Klik klik

Khamis, Julai 30, 2009

Dendam Yang Terpendam


Dalam hati ini
bagaikan ada dendam
yang kian lama terpendam
bagaikan ada bara
yang menanti untuk menyala

Ada waktunya
bara itu bagaikan ingin menyala
cepat-cepat kusirami salju
agar dinginnnya menyamankan kalbu

Ada ketikanya pula
saat bara itu mula menyala
bagai akan menjadi bala
aku teralpa untuk menyiramnya
lalu ia marak membakar kalbu
syukurlah ia terpadam
sebelum sempat menjadi abu...

Dendam itu
terpendam sejak lama dulu
angkara jiwa yang tak pernah tenang

Perlukah kulepaskan segala yang terpendam
pastikah akan terluah semua lahar kemarahan
tanpa bersisa????

Tidak...
Aku tak perlu lagi melayan segala dendam ini
akan kubenam jauh..
jauh ke lubuk
yang tak terlihat oleh mata
tak terlintas dalam perasaan
tak tercuit oleh apa-apa pun...

Aku ingin bebas
bebas dari segala prasangka
bebas dari sengketa
bebas dari dendam yang membara.....

2 ulasan:

  1. Salam Kak Cik..

    Perasaan Dendam adalah perasaan lumrah yg dialami oleh kebanyakan insan..tetapi pastinya tidak elok jika dibiarkan berterusan kerana akan mengundang lebih banyak perasaan yg tidak menyenangkan hati..justeru itu Maafkanlah kerana Hakikatnya tiada Insan Yang Sempurna..

    Kesilapan dan Dosa akan sentiasa terjadi dan berulang2 didalam kehidupan kita dan memberi kemaafan adalah perkara yang terbaik utk dilakukan kerana dapat mengurangkan tekanan yg dihadapi..

    BalasPadam
  2. salam zai...

    terimakasih atas pandangan...
    memang tiada manusia yg sempurna.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...