Klik klik
Isnin, September 07, 2009
Adoi! Sakitnya Kepalaku.....
Berdenyut-denyut sakit kepala sebelah kiri membawa ke leher... huhuhu... Takkan nak makan panadol kot puasa-puasa ni... Mungkin juga sebab waktu tidur yang tidak pernah sempurna@teratur sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mungkin juga kerana 'batu batan yang menghempap' kepala ini belum mampu kualihkan...
Hujung minggu yang baru berlalu, keadaan rumahku memang meriah. Along bersama dua orang kawan. Angah bersama empat orang kawan. Aku bayangkan seandainya semua mereka itu anakku! Termasuk anak kandungku, semuanya sepuluh orang. Sembilan lelaki dan hanya seorang perempuan. Termasuk mak dan ayah, dua belas orang serumah! Memang gamat dan gawat! Tapi semuanya dah besar-besar.. dah jadi bujang senang. Adik pun bukan main suka, ramai yang melayan kerenahnya. Mujurnya anak-anakku jenis yang senang berkawan. Senang untuk menerima siapa saja yang datang.
Hari Sabtu, Angah mencadangkan aku masak nasi lemak untuk berbuka. Aku rasa, nasi lemak bukanlah menu yang sesuai. Jadi, aku mencadangkan pada Angah untuk masak nasi ayam. Angah kata, 'apa-apalah.. mak masak apa pun sedap'.. hmmmm.. bodeklah tu, maklumlah bawa teman! Jadi, aku pun masak seperiuk besar nasi ayam. Suamiku memang jenis yang suka bimbang - takut tak cukup makanan yang disediakan, walaupun puas aku meyakinkannya. Malas nak bising, aku masak pula seperiuk sederhana nasi putih dengan lauknya ikan kembung goreng bercili (itu sajalah kepakaranku!), kubis masak air dan sambal belacan. Hehehe.. memang liiiiiiicinnnnnnnn nasi ayamku. Bangun sahur aku kena masak lauk lain pula....
Hari Ahad, suami mencadangkan aku masak mee kari. Mulanya malas juga. Sebab, suami juga nak makan dalca daging. Semuanya kari!
Tak sampai hati punya pasal, masak jugalah.. Semuanya habis juga waktu berbuka. Bersahur masak hidangan lain pulak! Apa-apapun, memang hilang penat kalau apa yang kita masak, habis dimakan. Tambah-tambah tiada komen yang negatif! (komen dalam hati, bukan dengar pun.. banyak komen nanti tak dapat makan, baru tahu!)
p/s P: gambar2 hiasan diambil dari rumah pakcik google
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pogi pokan ! naik basikal ! jatuh telontang !
BalasPadamsakit sekali ! celako ! pilihanghayo lai !
tercium pulak hai masak kari !
iyola pak karamu.. apo la pulak kono pilihanghayo laei ni??? hehehe...
BalasPadamDalam satu hadis Rasulullah SAW;
BalasPadam"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun"
salam akak.. wah meriah kan, tu yg seronok bulan mulia nih.. berkumpul ramai2
BalasPadamSalam Zool...
BalasPadammudah2an saja ada ganjarannya dari yang Maha Kuasa, w/pun sewaktu menjamu itu kita tak memikirkan apa2 :)
Salam Maiyah...
BalasPadammemang meriah, tapi semalam rasa sunyi pulak.. hanya berbuka berlima beranak...
seronoknya berbuka puasa ramai2..tp yg plg best sbb kakcik yg masak..dn yg plg2 utama adalh keikhlasan kakcik tu..mmg terpancar dr raut wajah dn sikap kakcik..tu yg nora x leh lupa setiap kali bertandang ke rumah kakcik..rindu nk mkn kari daging cincang..pecal kakcik..huhuhu..mudah2an kakcik sklrga dimurahkan rezeki dn mendpt rahmat yg melimpah ruah drNya..
BalasPadamhuhuhu.. nora buat airmata kakcik bergenang lagi!...
BalasPadamkakcik rindukan saat2 kita bersama di dapur... :(
mmg nora rindu sgt saat2 tu kakcik..kalau boleh nk diputar kembali kenangan tu..kecoh semua kt dapor..sambil masak2 pon asyik tergelak jer..mmg sebak tiap kali terkenang..
BalasPadammungkin satu hari nanti, kita dapat berkumpul lagi seperti dulu kan nora? (x abis lg kesat idung ngan mata ni..)
BalasPadamSedap nampak hasil air tangan kakcik..
BalasPadamTp saya lbh terpaku dgn ayat ttg 'batu-batan yg belum mampu dialihkan' tu.. Kakcik, jgn biarkan batu-batan tu terlalu lama mengganggu hidup Kakcik.. Kakcik org yg strong..
Sama mcm saya, saya pun ada masaalah tertentu yg meleret2, tp saya tak biarkan benda tu membelenggu hidup.. Try manipulate masaalah tu supaya mendtgkan hasil yg positif kpd kita.. Tp tak dinafikan sesekali saya pancit gakk.. Namun yg penting, kita kena cpt bangun semula..
U can do it, Kakcik!!
terimakasih Ja...
BalasPadamsesekali memang kakcik lupa dengan batu batan tu.. tapi, bila dia mula memberat, tak tertanggung juga oleh kakcik... Hanya Dia tempat kakcik mengadu...