Klik klik

Khamis, Julai 16, 2009

dari blog Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Doa, doa, doa

Kami pulang daripada bermusafir.

Rumah berkunci. Saya mengambil kunci pintu utama dan mencuba. Tidak berjaya. Cuba lagi. Cuba lagi berkali-kali tetapi masih hampa. Hampir 7-8 minit saya mencuba.

Lalu kami masuk rumah menggunakan pintu tepi.

Tentu sekali saya masih tidak berpuas hati. Pintu utama mesti dibuka. Saya cuba lagi. Berulangkali sampai berpeluh-peluh. Hampir 20 minit begitu, mencuba dan mencuba. Tiba-tiba saya teringat: “Ya Allah , bismillahpun tidak!”.

“Ya Allah aku mohon keampunanMu. Ya Allah sesungguhnya aku manusia lemah. Aku lemah sehingga untuk membuka pintu inipun aku tidak upaya. Ya Allah, kaulah yang maha hebat, kaulah yang berkuasa. Bantulah aku untuk membuka pintu ini ya Allah. Ampunilah daku ya Allah. Bismillahirahmanirrahim,” lalu saya mencuba lagi.

Apa hasilnya? Saya masih tidak berupaya membuka pintu tersebut. Namun saya tidak lagi berkeluh-kesah. Saya campakkan kunci ke atas meja. Saya beredar, mandi, ambil wuduk dan terus bersiap untuk ke masjid. Langsung tidak terlintas lagi tentang pintu yang tidak boleh dibuka.

Ketika ingin beredar meninggalkan rumah, saya terpandang kunci pintu utama lalu saya ambil - bismillahirrahmanirrahim - dan sumbatkan ke dalam lubang kunci. Papp…. ia terbuka. Subhanallah!

Hasil doa yang paling utama ialah kelapangan dada. Kita dapat bertenang dan mengharapkan keredhaan Allah. Dengan kelapangan dada inilah yang menyebabkan akal kita bekerja dalam suasana yang lebih tenang. Itupun dengan izin Allah!

Doa, doa, doa, ia adalah sebahagian daripada cara berkomunikasi dengan Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...