Klik klik

Selasa, Oktober 06, 2009

Anak oh Anak...

"Bapa dilokap angkara anak"

itulah salah satu tajuk dalam Harian Metro hari ini. Kerana hendak bebas berpoya-poya bersama teman lelaki, seorang anak sanggup membuat laporan polis kononnya dia dirogol oleh bapanya. Bapa 'malang' tersebut terpaksa bermalam di lokap untuk siasatan akibat laporan tersebut.


Inilah anak-anak zaman sekarang. Sanggup berbuat apa saja demi mengikut nafsu sendiri. Menjatuhkan maruah ibubapa dan menggadaikan maruah sendiri. Alangkah hancur luluhnya hati ibubapa mengenangkan anak yang selama ini ditatang bagaikan minyak yang penuh menjadi duri di dalam daging. Mencucuk bisa ke tangkai hati.

Salahkah ibubapa? Anak-anak adalah permata hati. Dibimbing, diasuh, diberi pelajaran dunia dan akhirat. Ibu mengandung dengan segala susah payah (anak boleh berkata : saya tak minta dilahirkan....) Menyusukan anak, menyuapkan makanan ke mulut, berjaga malam saat anak kegelisahan kembung perut atau merengek kerana lapar. Ayah juga sentiasa berusaha dan berfikir apa lagi yang boleh diperbuat demi kesenangan dan keselesaan anak-anak.

Sampai saatnya sianak menginjak remaja. Bersekolah. Bertemu rakan taulan. Sedikit demi sedikit anak-anak merasakan ibubapa hanya mengongkong pergerakan mereka. Anak-anak menjadi lupa, makan minum mereka - malah segala-galanya, masih disediakan oleh ibubapa sepenuhnya. Bila ibubapa berkata, 'anakku, kami menghantar kalian ke sekolah demi mencari ilmu. Belum masanya untuk kalian bercinta'. Sianak dengan angkuh boleh memalingkan muka sambil bersungut, 'ibuayah apa tahu? ketinggalan zaman betul... orang lain bercinta ok je...'

Aduhai anak, kalian lahir pun dari cinta ibuayah kalian. Kami menghalang kerana belum masanya untuk kalian 'hanyut' dalam dunia khayalan ciptaan kalian. Kami terlebih dahulu melalui ranjau duri kehidupan. Pengalaman kami ini kami jadikan panduan dalam mendidik kalian. Kami mahukan segala yang terbaik buat anak-anak kami. Kerana itulah kami hantar kalian untuk menimba ilmu. Mudah-mudahan kalian dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk. Mungkin 'ilmu' yang kalian dapat dari ibuayah kalian 'yang ketinggalan zaman' ini tidak cukup untuk membimbing kalian.

Anak-anak, harapan masa depan keluarga, bangsa dan negara. Janganlah leka dengan dunia angan-angan dan keseronokan sementara yang belum tentu menjanjikan apa-apa. Jangan nanti bila apa yang diangankan tidak kesampaian, kami (ibuayah) juga yang dipersalahkan, konon tidak memberi panduan dan bimbingan.

16 ulasan:

  1. Salam kakcik seroja,
    Memang menyedihkan tingkah laku anak2 sekarang. Beza dgn kita dulu-dulu. Tapi alhamdulillah, kakcik dah dapat merasa anak menjadi imam. Saya seronok betul lihat anak-anak kakcik. Memang bertuahlah kakcik ni.

    BalasPadam
  2. Salam Akak..

    semoga akak sihat2 sahaja. Alhamdulillah, Along dah jadi imam. Tapi, terus terang, sebenarnya kakcik risau juga. Maklumlah dia masih muda, takut dia menjadi ego dan riak. Kakcik berdoa kepada Allah SWT agar menetapkan iman kami dan menjadi hambaNya yang tidak lupa diri.

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik..

    Dunia skarang mmg mencabar tapi itulah iman tidak dapat diwarisi..kita mungkin pernah terdengar ayah penyamun tapi anaknya orang yg sangat beriman dan ayah tok imam tapi anaknya penyamun..

    Takut nak memikirkan masalah remaja sekarang ni sbb zai pun ada anak-anak yg sedang membesar juga dan dikeliling oleh ramai rakan2 yg rosak akhlak..

