Klik klik

Jumaat, Julai 31, 2009

Oh! Bahasaku...

Petang semalam aku menonton siaran televisyen. Ada temubual dengan orang ramai berkenaan penggunaan kupon bulanan untuk menggunakan perkhidmatan bas awam.

Apa yang menarik perhatianku, adalah susunan ayat dan bahasa yang digunakan oleh orang ramai semasa menjawab temubual itu...

Antaranya :

I tak begitu setuju dengan sistem ini. Kita bukan menggunakan perkhidmatan bas sepanjang masa. Sometime kita naik car ke tempat kerja. I rasa sistem lama lagi better.

Hmmmmm... apo nak dikato????
Aku pun bukannya pakar bahasa...
tapi, kalau tak diselit-selitkan perkataan Inggeris tu, tak nampak elit ke???

Ibu Mertuaku


Semalam ibu mertuaku di masukkan ke HUKM kerana mengalami pendarahan. Ini adalah susulan dari pendarahan yang dialaminya minggu lepas dan terpaksa di masukkan ke Hospital Teluk Intan. Ahad lepas, ipar2ku membawa mak balik ke Kuala Lumpur kerana kebanyakan anak2 mak tinggal di sini.

Peliknya, mak langsung tak merasa sakit dan langsung tidak sedar dia mengalami pendarahan. Petang semalam, sewaktu anak lelakinya balik dari kerja, dia melihat titisan darah yang berjejeran di luar rumah sehingga ke dalam rumah. Tapi, mak sikit pun tak perasan.

Jam 8.00 semalam mak di bawa ke Unit Kemalangan dan Kecemasan, HUKM. Macam biasa, orang punyalah ramai - yang sakit dan yang membawa pesakit (pesakit seorang - pembawa ada yang sampai 5-6 orang!).

Biasanya, kalau dah mendaftar di meja depan tu, pesakit/waris di beri kad dan borang untuk mendaftar, tambahan ini adalah kali pertama mak di bawa ke situ. Semasa aku dan suami sampai di A&E HUKM tu, mak dan kakak iparku sudah pun tiba terlebih dahulu. Bila aku dan suami bertanya pada kakak sama ada sudah mendaftar atau belum, kakak kata 'diaorang suruh tunggu - nanti diaorang panggil'. Kerana tak puas hati, suamiku pergi bertanya semula. Barulah datang seorang Penolong Pegawai Perubatan bertanya keadaan mak dan kemudian menolak mak masuk ke bilik rawatan.

Lebih sejam kami menunggu di luar, barulah ada panggilan dari dalam bilik rawatan. Doktor yang bertugas bertanya, mana kad pendaftaran mak. Hmmmmmm... masalah lagi... kami katakan kami tidak diberi sebarang kad atau borang untuk mendaftar. Terpaksalah adik iparku keluar untuk menguruskan pendaftaran pula.

Akhirnya, hampir jam 12tghmlm, barulah mak di sorong ke wad. Doktor mengambil apa-apa saja keterangan yang boleh diberikan tentang mak. Sukarnya, kerana kami semua yang ada di situ (4 anak lelaki mak, seorang anak perempuan dan 2 menantu perempuan - termasuk aku) tidak tinggal bersama mak. Tak seorang yang dapat memberi maklumat yang tepat tentang sejarah perubatan mak....

Menurut doktor, ujian terhadap mak akan dilakukan malam (dinihari) itu juga untuk mengesan punca pendarahan. Endoskopi dan lain-lain ujian akan dibuat untuk memutuskan apa rawatan yang perlu di beri atau sama ada mak perlu dibedah. Kesian mak - ini adalah kali kedua dia masuk ke hospital selepas kali pertama minggu lepas di Hospital Teluk Intan. Setiap kali kami bertanya sama ada mak ada merasa sakit di mana-mana... dengan loghat Peraknya, mak akan berkata "Apah pun tak ghase - tak de sakit langsung"...

Dekat jam 1.30 pagi baru aku dan suami sampai di rumah. Sebelum tu sempat singgah mengisi perut di gerai yang masih buka - siap makan western food lagi! Pagi ni - malasnyeeeeeeeee rasa nak bangun dan pergi kerja.....

Apa2pun, semoga mak akan pulih seperti sediakala.. Aminnnnn....

Khamis, Julai 30, 2009

Kisahnyeeeeee....


Pagi semalam, sewaktu aku menelefon ke rumah, aku agak terkejut kerana Along kata dia lambat sikit ke tempat kerja. Ada urusan di rumah yang hendak dibereskannya. Aku tertanya-tanya juga .. 'apa saja la along ni?'.. Mungkin juga dia hendak menguruskan Danial (anak muridnya yang demam - dah hampir 2 minggu duduk dengan keluarga kami kerana mamanya out station ke Indonesia).

