Klik klik

Rabu, September 30, 2009

Masih letih

Balik dari pejabat petang semalam, dalam menggigil, gagahkan juga diri memasak. Asam pedas ikan senangin, tumis labu air dan sambal belacan. Cukuplah tu. Lepas hidangkan atas meja, naik ke bilik. Mandi. Lepas tu rebahkan badan. Pesan pada Angah, lepas solat maghrib nanti tolong picitkan kepala mak. Pukul 9.30 malam, Along balik dari masjid, minta belikan kueyteow goreng atau burger. Kueyteow tak ada. Makan sajalah burger sebiji. Lepas tu Angah bawakan ubat batuk, suruh minum. Minum je la.. Pagi ini bangun lewat sikit, masak sikit-sikit. Hari ini suami cuti sebab bawa Bangcik jumpa pakar kulit di HKL. Jadi, tengahari nanti, pandailah dia 'cari' makanan untuk anak-anak.

Hari ini badan masih gigil. Cuma lebih baik dari semalam. Kawan sepejabat pun ada menegur, 'muka kakcik nampak lain.. nampak tak bermaya sangat'. Tau tak apa. Jangan nak suruh buat air itu ini banyak-banyak. Nanti karang kopi jadi air arang, teh jadi air sungai!

2 ulasan:

  1. Salam Kak Cik..

    Bagus betul kak cik nie..dalam demam2 pun masih sempat sediakan juadah utk keluarga, asam pedas ikan senangin, tumis labu air dan sambal belacan....mmmm sedapnya kak cik..kalau dok dekat mau zai dah bawak pinggan minta sikit..hehehe..

    Semoga cepat sembuh ya kak cik..sakit ni sbnrnya kifarah atas dosa2 kita..dan peringatan yg sangat baik buat kita yg sering lalai dari mengingati Mati..Zai pun kalau demam bila ada orang tolong picit2kan rasa lega tambah kalau tangan anak2 yg comel2 memicitnya best bangat...tapi kalau husband jangan cakap macam nak bunuh orang jer..pegang sikit zai dah menjerit...hehehe

    BalasPadam
  2. Betul tu zai..

    kalau harapkan suami yang picit - bertambah sakit jawabnya. Dan betul juga, sakit itu untuk mengingatkan kita tentang dosa2 yang kita lakukan.. dan peringatan bahawa Malaikat Maut tak pernah lalai dari mengintai-ngintai kita!

    Angah baru telefon - malam ni kawan dia nak datang 10 orang. Tengah fikir apa pulak yang nak dihidangkan ni?

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...