Klik klik

Jumaat, Julai 31, 2009

Ibu Mertuaku


Semalam ibu mertuaku di masukkan ke HUKM kerana mengalami pendarahan. Ini adalah susulan dari pendarahan yang dialaminya minggu lepas dan terpaksa di masukkan ke Hospital Teluk Intan. Ahad lepas, ipar2ku membawa mak balik ke Kuala Lumpur kerana kebanyakan anak2 mak tinggal di sini.

Peliknya, mak langsung tak merasa sakit dan langsung tidak sedar dia mengalami pendarahan. Petang semalam, sewaktu anak lelakinya balik dari kerja, dia melihat titisan darah yang berjejeran di luar rumah sehingga ke dalam rumah. Tapi, mak sikit pun tak perasan.

Jam 8.00 semalam mak di bawa ke Unit Kemalangan dan Kecemasan, HUKM. Macam biasa, orang punyalah ramai - yang sakit dan yang membawa pesakit (pesakit seorang - pembawa ada yang sampai 5-6 orang!).

Biasanya, kalau dah mendaftar di meja depan tu, pesakit/waris di beri kad dan borang untuk mendaftar, tambahan ini adalah kali pertama mak di bawa ke situ. Semasa aku dan suami sampai di A&E HUKM tu, mak dan kakak iparku sudah pun tiba terlebih dahulu. Bila aku dan suami bertanya pada kakak sama ada sudah mendaftar atau belum, kakak kata 'diaorang suruh tunggu - nanti diaorang panggil'. Kerana tak puas hati, suamiku pergi bertanya semula. Barulah datang seorang Penolong Pegawai Perubatan bertanya keadaan mak dan kemudian menolak mak masuk ke bilik rawatan.

Lebih sejam kami menunggu di luar, barulah ada panggilan dari dalam bilik rawatan. Doktor yang bertugas bertanya, mana kad pendaftaran mak. Hmmmmmm... masalah lagi... kami katakan kami tidak diberi sebarang kad atau borang untuk mendaftar. Terpaksalah adik iparku keluar untuk menguruskan pendaftaran pula.

Akhirnya, hampir jam 12tghmlm, barulah mak di sorong ke wad. Doktor mengambil apa-apa saja keterangan yang boleh diberikan tentang mak. Sukarnya, kerana kami semua yang ada di situ (4 anak lelaki mak, seorang anak perempuan dan 2 menantu perempuan - termasuk aku) tidak tinggal bersama mak. Tak seorang yang dapat memberi maklumat yang tepat tentang sejarah perubatan mak....

Menurut doktor, ujian terhadap mak akan dilakukan malam (dinihari) itu juga untuk mengesan punca pendarahan. Endoskopi dan lain-lain ujian akan dibuat untuk memutuskan apa rawatan yang perlu di beri atau sama ada mak perlu dibedah. Kesian mak - ini adalah kali kedua dia masuk ke hospital selepas kali pertama minggu lepas di Hospital Teluk Intan. Setiap kali kami bertanya sama ada mak ada merasa sakit di mana-mana... dengan loghat Peraknya, mak akan berkata "Apah pun tak ghase - tak de sakit langsung"...

Dekat jam 1.30 pagi baru aku dan suami sampai di rumah. Sebelum tu sempat singgah mengisi perut di gerai yang masih buka - siap makan western food lagi! Pagi ni - malasnyeeeeeeeee rasa nak bangun dan pergi kerja.....

Apa2pun, semoga mak akan pulih seperti sediakala.. Aminnnnn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...