Malam tadi, sewaktu aku sedang berkemas-kemas (dah nak tidur pun sebenarnya!), adik tiba-tiba membuka pintu dan berkata "mak, semalam kannnnnn.. pukul 1.30 pagi, along nampak ada orang buka pintu bilik diaaaaaaa... Lepas tu kan makkkkk, orang tu selongkar tong sampah (tong sampah kecik dalam bilik along), bukak almari alonggggg..."

Wakakakaka... punyalah aku nak tergelak!

Aku cakap, "Apalah along ni.. itu kan mak.. Semalam mak tak boleh tidur, jadi mak berkemas la..."

Balas Along, "Mana along tahu.. along pun tengah mamai - kenapa ada orang nak selongkar tong sampah?"

"Bukan selongkar tong sampah la.. tapi buang kertas ke dalam tong sampah!" balasku...

Dendam Yang Terpendam


Dalam hati ini
bagaikan ada dendam
yang kian lama terpendam
bagaikan ada bara
yang menanti untuk menyala

Ada waktunya
bara itu bagaikan ingin menyala
cepat-cepat kusirami salju
agar dinginnnya menyamankan kalbu

Ada ketikanya pula
saat bara itu mula menyala
bagai akan menjadi bala
aku teralpa untuk menyiramnya
lalu ia marak membakar kalbu
syukurlah ia terpadam
sebelum sempat menjadi abu...

Dendam itu
terpendam sejak lama dulu
angkara jiwa yang tak pernah tenang

Perlukah kulepaskan segala yang terpendam
pastikah akan terluah semua lahar kemarahan
tanpa bersisa????

Tidak...
Aku tak perlu lagi melayan segala dendam ini
akan kubenam jauh..
jauh ke lubuk
yang tak terlihat oleh mata
tak terlintas dalam perasaan
tak tercuit oleh apa-apa pun...

Aku ingin bebas
bebas dari segala prasangka
bebas dari sengketa
bebas dari dendam yang membara.....

Rabu, Julai 29, 2009

Sukarnya melelapkan mata

Malam tadi memang amat sukar bagiku melelapkan mata...
Pusing kiri, pusing kanan, terlentang, meniarap - tak juga terlelap.
Ku pasang surah Yaasin di telefon bimbit dan kuikuti alunannya, makin segar rasanya mata... Aku bangun, kukemaskan meja dan rak buku anak-anakku... Jam pun bergerak dari detik ke detik, dari minit ke minit..... Jam tiga pagi aku masih berjaga dan aku tak sedar bila aku terlena. Jam 4.40 aku bangun, turun ke dapur dan memasak...

Sampai saat ini, tidak pula aku berasa mengantuk....

Tuhan.... hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala isi hatiku......

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Selasa, Julai 28, 2009

Semuanya ok

athma pun dah ok... paru2 'clear'
hasil ujian CT scan dn x ray pun semuanya ok
tiada yang mencurigakan - Alhamdulillah..

tapi, yang sakit2 sana sini tu pasal apa?
yang mencucuk2 di perut tu apa bendanya?

ah! mungkin perasaan saja agaknya..
fikirkan yang positif
yakinlah pada Allah
gembirakan hati
lapangkan dada......

Isnin, Julai 27, 2009

kala sendirian

kulayari blog ke blog
ketemui pelbagai catatan
ada catatan yang membuatkan
aku merasa begitu kerdil
betapa mereka diuji
namun mereka redho...
dan Allah memberikan balasan
yang penuh kemanisan buat mereka...

ada di antara mereka
yang mengecap kejayaan demi kejayaan
dan aku turut mendoakan
agar mereka terus berjaya
serta tidak terleka
sesungguhnya kejayaan itu juga adalah ujian
tahukah kita bersyukur kepada Tuhan

aku sendiri?
aku 'wajib' untuk terus muhasabah diri
di saat-saat getir begini
adalah juga satu ujian buatku
perlukah aku menyiksa diri
seolah seolah esok takkan muncul mentari
atau aku perlu bangun kembali
mengutip sisa keyakinan dan berserah pada Yang Satu?

Salam

Salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di blog ini.
Hari ini kakcik buat post dari katil A319, Pantai Hospital Ampang.
Kakcik masuk ke sini malam tadi setelah diserang athma yang agak teruk. Nafas berbunyi dengan agak kuat disertai batuk dan muntah lendir. Setelah di beri gas dan suntikan, rasanya dah lega.. cuma badan masih menggigil.

Dah agak lama kakcik tak kena serangan athma yang agak teruk begini. Mungkin tekanan-tekanan perasaan yang kakcik alami kebelakangan ini, menyebabkan serangan itu datang kembali.

