Klik klik

Isnin, Oktober 05, 2009

Catatan Jumaat hingga Ahad

Jumaat - 2/10/2009

Pagi ini rasa tak larat nak ke pejabat. Buat keputusan untuk berjumpa Doktor.
Jam 9.00 pagi pergi ke Pantai Hospital, Ampang. Doktor yang nak ditemui hanya ada di kliniknya jam 2.00 petang. Balik ke rumah. Lepas Along balik dari Solat Jumaat, lebih kurang jam 2.30, pergi semula ke Hospital. Cek itu ini, ambil beberapa jenis ubat dan sedut nebulizer. Dapat MC - balik ke rumah - tidur!

Malam - ke Chow Kit. Beli bahan-bahan perencah (serai/daun kunyit/bawang/cili kering dll) untuk buat rendang ayam yang diminta oleh teman merangkap adik kesayangan untuk rumah terbukanya Ahad nanti.


Sabtu - 3/10/2009

Jam 7.15 pagi ke Chow Kit lagi bersama suami. Beli 7 ekor ayam dan 5 kilo santan.
Balik, singgah minum kat kedai berdua-duaan. Sampai rumah 'mengerjakan ayam'.

Tengah sibuk kat singki dengan ayam mati tu, suami dapat panggilan dari boss lamaku yang kini menjadi Pegarah di sebuah Jabatan Kerajaan di Kuantan dan bergelar Dato' nak singgah ke rumah dalam setengah jam lagi. Terlompat aku! Bukan kerana apa, tapi apa pulak yang nak kuhidangkan? Tapi, tak kisah la.. aku dan suami dengan bekas boss ku tu dah kenal lama dan hubungan kami agak rapat. Dia biasa melepak di rumah sempitku itu.

Elok saja aku berkemas dan mandi, duduk lepak sekejap, bekas bossku bersama isteri dan dua anaknya sampai. Sembang-sembang kejap. Dia dalam perjalan ke Petaling Jaya untuk menjemput anak kembarnya yang baru habis peperiksaan. Kemudian kami ke dapur untuk menjamah hidangan seadanya.

Bila bossku dan keluarganya keluar dari rumahku, kami sekeluarga bergegas pula bersiap untuk memenuhi jemputan rumah terbuka di Kajang. Dari Kajang, ke rumah terbuka merangkap majlis sambutan hari lahir di Bandar Tun Razak. Balik ke rumah dah petang tapi belum masuk waktu Asar. Masih sempat untuk Zuhur.

Petang, aku mengupas bawang, membuang biji cili kering, memotong halia dan menghiris serai serta daun kunyit. Kemudian aku berehat sambil menantikan kedatangan adikku Nora dan keluarganya yang berjanji akan sampai petang ini. Sampai aku dah terlelap, mereka belum sampai! Hanya jam 7.00 petang baru mereka muncul. Raya lah katakan...

Kesian Nora dan Aqib, banyak sangat 'berjalan dalam kereta' agaknya, mereka keletihan dan kurang sihat. Tak apalah, berehat dulu ya.. walaupun masih sempat untuk bergosip lebihkurang!

Setelah mereka semua naik ke bilik tidur, aku mengambil keputusan untuk mengisar bahan-bahan untuk merendang ayam esok pagi.

Ahad - 4/10/2009

Aku bangun seawal 4.30 pagi untuk mula masak rendang ayam. Bukan tiada kuali besar di rumahku yang boleh memuatkan 7 ekor ayam itu. Masalahnya, dapurku pula terlalu kecil untuk menampung kuali tersebut. Berlanggar ke dinding la jawabnya. Akhirnya, aku terpaksa menggunakan tiga kuali untuk memasak!

Adikku Ummie yang hendak membuat jamuan itu juga ada menempah 600 cucuk sate. Along ditugaskan untuk mengambil sate itu kerana dia saja yang tahu tempatnya. Kerana komunikasi yang tidak lancar tempahan itu hanya siap jam 11.45 pagi. Sepatutnya jam 11.00 dah siap. Berkali-kali, tauke sate itu memohon maaf dari 'Tuan Imam Mustaqim' @ Along atas kelewatan itu.

Setelah semuanya siap, kami (aku dan keluarga serta Nora sekeluarga) begerak ke rumah Ummie di Taman Puncak Jalil. Jam 1.30, kami keluar dari rumah Ummie. Aku sekeluarga balik ke rumah dan Nora sekeluarga terus pulang ke Kuantan. Elok saja sampai di rumah, suamiku menerima panggilan dari temannya, mengingatkan agar segera datang ke Majlis Perkahwinan anaknya. Kerana MRR2 sentiasa sesak, aku dan suami menunggang motorsikal saja ke majlis tersebut. Anak-anak tinggal kat rumah.

Dari majlis perkawinan, balik ke rumah, singgah pula di rumah jiran (tak pergi memang tak patut - hanya berselang pintu) untuk rumah terbukanya pula. Minum saja lah dan jamah sedikit mi udangnya. Nasib baik kat majlis kahwin tadi, aku tak menjamah apa-apa. Namanya saja hidup berjiran, setahun sekali nak jejak ke rumah jiran pun payah!