    Apapun sbg ibubapa kita harus melakukakan yg terbaik buat anak2 mcm kak cik. Zai setuju ngan pendapat ibu n abah..zai turut bangga sbb anak kakcik dah merasa jadi imam..

    Mudah2an anak-anak zai juga akan mengikut langkah anak2 kak cik satu hari nanti..ameen.

    BalasPadam
  4. Salam Zai,

    memang betul - iman tak dapat di warisi. Kakcik dan suami juga bukan ibubapa yang 'berilmu'. Tapi, kami sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi anak-anak yang soleh, diberkati dan dirahmati hidup mereka oleh Yang Maha Kuasa. Kebimbangan di hati ibubapa adalah lumrah. Apalagi dalam dunia serba mencabar dan anak-anak yang bukan sentiasa di bawah pengawasan mata kita.

    Along memang dah jadi imam. Tapi perjalanannya masih jauh, InsyaAllah. Begitu juga dengan adik-adiknya. Tanggungjawab kakcik dan suami memang berat. 4 anak, beribu ragamnya....

    BalasPadam
  5. salam kakcik,
    tahniah sebab ada anak yg soleh yg dah boleh memimpin.

    mmg susah nak kawal anak2 remaja sekarang, tak kira lelaki atau pompuan.

    kena cuba jadi kawan pada anak2, biar mereka hormat kita bukan takut pd kita. klu hormat mereka akan jaga nama baik kita wlu didepan atau dibelakang kita tp klu takut, hnya takut didepan kita tp belakang kita buat macam2 yg tak elok.. betul tak kak cik?

    BalasPadam
  6. Salam June...

    betul - ada anak yang pandai berlakon, di depan kita nampak tak ada yang tak kena, rupanya di belakang kita, Allah saja yang tahu! Na'uzubillahiminzalik..

    Sekarang, bila anak-anak dah besar, kakcik suka untuk menjadikan mereka sebagai kawan, supaya mereka mudah meluahkan apa saja masalah atau persoalan tanpa ragu. Tapi, ada batasnya juga... jangan sampai mereka hilang hormat kepada kita selaku ibu bapa bagai yang June kata.

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik Seroja,

    Itu namnya anak pontianak. Tak kenang jasa.

    Harap tidak terjadi kepada kita semua yang lain.

    BalasPadam
  8. kakcik,

    saya rasa nukilan pn kartini dalam "Blogcetusanminda" relevan dan sesuai dengan perkara yang kakcik timbulkan. saya tak pasti kakcik dah baca ke belum. kalau dah baca, taka apalah ... mungkin boleh ditujukan kepada pembaca blog kakcik yang lain.

    Agar Tiada Kekesalan Itu ...

    Masa usia setahun ,
    ibu suapkan makanan dan
    memandikan kita.
    Cara kita ucapkan
    terima kasih kepadanya
    hanyalah dengan
    menangis sepanjang malam.

    Saat usia 2 tahun,
    ibu mengajar kita bermain.
    Kita ucapkan terima kasih
    dengan lari sambil
    tertawa terkekeh-kekeh
    apabila dipanggil.

    Ketika usia 3 tahun,
    ibu menyediakan makanan
    dengan penuh kasih sayang.
    Kita ucapkan terima kasih
    dengan menumpahkan makanan.

    Masuk usia 4-5 tahun,
    ibu belikan pensil warna dan pakaian.
    Kita ucapkan terima kasih
    dengan menconteng dinding dan
    bergolek atas lantai kotor.

    Saat usia 6 tahun,
    ibu memimpin tangan kita ke Tadika.
    Kita ucapkan terima kasih
    dengan menjerit,
    " Tak mahu!Tak mahu !".

    Ketika usia 7 tahun,
    ibu belikan sebiji bola,
    kita ucapkan terima kasih
    dengan memecahkan
    cermin rumah jiran.

    Setelah usia 8-9 tahun,
    ibu menghantar kita ke sekolah,
    kita ucapkan terima kasih
    dengan ponteng sekolah..
    atau jua mungkin
    kita acuh tak acuh
    pada pelajaran kita.

    Di usia 10-11 tahun,
    ibu menghabiskan masa
    sehari suntuk dengan kita,
    kita ucapkan terima kasih
    dengan tidak bertegur sapa dan
    asyik bermain dengan kawan.

    Menjelang usia 13 tahun,
    ibu suruh pakai pakaian
    menutup aurat,
    kita ucapkan terima kasih
    dengan memberitahu bahawa
    pakaian itu ketinggalan zaman.

