Klik klik

Khamis, Oktober 01, 2009

Mi kari


Semalam sepuluh orang kawan angah datang ke rumah. Yang paling ringkas dapat ku sediakan cuma mi kari. Itu pun, balik dari pejabat, singgah kat pasar Chow Kit untuk beli bahan. Balik ke rumah terus masak. Elok maghrib, budak-budak tu sampai. Lepas solat dia orang makan sampai licin. Nasib baik angah tolong berkemas.

Angah kata, hari Sabtu ni dia orang boleh datang lagi tak? Nak rasa nasi ayam mak pulak! Aduhai... Aku ni kalau terlalu letih pun, boleh jadi susah tidur. Malam tadi pukul 12 belum tidur lagi. Siap gosok pakaian, lipat dan susun kain baju lagi.

Sempat juga 'tertonton' cerita Akhirat kat TV3.. tak faham aku. Menyampah pun ada, macam tak kena gaya je 'Dr. Maznah Zulkifli' bercakap. Sudahnya, temankan adik ngan bangcik tonton cerita Congkak kat Astro Ria. Budak-budak ni pun, dah tahu takut tak payah la tengok.. paksa pulak mak temankan. Kebetulan semalam aku bawa papan congkak yang dah lama aku pinjamkan untuk aktiviti pejabat. Aku cakap ngan adik.. tak payah main, kang antu datang.. Tak pulak dia takut..

11 ulasan:

  1. salam kak cik..

    nak minta resepi buat mi kari boleh tak ? sedap sangat nampak tu..suami suka makan tapi zai belum pernah mencuba...boleh kan ??

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik Seroja,

    Sedap nampaknya mee kari kakcik, no wonder budak2 tu makan sampai licin. Congkak memang seram, tapi tak elok takutkan mereka dengan elemen begitu kakcik...he..he..

    BalasPadam
  3. sedap nampaknya mee kari tu! hari ini saya puasa 6 masuk hari ke 4. pasal tu kot nampak mee kari tu sedap. Cobaan !

    BalasPadam
  4. Salam Zai..

    resepi mi kari kakcik ringkas je.. mcmna kakcik buat, mcm tu la kakcik bagi tau kat kawan2. Yang mencuba, dah pun berjaya.. nak kata sedap tu, kdg2 tengok selera masing2..

    Bahan2 dia (kakcik tak ikut kuantiti pun, sesedap rasa sesuka hati kakcik je...)

    Untuk tumis - halia/bawang putih/bawang merah cili kering (ikut sepedas mana kita nak)- kisar semuanya. Kayu manis dan bunga lawang.

    Serbuk kari daging (kakcik guna serbuk kari Adabi).

    Kiub ikan bilis (apa cap pun tak apa) 2 ketul.

    Bahan lain :
    (ikut suka juga nak letak apa)

    Isi ayam @ daging yang dipotong kecil @ udang @ isi kerang. (Kakcik selalu guna ayam je.. sebab yg lain tu - kerang/udang = gatal. Daging pula = gout) hehehe... (sebenarnya ikut kehendak anak-anak.

    Fish ball / fish cake/ tahu gabus (yang ringan dan kering tu..)/ meat ball.

    Bahan hiasan atau penyedap:

    Sawi & tauge = dicelur
    Cili merah = dihiris
    Telur rebus = belah ikut suka :)
    Limau nipis/limau kasturi
    Tahu goreng = dihiris/dadu

    Cara-caranya :

    Tumis bahan-bahan tu semua, masukkan serbuk kari, kiub ikan bilis dan sedikit santan. Kacau sampai pecah minyak. Tambahkan air, supaya tak melekat dalam periuk. Masukkan ayam (atau udang/kerang/daging) dan fish ball/fish cake/meat ball/tahu gabus. Tambah santan. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya ikut selera sendiri.

    DAH PUN SIAP KUAHNYA!

    Celur mi kuning - masuk dalam mangkuk, masukkan bahan2 penyedap tu, tuangkan kuah dan NGAP! senangkan.. :)

    BalasPadam
  5. Salam Zed...

    jemputlah datang ke rumah, boleh rasa mi kari kakcik :)

    Budak-budak ni kalau bukan kehendak mereka, datang le penakutnya.. cuba kalau kehendak mereka... semua diredahnya...

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa AL..

    kakcik dah bagi resepi tu, cuba la buat utk berbuka nanti... :)

    BalasPadam
  7. salam kak cik...

    trm kasih atas resepi tu yer..nak kena cuba buat nie..nyam3..wah semakin canggih blog kak cik..ada banner baru nampak..cantikla..

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan,
    kak cik,
    sedap nampaknya mee kari tu... jemput2lah kami merasanya bersama.
    Jika ada kelapangan, jemputlah singgah di blog saya
    http://akak-akaka.blogspot.com
    dan
    http://puterri.blogspot.com

    BalasPadam
  9. sorry.. pembetulan
    http://akak-akak.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Zai cubalah ya, nanti bagi tahu kakcik hasilnya :)

    BalasPadam
  11. salam Ibu n Abah.. InsyaAllah, nanti kakcik singgah ya.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...