Minggu lepas, aku mengajak suami 'merayau-rayau' sebelum masuk pejabat untuk mencari sarapan. Kebanyakan kedai makan Melayu belum dibuka kecuali kedai Mamak. Aku dah jemu makan roti dan makanan-makanan yang tiada rasa pedas. Kedai-kedai yang dah dibuka di Kg. Baru, tidak menarik seleraku, kerana kebanyakannya (mungkin hanya pekerja) adalah warga Indon. Kalau tiada halangan memang aku ingin berpuasa sahaja.
Akhirnya, aku melihat seorang wanita yang berpurdah bersama dua orang anaknya berniaga nasi lemak di tepi jalan Chow Kit. Aku minta suami berhenti untuk membeli sebungkus nasi lemak. Aku mengambil lauk rendang daging (walaupun kulihat rendang itu begitu kering dan tidak menarik). Setelah membayar RM3 untuk nasi lemak itu, suami menghantarku ke pejabat.
Sampai di pejabat, aku membuka bungkusan untuk makan. Aduhai, rendang itu begitu masin dengan daging yang tak mampu gigiku untuk menggigitnya! Mungkin agaknya rendang lebihan hidangan raya yang dipanaskan berulang kali. Akhirnya menjadi habuan tong sampah! (Padan muka aku, malas sangat bawa bekalan makan, siapa suruh)
Soalnya, ikhlaskah wanita itu berniaga untuk menjana pendapatan?? Aku juga kesal, takut penampilannya akan menjadi persoalan dengan sikapnya itu...
Ada masanya saya ada juga membeli sarapan pagi (supaya Wardah dapat berehat dan kami semua dapat ubah selera sekali-sekala). Pernah terbeli nasi lemak mentah dan paling teruk masa tinggal di Sentul, lauk yang dibeli basi, tomyam penuh bawang.
BalasPadamKepada peniaga-peniaga makanan jagalah adab jual-beli. Jangan menipu pembeli (secara zahir mahupun tersembunyi). Berniaga biar ikhlas, Insya-Allah mendapat keberkatan.
Kepada Kakcik, siannyeee...... saya turut bersimpati.
Salam En. Zool..
BalasPadamsalah kakcik juga - yang malas sgt tu pasal apa? Kat rumah dah masak untuk anak-anak, tapi malas nak bawak bekal - padan dengan muka kakcik. Tapi, kadangkala jemu juga makan masakan sendiri, mungkin sedap di tekak orang, di tekak sendiri macam tak lalu je.. hehehehe...
jgn menyalahkan diri sendiri. kita nak bawa bekal atau tak bawa bekal, itu hal kita. penjual tu tak patut buat begitu. halalkan sahajalah. kita pun tak miskin dan dia pun tak kaya dgn RM 3 tu!
BalasPadamBetul tu Sdr. AL - halal tu memang kakcik halalkan, cuma rasa terkilan saja.... :(
BalasPadamSalam Kak Cik...
BalasPadamZaman sekarang sudah kembali kezaman jahiliah..tak semua yang menutup aurat tu berhati iklas..ada yg menutup aurat krn terpaksa dek dipaksa ataupun kerana sekadar suka melihat fesyen tudung yg pelbagai..
Kalau peniaga2 makanan berniaga atas niat kerana Allah dan mendapat keredhaannya takkanlah nak jual daging yg liat mcm getah tu..Allah Maha Mengetahui..mereka2 yg suka menganiayai orang lain spt ini ttp akan menerima habuan masing2..Allah Maha Melihat biarlah Allah jua yg membalas stp perbuatan dan niat yg tidak baik utk org2 spt itu..
Salam Zai..
BalasPadamitu sebab kakcik buat tajuk Ikhlaslah... Sebab kakcik meragui keikhlasannya berniaga. Hanya untuk mendapat untung. Berkatkah rezeki sebegitu? Sampai kakcik terfikir, dia menutup muka untuk tidak dikenali!
Salam Kak Cik,
BalasPadamEmmm.. org skrang ni buat mkanan untuk dijual macam takde jiwa. Main belasah je pastu rase ntah apa2....
Salam Echam
BalasPadamDah puas beraya ke? :)
Orang berniaga cuma nak untung je.. bukan nak tolong bangsa pun!
Salam Kakcik seroja,
BalasPadamBanyak udang, banyak garam. Manusia berbagai ragam.
Kekadang penampilan begitu kontra dengan sikap. Jangan keliru dengan yang dipamer, tepi fahamilah apa yang banyak tersirat dilubuk hati dan minda manusia itu.
Betul Zed..
BalasPadamitu sebab ada pepatah yang mengatakan... 'jangan menilai buku dari kulitnya'. Ya tak?
Ye betullah tu kakcik seroja...
BalasPadam