Klik klik
Khamis, Julai 30, 2009
Kisahnyeeeeee....
Pagi semalam, sewaktu aku menelefon ke rumah, aku agak terkejut kerana Along kata dia lambat sikit ke tempat kerja. Ada urusan di rumah yang hendak dibereskannya. Aku tertanya-tanya juga .. 'apa saja la along ni?'.. Mungkin juga dia hendak menguruskan Danial (anak muridnya yang demam - dah hampir 2 minggu duduk dengan keluarga kami kerana mamanya out station ke Indonesia).
Malam tadi, sewaktu aku sedang berkemas-kemas (dah nak tidur pun sebenarnya!), adik tiba-tiba membuka pintu dan berkata "mak, semalam kannnnnn.. pukul 1.30 pagi, along nampak ada orang buka pintu bilik diaaaaaaa... Lepas tu kan makkkkk, orang tu selongkar tong sampah (tong sampah kecik dalam bilik along), bukak almari alonggggg..."
Wakakakaka... punyalah aku nak tergelak!
Aku cakap, "Apalah along ni.. itu kan mak.. Semalam mak tak boleh tidur, jadi mak berkemas la..."
Balas Along, "Mana along tahu.. along pun tengah mamai - kenapa ada orang nak selongkar tong sampah?"
"Bukan selongkar tong sampah la.. tapi buang kertas ke dalam tong sampah!" balasku...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kak Cik...
BalasPadamhehehe dah pandai buat cerita suspen seram nie...
sesekali je zai... :)
BalasPadam(mood tgh baik la ni..)
emm, tengok gambar macam menakutkan aje.. rumahnya bukan cerita seram..
BalasPadamSalam Ustaz...
BalasPadamsaja nak buat 'gempak' sesekali.. asyik layan kemurungan bukannya bagus kan??? :)
salam.. ingatkan nampak antu yg kat gambar tu.. rupa2 nyer.. hehe..
BalasPadam