Ups! doktor baru je datang melawat. InsyaAllah esok dah boleh discaj kot. Bukan seronok pun duduk kat wad ni... baring, tidur, tengok tv....

Tapi, kalau cuti sakit kat rumah pun, kdgkala boleh menambahkan sakit je.... Anak2, biasalah... kalau mak ada kat rumah, macam2 kehendak mereka....

Ahad, Julai 26, 2009

Kak Pah....

sambil menaip ni, aku menonton rancangan Melodi di TV3. Kebetulan Kak Pah sedang bercakap... eh! pasal apa lain sangat aku tengok muka Kak Pah ni ek??? Apa-apa pun semoga Allah merahmati Kak pah di atas keikhlasan Kak Pah itu...

Yanti

Yanti adalah bekas pembantu rumah adikku. Saat aku menaip entri ini, Yanti telahpun selamat tiba di kampung halamannnya di Surabaya.

Sesungguhnya Yanti adalah pembantu rumah yang amat baik. Dia bukan saja disayangi dan disenangi oleh adikku dan keluarganya, malah arwah emakku, bapaku dan semua adik beradikku dan keluarga kami manyenangi Yanti. Anak-anak adikku pasti akan merindui Yanti. yanti amat pandai mengurskan rumah tangga adikku. Dia melakukan tugasan rumah tanpa perlu diarah-arah.

Saat Yanti berlepas pulang ari LCCT, adik-adikku seramai 3 orang bersama keluarga masing-masing menghantar Yanti. Cuma aku dan keluarga saja yang tidak turut menghantar. Bagaimanapun, kami telah bertemu Yanti buat kali terakhir pada malam sebelum Yanti berangkat pulang. Kebetulan aku dan suami agak keletihan kerana malam itu kami baru saja tiba dari Teluk Intan selepas menziarahi ibu mertuaku.

Malangnya Yanti habis kontrak bersama adikku di saat kedudukan kewanganku amat parah. andainya tidak, sudah pasti akan kubelikakn sesuatu yang punya nilai sebagai tanda penghargaanku kepada Yanti sepertimana yang dilakukan oleh adik-adikku.

Buat Yanti, di manapun kau berada - kakcik doakan kau bertemu kebahagiaan dan terus disayangi semua yang mengenalimu.

Jumaat, Julai 24, 2009

Balik ke Teluk Intan

Kena balik ke Teluk Intan sekejap lagi. Ibu mertuaku yang berusia 82 tahun dimasukkan ke hospital jam 2 pagi tadi. Mudah2an semuanya baik-baik saja....

Pada siapa nak kuadukan??

Ya Rabbi...
sesungguhnya aku telah jauh terpesong
dek beban yang kutanggung
aku lupa aku masih berTuhan!

Ya Rahman Ya Rahim
ampunkan lah aku
hanya padaMu
sebenar-benarnya tempat
untukku mengadu...

Susah sangat ke???

Peliklah aku memikirkan sikap manusia ni.

Yang berjawatan tinggi satu hal, yang berjawatan rendah pun adakalanya sama saja.
Susah sangat nak menghulurkan salam atau menghadiahkan senyuman. Usah kata nak memulakan, kalau ada orang lain yang mulakan pun, boleh pula memandang ke arah dinding atau tembok yang kaku dari membalas salam atau senyuman. Kalau pun membalas, dengan bibir yang di senget ke tepi, sinis kononnya!

Kalau sekali dua, mungkin juga boleh di katakan 'tak perasan' atau pun, sedang dalam mood 'datang bulan'... Tapi, kalau acapkali atau saban waktu bersikap begitu, apakah tafsiran yang boleh dibuat????

Khamis, Julai 23, 2009

Sahabat, teman, kawan...

Sepanjang hidup ini, rasanya aku tak punya ramai sahabat/teman atau kawan yang seiringan. Yang jatuh bersama dan bangun juga bersama. Namun aku tetap bersyukur kerana ada yang sudi bersamaku di saat aku bersembunyi-sembunyi meluahkan tangisan. Saat sahabat yang sebegini mengulurkan kain pengesat airmata, hatiku sudah cukup berbunga tanpa perlu dia mengesatkan airmataku. Namun, segala tangisan yang kuluahkan, sekadar untuk meringankan (andainya boleh) beban yang bersarang di hati mahupun di fikiranku. Aku tidak berniat menghebahkan tangisan untuk menagih simpati - tidak sama sekali. Walaubagaimanapun, aku amat menghargai setiap perhatian yang diberikan untukku. Mungkin benar kata orang, saat kita dalam kebuntuan, carilah seseorang di mana kita boleh meluahkan segala yang terpendam. Apabila segalanya terluah, akan terasa ringan sedikit apa yang ditanggung tanpa perlu si pendengar berkata apa-apa.