Jam 5.15 petang, keluar pulak untuk menghantar angah balik ke kolejnya. 7.55 sampai baik ke rumah, selepas menunaikan solat maghrib, ke rumah jiran yang langsung tak berselang pintu pulak! Memang sangat-sangat tak patut la pun kalau tak pergi, kan? Keluar dari rumah itu, naik kereta pulak ke rumah kenalan suami. Sudahnya sampai balik ke rumah dah dekat pukul 11.00 malam.

Letih memang letih... tapi, pakaian yang belum bergosok perlu di bereskan. Siap semuanya, aku pun tak sedar jam berapa aku terlelap sebelum bangun semula 4.45 pagi tadi...


p/s : untuk Nora sekeluarga, kakcik mohon maaf banyak-banyak atas segala kekurangan yang memang sangat-sangat terasa sewaktu Nora berkunjung ke rumah kakcik kali ini.... Kakcik tahu Nora amat memahaminya.. (sobss... sobss...)

18 ulasan:

  1. Salam kakcik,

    Sibuk nampaknya jadual kakcik, tetapi berjaya melaksanakan dalam keadaan diri yang belum sihat sepenuhnya.

    Membacanya sahaja saya dah nampak kakcik sangat penat.

    BalasPadam
  2. salam kakcik..

    hujung minggu yg betul2 memenatkn kakcik..jgn sedih2 nora mmg faham sgt2..niat nora cuma nk jumpa kakcik sklrga..tu pon dh cukup buat nora terasa seronok sgt2..smlm dlm perjalanan balik ke ktn x tau knp air mata ni asyik meleleh sorg2 tingat kt kakcik..nora syg sgt2 kt kakcik dn boleh selami apa yg kakcik lalui skrg..terima kasih byk2 buat kakcik..abg bob dan anak2..

    BalasPadam
  3. Salam Zed..

    Memang penat, tapi Alhamdulillah, hari ini kakcik rasa macam bersemangat sikit. :)

    BalasPadam
  4. Entah la Nora..

    sebut nama Nora pun boleh buat air mata kakcik bergenang....

    BalasPadam
  5. Salam Kak cik..

    Penerangan yang sangat jelas..terasa macam ada disana ketika semua peristiwa tu berlaku...best2..pandai kak cik buat skrip..boleh masuk pertandingan mencipta skrip drama nie..

    BalasPadam
  6. Salam Zai...

    kakcik memang minat menulis. Cuma skil tu dah semakin kurang. Dari zaman sekolah, kakcik menulis cerpen dan puisi. Pernah tersiar di Utusan pelajar, di Radio Singapura dan di makalah sekolah juga buletin puspanita pejabat terdahulu.

    Kakcik juga dalah pemantun untuk kementerian tenpat kakcik bekerja ini dalam Pertandingan Berbalas Pantun yang dianjurkan oleh DBP..

    BalasPadam
  7. Salam. Macam catatan diari .....waktu saya sekolah menengah dulu-dulu.

    BalasPadam
  8. Salam Abu Muaz...

    kiranya macam dairi la tu.. dairi hujung minggu :)

    BalasPadam
  9. Kesian kak cik...saya dapat rasakan betapa penatnya. heheh....kalau saya dah awal-awal tumbang...

    BalasPadam
  10. sibuknya kak cik ... ngalahkan menteri ! tapi itulah dia harga yang perlu dibayar bila kita hidup bemasyarakat. makin kita sibuk maknanya makin kita ni di hargai dan di peduli.

    BalasPadam
  11. salam kak.. wah bz betul, byk gak ayam yg akak kejekan tu hehe

    BalasPadam
  12. salam kakcik sayang
    hujung minggu yang sngt meletihkan..begitu juga dgn ida..segalanya tnpa dirancang..mudah2an kakcik dikurniakan kesihatan yg baik..doa buat ida juga..

    p/s ida sudah kembali ke bbst petang ahad awl ahad sempat ke karak rumah pak busu..penatnya..semalam (5 Sept) mc tk sihat.

    BalasPadam
  13. Salam Ros...

    memang penat, tapi rasa puas bila semuanya dah selesai :)

    BalasPadam
  14. Salam AL..

    betul.. lainlah kalau kita ingin jadi 'kera sumbang' kan? Duk diam-diam dalam rumah, pedulikan apa yang terjadi kat luar...

    Seronok bila kita punya rakan2 yg tidak melupakan kita dan kita juga tidak melupakan mereka..

    BalasPadam
  15. Salam Maiyah..

    lega rasanya melihat Maiyah on-line semula. Semoga kesihatan Maiyah semakin baik. Dapatlah kita sembang-sembang semula...

    BalasPadam
  16. Salam Ida sayang...

    Seronok dapat jumpa kawan lama yang dah terpisah 20 tahun, ya? Apa saja lah agaknya yang diceritakan tu... Apa2pun, kakcik tumpang suka melihat Ida gembira...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...