tak berkenan dihati huhuhuwaaa!!!
BalasPadamsalam kakcik..bila baca coretan ni berputar kembali kenangan zaman budak2 dulu..serba serbi secondhand..terlalu menyedihkn bila dkenang..SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN utk kakcik sklrga..nora mohon keampunan dr kakcik andai ada kesalahan dan kesilapan diluar kesedaran nora selama mengenali kakcik..
BalasPadamSalam IM...
BalasPadamanak-anak sekarang - tahunya bila hendak, semua ada di depan mata! Susah payah ibubapa - itu bukan masalah mereka... :(
Salam Maiyah..
BalasPadamsama-samalah kita bermaafan, kita hanya manusia biasa - yang serba serbinya tidak sempurna...
Salam Nora...
BalasPadamtiada salah silap nora terhadap kakcik sekeluarga, hanya rasanya kakcik yang banyak menyusahkan Nora.. Maafkan segala kesalahan kakcik dan halalkanlah segala-galanya yang Nora korbankan untuk kakcik.....
kakcik,kelopak mata nora ni dh bertakung..rasa mcm nk jumpa kakcik..dpt cium tgn..peluk2 kakcik dibulan yg mulia ni..apakan daya situasi x mengizinkn..kakcik x pernah pon menyusahkn nora tp nora selama ni yg byk menyusahkn kakcik..apa lh sgt yg nora korbankn tu kakcik..hehehe cuma nora selalu ingat,segala apa yg kita ada hari ni semuanya dr Allah..
BalasPadamNora.. Inilah aturan Yang Maha Esa terhadap kita.. bagiakan ada 'sesuatu' yang merantai hati kita hinggakan setiap kali membaca titipan Nora, mata ini pastinya berair...
BalasPadam