Rabu, Julai 22, 2009

sendirian

sendirian
kuhadapi kesepian
sendirian
kurawat segala kelukaan

tiada
yang ingin mengambil tahu
tiada
yang ingin membantu

Selasa, Julai 21, 2009

jangan terima kalau tak sanggup

Ada sesetengah orang, mengambil anak angkat bukan kerana benar-benar ikhlas. Tapi, hanya kerana simpati dan rela dalam terpaksa. Akhirnya, sama-sama jadi mangsa. Si anak angkat terbiar tanpa kasih sayang. Si ibu/bapa angkat terpaksa mengorbankan segala-gala yang selayaknya sebagai seorang ibu/bapa sedangkan hati penuh curiga....

Malang bagi anak angkat yang tak mengerti apa-apa. Tertanya-tanya - apa dosanya? Ibu bapa acuh tak acuh. Andai kurang cerdik atau kurang cantik - dibanding-bandingkan pula. Tersilap sedikit, di caci maki....

Dari itu, andainya kita tak sanggup untuk melaksanakan tanggungjawab, usahlah kita berpura-pura... Bukan senang menjaga anak orang. Anak sendiri pun kadangkala macam tak sanggup nak jaga (sedangkan itu adalah amanah yang Allah beri kepada kita), apalagi anak orang lain....

cerita bapa

dah lama aku tak berkisah tentang bapa di sini..
sebenarnya tiada apa-apa perkembangan terbaru pun
kalau pun ada - biarlah rahsia!

aku memang ingin mencurahkan segala rasa di sini
hanya di sini aku boleh melayan perasaanku secara bebas
meluahkan segala apa yang terbuku di hati

tapi - aku tak mahu ada sesiapa yang menjadikan blogku ini
tempat 'mengintai2'...
kalau ada rasa tanggungjawab
kalau masih bersisa rasa menyayangi dan disayangi -
kembalilah!
tak perlu mencari2 berita di sini.....

semalam yang berlalu

tak mungkin akan kembali
tak mungkin dapat diulangi
masa yang pergi
berlalu begitu saja
tak guna dikesalkan
akan apa saja
yang telah terjadi.....

Isnin, Julai 20, 2009

siapa yang bersalah?

En. H telah meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang betul. Masih terdapat banyak kekosongan petak sewaktu En. H memakirkan keretanya. Kemudian, En. H, meneruskan urusannya. Sewaktu hendak balik, En. H mendapati tempat letak kereta telah pun penuh. Lebih malang, En. H tidak dapat mengeluarkan keretanya kerana terdapat kereta lain bewarna hitam yang diparkir di belakang kereta beliau (dan pastinya, kereta itu diparkir bukan di petak yang dibenarkan).

Sebagai seorang yang waras, En. H, telah memeriksa kereta hitam tersebut. Manalah tahu, kalau-kalau ada nombor telefon ditinggalkan untuk dihubungi, atau brek tangan kereta itu diturunkan. Bolehlah En. H menolak kereta itu sebelum beliau mengundurkan keretanya. Malangnya, tuan punya kereta hitam itu sama ada bodoh atau terlalu mementingkan diri... Tiada satu pun petunjuk untuk mengalihkan kereta itu!

En. H memanggil pengawal keselamatan yang bertugas (bukan seorang, tetapi 5 orang) sebagai usaha untuk menjejak tuan punya kereta hitam. Mungkin boleh buat pengumuman untuk mencari tuan punya kereta tersebut. Sekali lagi malang, kemudahan untuk membuat pengumuman tiada pula.

Bertambah-tambah malang.. En. H adalah seorang yang panas baran. Akibatnya, kereta hitam tersebut menjadi mangsa sepak terajangnya. Hampir sejam kemudian, barulah kereta En. H dapat dikeluarkan setelah kereta yang diparkir di bahagian depan keluar.

Siapakah yang bersalah dalam kisah di atas?

bagi aku, yang bersalah dan sebabnya -

i) Tuan Punya Kereta Hitam - Dah tahu, itu bukan tempat letak kereta, kenapa nak letak juga? Kalau nak letak pun, tinggalkanlah nombor telefon supaya mudah dihubungi.. (iyalah.. mungkin dia ada kecemasan yang memaksanya meletak kereta di situ - tanpa pilihan)

ii) Pengawal keselamatan - mungkin ini yang dikatakan jaga yang tidur. Dah tahu, tempat letak kereta tu dah penuh, kenapa masih nak biarkan kereta lain masuk? Lepas tu, bila ada masalah - buat bodoh!

iii) En. H - salah juga, sebab tak dapat mengawal sikap barannya - memanglah masanya terbuang hampir sejam dan menyebabkan urusannya tergendala - tapi, perlukah dia melepaskan kemarahannya kepada kereta itu?