    Ketika menjangkau 18 tahun,
    ibu menangis apabila tahu kita
    di terima masuk universiti ,
    kita ucapkan terima kasih
    dengan bersuka ria
    bersama kawan-kawan.

    Menjelang usia 20 tahun,
    ibu bertanya apakah kita
    ada teman istimewa,
    kita katakan,....
    " itu bukan urusan ibu”.

    Setelah usia 25 tahun,
    ibu bersusah payah menanggung
    perbelanjaan perkawinan kita,
    ibu menangis dan memberitahu
    bahawa dia sangat sayangkan kita,
    tanda kita ucapkan terima kasih
    dengan pindah jauh darinya.

    Ketika usia 30 tahun,
    ibu menelefon memberi nasihat
    mengenai penjagaan bayi,
    kita dengan megah berkata,...
    " itu dulu ,
    sekarang zaman moden".

    Ketika usia meningkat 40 tahun,
    ibu menelefon mengingatkan
    tentang kenduri di kampung,
    kita berkata,
    " kami sibuk...
    tak ada masa nak datang ".

    Menjelang usia 50 tahun,
    ibu jatuh sakit dan
    meminta kita menjaganya.
    Kita bercerita tentang kesibukan
    dan kisah-kisah ibu bapa
    yang menjadi
    beban bagi anak-anak.

    Sehinggalah...

    Dan kemudian suatu hari...
    setelah kita mendapat berita
    ibu meninggal,
    khabar itu mengejutkan....
    dalam linangan air mata
    kekesalan,
    segala perbuatan terhadap ibu
    muncul dalam ingatan
    satu persatu....

    Namun pada saat itu
    semua tiada lagi ertinya....
    walau air mata berdarah sekalipun
    Ibu tetap tiada..
    Ibu takkan kembali...
    Yang Ada hanya kekesalan..
    kerana kasih Anak
    tidak setanding kasihnya IBU....
    Jua Pengorbanan anak
    Tidak setanding Pengorbanan
    seorang IBU...

    *** Semoga hati Ibu tidak disakiti..dan dibajai kasih yang abadi padanya...
    Bagi yang telah tiada ibunya...kasih tidak terputus dgn sentiasa ada iringan doa
    anak yang soleh ...

    Pn Kartini.

    BalasPadam
  9. Salam Zed...

    kita memang impikan segala yang terindah. Harap2 impian itu akan menjadi kenyataan, walaupun terpaksa menempuh igauan dan racauan...

    BalasPadam
  10. Salam AL..

    terimakasih kerana memanjangkan nukilan Pn. Kartini ke sini. InsyaAllah, nanti kakcik akan berkunjung ke blog tersebut... Nukilan itu sangat kena dengan situasi yang terjadi saban hari...

    BalasPadam
  11. Salam kakcik: cinta zaman sekarang sudah lupa pantang larang.

    BalasPadam
  12. Salam Abu Muaz..

    betul tu. Sebagai 'orang tua' kita kena tegas dalam memberikan panduan dan tunjuk arah...

    BalasPadam
  13. Anak2 dan harta adalah sebahagian daripada dugaan kehidupan ini..
    Semoga kita diberikan kesabaran dalam meneruskan liku2 kehidupan yg mendatang..
    Bersama keredhaanNya

    BalasPadam
  14. Salam LanaBulu (agak pelik pulak nama ni!) :)

    Iya.. hanya kesabaran boleh membuatkan kita berfikiran secara waras dalam menghadapi kerenah anak2 yang adakalanya memang mencabar minda dan emosi..

    BalasPadam
  15. salam kakcik syg..

    membesar dan mendidik anak2 zaman skrg terlalu byk cabarannya..mmg menguji tahap kesabaran kita..kerap jgk sampai x lena tdo mlm memikirkn cara terbaik menyelesaikn masalah anak2 khususnya yg meningkat remaja ni..sebak hati nora bila baca coretan kakcik ni..

    BalasPadam
  16. Salam nora...

    catatan ini berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling kita. Pening kepala kita memikirkan cara terbaik membesarkan anak2, memenuhi segala keperluan mereka.. tp, bg mereka : 'itu tanggungjawab ibu ayah, kenapa perlu dipersoalkan?' Huhuhu....

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...