Malam tadi memang amat sukar bagiku melelapkan mata...
Pusing kiri, pusing kanan, terlentang, meniarap - tak juga terlelap.
Ku pasang surah Yaasin di telefon bimbit dan kuikuti alunannya, makin segar rasanya mata... Aku bangun, kukemaskan meja dan rak buku anak-anakku... Jam pun bergerak dari detik ke detik, dari minit ke minit..... Jam tiga pagi aku masih berjaga dan aku tak sedar bila aku terlena. Jam 4.40 aku bangun, turun ke dapur dan memasak...
Sampai saat ini, tidak pula aku berasa mengantuk....
Tuhan.... hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala isi hatiku......
Salam Kak Cik,
BalasPadamZai pernah juga mengalami perasaan begini sewaktu perniagaan yg baru dijalankan tidak menjadi..memikirkan hutang disana-sini tetapi alhamdulillah zai mengambil pendekatan sering bangun utk sembahyang solat sunat tahajjud dan solat hajat setiap malam bertafakur dan merayu kepada yang Esa..dan akhirnya dikeluarkan rasa kesedihan itu dan digantikan dengan rasa ketenangan dan kebahagiaan jiwa yg tak terucap..
Kini zai telah mendapat sebuah kehidupan yang lebih baik dgn mendekatkan diri pada Allah apabila bermasalah..insyaAllah segala masalah akan selesai..percayalah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar segala doa2 dari hambaNYA..
Zai doakan kak cik akan berjaya mengatasi kesedihan itu tidak lama lagi..
Terimakasih zai....
BalasPadamitu juga yang kakcik lakukan .. merayu kepada Dia yang Maha Berkuasa.. Tapi, mungkin kakcik masih lemah...
Kita hidup di bumi nyata - bukan seperti dalam drama kan?? Tadah je tangan, terus doa dimakbulkan... Allah takkan menguji kita, kalau kita tak kuat menerima kan??? Mudah2an kakcik akan terus dirahmatiNya walaupun kakcik adalah manusia yang serba tidak sempurna....
Aku juga begitu. Bila tidak dapat memincingkan mata, aku akan bangun menggosok baju. Atau aku akan menulis blog, satu-satunya teman rapatku kini.
BalasPadamTerima kasih kerana mengunjungi blogku. Entah kenapa aku kepingin untuk meletakkan blogmu ke dalam senarai rakan blogku.
Permisikan ya...
salam.. kalau saya hari2 tak bleh tdo cpt, pas solat subuh baru mata nak lelap. Dah banyak kali cuba tido awal tapi tak leh gak, doktor suruh makan ubt tdo supaya dalam seminggu bila dah trtdo awal nanti akan bleh tdo seterusnya.. hampeh.. camtu gak.
BalasPadamsalam kakciks
BalasPadamingin ida kenali kakcik lebih jauh lagi..
mungkin apa yg ida rasa, kakcik bisa mengerti..
kdg2 sukar lelapkan mata memikir masa depan ank2, memikir masa depan yg masih suram..
mengenang dan merindui dia yg pernah berkata hanya ida dalam ingatannya...hanya ida pernah dimimpikan..jadi salahkah jika ida merasa rindu pada dia?
Salam Sdr Insan Marhaen..
BalasPadamTerimakasih kerana sudi menjadi rakan blog kakcik... Kakcik memang mudah sensitif dengan kisah-kisah kehidupan 'yang lara'.. seolah2nya ia begitu dekat dengan kakcik...
Maiyah...
Jangan amalkan makan ubat tido tu.. tak bagus. Walaupun doktor yang bagi, kita kena fikirlah sendiri.. kata Nabil hehehe.. bukan kakcik kata tauuuuuuu.....
Ida...
Jangan terlalu mengharap atau percaya pada kata-kata. Ucapan lahir dari bibir atas dan bibir yang digerakkan sesedap rasa, namun apa sebenarnya yang ada di hati, kita tak mungkin mengenalpasti.. Dalam hidup kakcik yang dah menjangkau hampir setengah abad ini... macam2 ragam yang kakcik jumpa. Berjanji bagaikan semuanya bisa dimiliki.. hakikatnya, nak masukkan duit syiling kat peti telefon awam pun minta disponsor!