Bila aku membincangkan hal ini bersama suami (sekadar mendapatkan pandangan dari seorang lelaki)... jawapannya?

Pemilik kereta hitam tu yang bersalah. Dia buat perbadingan begini :

Katakanlah seorang pencuri masuk ke rumah. Selepas menggeledah dan mengambil barang-barang berharga, pencuri tersebut merogol pula isteri tuan rumah. Kerana marah, tuan rumah telah membunuh pencuri tersebut. Jadi, siapakah yang bersalah?

Bila aku jawab - kita kan ada undang-undang?

Suamiku jawab balik - ooooo, untunglah jadi pencuri... tunggu undang-undang saja menghukum...

Hmmmmmmmmm.... entahlah!

Jumaat, Julai 17, 2009

Hari ini - Jumaat

Aku sampai awal di pejabat hari ini - dan memang selalunya begitu.
Sebelum pukul 7 pagi biasanya aku dah berada di meja ini...
Aku bangun seawal jam 5 pagi - dan adakalanya lebih awal dari itu.
Rutin harianku akan bermula dengan turun ke dapur - memasak.
Masakan yang ringkas - nasi dan satu dua jenis lauk, juga air teh O.
Aku masak supaya ada makanan untuk dimakan oleh anak2ku sebelum pergi atau semasa balik dari sekolah. Tapi, hari ini aku tak masak apa2. Adik akan pergi ke rumah yang ditumpangi sebelum ke sekolah tengahari nanti. Bangcik pula, katanya nak puasa hari ini. Aku kata, kalau nak puasa sunat, puasalah Isnin nanti. Tapi, dia nak berpuasa juga - aku kata ok lah...

Jadi, kalau aku memasak pagi ni pun, tiada siapa yang nak makan....

Khamis, Julai 16, 2009

team bowling

catatan ke 100 - catatan pengalaman berurusan dengan pegawai PTPTN

Tiba-tiba aku teringat untuk membuka semula balutan luka ini
luka yang telah lama kering namun parutnya masih sesekali gatal minta digaru...

Suatu ketika
aku pernah berurusan dengan pegawai PTPTN berhubung masalah pinjaman anakku.
Sebagai ibu yang bertanggungjawab, segala urusan anak-anak, terutama yang melibatkan masa depan mereka, adalah urusanku juga....

Aku pun tak ingin bercerita panjang tentang luka yang masih berbekas ini...

Saat itu, aku menghubungi seseorang di PTPTN (namanya masih ku ingat sehingga kini) berkenaan hal yang kunyatakan tadi...

Dengan suara dan nada yang penuh berhemah (aku rasa lah.. tak tahu bagaimana di pendengaran pegawai tersebut), kunyatakan masalah anakku yang masih belum menerima pinjaman... Mungkin kerana suaraku memang suara perempuan kampung yang tidak berpelajaran, sewenangnya pegawai itu mengherdikku...

"Sepatutnya awak suruh anak awak yang bercakap. Saya rasa awak ni tak pernah pun tengok borang pinjaman tu...."

Aduhai.... bukankah aku adalah penjamin kepada anakku??
Borang pinjaman itu pun aku yang mengisi butirannya, anakku cuma tandatangan sahaja..
Di tengah malam buta, aku dan suami bekejar dari KL ke Ipoh, semata2 untuk mendapatkan borang itu di kolej tempat anakku belajar... dan kerana mengantuk, kami singgah di R&R Tapah untuk melelapkan mata pada jam 2 pagi...

Berbalik kepada sikap pegawai tersebut, setelah diherdik bagaikan aku tak punya maruah, rasanya ingin saja aku membuat aduan ke pihak2 yang berkenaan..
Tapi, aku adalah wanita kampung yang serba tak pandai... Jadinya, luka itu kubalut sendiri......

Anakku pun telah menamatkan pengajiannya... dan aku sering mengingatkan tanggungjawabnya untuk melunaskan pinjaman PTPTN yang telah diterimanya itu....

dari blog Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Doa, doa, doa

Kami pulang daripada bermusafir.

Rumah berkunci. Saya mengambil kunci pintu utama dan mencuba. Tidak berjaya. Cuba lagi. Cuba lagi berkali-kali tetapi masih hampa. Hampir 7-8 minit saya mencuba.

Lalu kami masuk rumah menggunakan pintu tepi.

Tentu sekali saya masih tidak berpuas hati. Pintu utama mesti dibuka. Saya cuba lagi. Berulangkali sampai berpeluh-peluh. Hampir 20 minit begitu, mencuba dan mencuba. Tiba-tiba saya teringat: “Ya Allah , bismillahpun tidak!”.

“Ya Allah aku mohon keampunanMu. Ya Allah sesungguhnya aku manusia lemah. Aku lemah sehingga untuk membuka pintu inipun aku tidak upaya. Ya Allah, kaulah yang maha hebat, kaulah yang berkuasa. Bantulah aku untuk membuka pintu ini ya Allah. Ampunilah daku ya Allah. Bismillahirahmanirrahim,” lalu saya mencuba lagi.

Apa hasilnya? Saya masih tidak berupaya membuka pintu tersebut. Namun saya tidak lagi berkeluh-kesah. Saya campakkan kunci ke atas meja. Saya beredar, mandi, ambil wuduk dan terus bersiap untuk ke masjid. Langsung tidak terlintas lagi tentang pintu yang tidak boleh dibuka.

Ketika ingin beredar meninggalkan rumah, saya terpandang kunci pintu utama lalu saya ambil - bismillahirrahmanirrahim - dan sumbatkan ke dalam lubang kunci. Papp…. ia terbuka. Subhanallah!

Hasil doa yang paling utama ialah kelapangan dada. Kita dapat bertenang dan mengharapkan keredhaan Allah. Dengan kelapangan dada inilah yang menyebabkan akal kita bekerja dalam suasana yang lebih tenang. Itupun dengan izin Allah!

Doa, doa, doa, ia adalah sebahagian daripada cara berkomunikasi dengan Allah!

Main Bowling

sesuatu yang tak pernah kulakukan sepanjang hidup ini
aku pun bukan seorang peminat sukan
sebutlah apa saja jenis sukan
walaupun lari seratus meter
tak pernah kusertai sejak zaman sekolah lagi
(tapi, aku pernah masuk merentas desa - kerana terpaksa!)

minatku lebih menjurus kepada bidang penulisan
juga pembacaan

petang semalam
aku menyertai rakan-rakan pejabat
termasuk ketua jabatanku
bermain bowling - buat pertama kali dalam hidupku

dan...
aku merasakan ianya bagai satu terapi pula buatku
saat aku membaling bola
(yang tentunya lebih banyak masuk ke longkang dari mengenai pin!)
aku bagai membaling sama
beban yang tertanggung atas kepalaku..

mungkin lepas ini
aku kena banyak bermain lagi!

Teman Sejati

Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui
Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Illahi

Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan segala - galanya

Kepada Mu Allah
Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu

Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan segala - galanya

Itulah tandanya
Kejujuran kita

Kumencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

Rabu, Julai 15, 2009

akhirnya




PENCERAMAH bebas dan juga penyanyi, Akhil Hayy, dikerumuni pemberita selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal (kanan), di Mahkamah Rendah Syariah, Ipoh, tengah hari ini, selepas 43 hari melalui proses rundingan secara sulh (selesai secara baik), sejak 2 Jun lalu. - Foto Muhaizan Yahya

sakit kepala

semalam aku mengalami sakit kepala yang teramat-amat sakit
semua jadi serba tak kena
4 biji panadol telah kutelan
namun tak memberi sebarang kesan
kupanggil teman sepejabat
kuminta dia mengurut kepalaku
namun sakitnya hanya hilang sedikit cuma

perutku pula mendidih pedih
rasa nak muntah
namun semuanya tersekat di rengkung

sebenarnya aku betul-betul stress
berbagai-bagai hal yang menyesak mindaku

aku sendiri buntu untuk meleraikan segala kekusutan,
akhirnya segala yang bertindih-tindih itu
jatuh menghempap kepalaku
tangisan juga tak mungkin meredakan semua ini..........

isi hati

makin jauh berjalan
makin lemah rasanya langkahan kaki
makin banyak jurang dan gaung
makin banyak onak dan duri
makin hilang tenaga
makin banyak usaha
makin terasa segalanya menjadi sia-sia

dan....
di penghujung segalanya ini
aku tak ingin menjadi seorang yang kecewa
seorang yang mudah berputus asa

Selasa, Julai 14, 2009

sengkeknya aku!

sebab terlampau sengkek
aku jadi sakit kepala
tekak jadi loya
semuanya menjadi terlalu menyakitkan!

sakit belakang

Semalam aku mengambil cuti kecemasan
puncanya???
Belakang badanku terasa sakit sangat sewaktu hendak bangun dari pembaringan.
Kebelakangan ini, sakit belakang ini makin kerap menyerang.
Aku dah pun masuk wad.. dah di x ray, dah buat mri.. semuanya ok..
Entah... tak tahu la nak buat apa lagi..
Suami menyuruhku berjumpa pakar untuk mendapatkan suntikan penahan sakit.
Aku memang malas! Suntikan itu akan menghilangkan sakit untuk tempoh sebentar cuma.. Selepas itu sakitnya akan berulang lagi dan lagi dan lagi....

dont speak

You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believeThis could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening

As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry
Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
It's all ending I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explainingDon't tell me cause it hurts (no, no, no)

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,don't speak, don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la
Don't, Don't, uh-huh Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin' Hush, hush
don't tell me tell me cause it hurts
Hush, hush darlin' Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts

Jumaat, Julai 10, 2009

catatan ke 90

ini catatanku yang ke 90 di blog ini
sebenarnya bukan semuanya catatanku sendiri
ada yang aku cedok di sana sini
apapun..
semuanya berkaitan dengan apa yang aku ingin katakan

aku tahu tak ramai yang menjengah blogku ini
tapi aku tak peduli
janji apa yang aku rasa
aku boleh luahkan
nak kuluahkan pada orang lain
bukan semuanya mengerti
ada yang sekadar pura-pura mengerti
tapi dibelakang aku???
Tuhan jua Yang Maha Tahu......

Khamis, Julai 09, 2009

tak perlu bersembunyi

untuk apa bersembunyi
andai kau telah punya kekuatan diri
untuk apa kau sekat
blogmu dari dilayari
andainya engkau telah cukup bermegah
dengan segala yang kau miliki

dari siapa sebenarnya
kau ingin lari
atau ingin menghindari

di sudut mana pun kau berada
kau tak mungkin dapat berselindung
dari Dia Yang Maha Berkuasa....

senangnya hidup!

jadi je 'jantan' yang tak tahu malu
yang pandai menuturkan kata-kata manis
menitipkan 'ayat-ayat cinta'
tak perlu berpelajaran atau berjawatan tinggi
cari je wanita-wanita berduit
yang kononnya kesepian
yang kononnya dahagakan kasih sayang
bila wanita tu dah terjerat
kikis saja habis-habisan.....

kan senang hidup?
berkat tak berkat semuanya tolak ke tepi....

i'll be there

You and I must make a pact
We must bring salvation back
Where there is love
I'll be there
I'll reach out my hand to you
I'll have faith in all you do
Just call my name
And I'll be there

I'll be there to comfort you
Build my world of dreams around you
I'm so glad I found you yeah
I'll be there with a love so strong
I'll be your strength
You know I'll keep holding on


Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well it's all I'm after
Just call my name and
I'll be there
I'll be there to protect you
With an unselfish love that respects you
Just call my name
And I'll be there

Chorus:
I'll be there to comfort you
Build my world of dreams around you
You know I'm so glad that I found you
I'll be there with a love so strong
I'll be your strength
You know I'll keep holding on

See, if you should ever find someone new
I know she better be good to you
'Cause if she doesn't then
I'll be there

Don't you know baby yeah yeah
I'll be there
I'll be there
Just call my name and
I'll be there

I'll be there, baby
You know I'll be there
Just call my name and
I'll be there
Just look over your shoulder
Just call my name and
I'll be there

Rabu, Julai 08, 2009

peritnya bila ditipu

sebaik mana pun seseorang
selembut mana pun tutur kata
tapi bila mula menipu
bagiku sukar sekali untuk melupakan
memang aku boleh memaafkan
namun luka di hati
tetap berparut sampai bila-bila

Selasa, Julai 07, 2009

pelik!

setiap kali aku ke luar daerah
perkara ini selalunya berlaku
kehadiran kami (aku dan pasukanku)
akan diwar-warkan terlebih dahulu
kami bukan buat lawatan mengejut
kami akan beritahu apa yang kami perlukan

yang peliknya..
bila kami sampai
akan ada saja kata-kata :
'maaf - pegawai itu bercuti @ kerani ini mc @
yang berkenaan itu cuti kecemasan ....'

apa yang mereka takutkan??
berkali-kali dah diterangkan
kami datang bukan untuk mencari kesalahan
kami datang untuk membantu
membetulkan mana yang tak betul
menunjukajar mana yang tak difahami
setakat yang kami mampu...

tapi
seolah-olah kami ini musuh yang harus dijauhi
maka
kesalahan itu tetap berulang-ulang
bila ditegur
berjanji untuk dibetulkan
namun acap juga
janji hanya tinggal janji

kenapa harus bersikap begitu ya???

wang duit pitih riyal dollar ringgit

hmmmmmmm.. memang bukan segala-galanya
tapi, tanpanya...
hidup jadi serba tak kena :(

selamat hari ulang tahun kelahiran angah


(ups! gambar ini sebenarnya bertarikh 1/10/2008)

Angah dilahirkan pada 7/7/1990 di wad kayu, Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Kenangan yang paling tak boleh kulupakan sewaktu hendak melahirkan Angah adalah kata-kata seorang jururawat Cina kepadaku sewaktu aku sedang berkeluh kesah menahan kesakitan - "dik.. mengucap dik.. adik Muslim kan?, saya tahu macamana sakitnya, saya sendiri sudah 4 kali melahirkan.. mengucap ya dik..."

berhadapan pula dengan jururawat Melayu.. aku di jerkah.. "apa ni? tak faham ke orang kata jangan angkat punggung? nanti koyak banyak..." aduhaiiiiiiiii......

buat angah, mak doakan angah akan terus menjadi remaja dan seterusnya dewasa sebagai insan yang berhati mulia, soleh dan diredhai Allah dunia dan akhirat

Isnin, Julai 06, 2009

nak cerita macamana ya???

entah la...
takut membuka aib pula
tapi...
macam ada sesuatu yang terbuku
andai tak diluahkan
takut pula mengeras jadi batu......

mungkin juga betul
Allah tak akan menurunkan ujian
pada mereka yang tak kuat untuk menghadapinya

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan setiap sesuatu.....

slimming program

boleh caya ke berat badan turun berkilo2 selepas join program pelangsingan badan???
memang teruja bila tengok badan debab jadi langsing macam kerengga kan???

hmmmmmm....
aku rasa la
kalau tak kuat semangat
tak mana akan kurusnya

kena diet macam nak gila tau?
aku dah labur lbhkrg RM7k...
adalah susut dlm 6kg bg tempoh sebulan
sbb??? aku berdiet
lepas tu, bila aku malas
tambah pulak asyik kerja luar...
hahahaha... montel balik la jawabnya!

dulu
sebelum aku melahirkan adik
aku amalkan diet sendiri
berlumba dengan rakan sepejabat
memang berat badan aku turun lbhkrg 15kg
dah boleh bergaya dengan kebaya
ceh! alih2 aku TERmengandung!

doktor pakar O & G tu kata
suamiku saja dengki tengok aku kurus
tu sebab dia bagi aku mengandung!! wakakakaka!
apa2pun, anak itu rezeki yang Allah bagi
Alhamdulillah...

bapa oh bapa

kesian adikku
kesian juga kat pembantu rumahnya
bapa kadangkala bersikap macam anak-anak
merajuk kalau kehendaknya lewat dituruti
masih lagi suka menunjukan kemarahan dan sifat barannya...

tak mengapalah
ini semua dugaan yang Allah turunkan

esok-esok
kita pun tak tahu bagaimana sikap kita
terhadap anak menantu
entahkan anak menantu sanggup atau tidak
melayani telatah kita .........

Jumaat, Julai 03, 2009

dah boleh duduk

Semalam aku bersama suami dan anak2 menziarahi bapa di rumah adik.
Alhamdulillah, bapa dah boleh duduk di kerusi roda dan makan di meja makan.
Syukur padaMu Ya Allah...

cuma
bapa bila sihat - mulutnya akan 'pot pet'
mahu tak mahu kenalah sabar :)

Khamis, Julai 02, 2009

Seandainya nanti

seandainya nanti
kau tersedar dari lenamu
akan kau mengerti
segala yang kau alami sebentar tadi
hanyalah sebuah mimpi

"kau berlari riang
di taman yang luas dan indah
kau menyanyikan irama syahdu
memuja memuji kekasih hatimu

kau damai dan tenang
dalam dakapan kasih
yang kononnya tidak bertepi
kau lupakan segala kedukaan
kau tepis jauh segala kepedihan
kau tak ingin lagi memikirkan
segala tanggungjawab
yang perlu kau galas"

tiba-tiba
dentuman sang petir
mengejutkanmu dari lena yang panjang
bersama sirnanya mimpi indahmu

maka
apakah yang kau rasa
apakah jagamu itu
akan menyedarkanmu
bahawa kau tak perlu lagi
untuk terus mengejar mimpi

apakah kau akan berani
untuk mengatur langkah
menjejak kembali ke alam realiti??????????

curahan ilham di marina cove resort, lumut
12.00tghari - 30/6/2009

Sampainya Hati

Sampainya hati
seorang suami
meninggalkan isterinya
demi mengejar
sebuah cinta yang tak pasti

sampainya hati
seorang ayah
menidakkan kehadiran anak-anak
demi cinta baru
yang sebenarnya penuh onak

sampainya hati
seorang anak
membuang jauh kedua orangtuanya
demi menurut kata hati
yang kononnya
tiada orang mengerti

sampainya hati
seorang saudara
menyindir saudara-saudaranya yang lain
demi menegakkan prinsip sendiri
yang kebenarannya entah di mana

sampainya hati
seorang manusia
menyusukan anak kera
sedangkan anak sendiri
dibiarkan menangis dan meronta-ronta....

ilham rasa sewaktu di marina cove resort, lumut
11.45pg - 30/6/2009