Klik klik

Selasa, Julai 07, 2009

pelik!

setiap kali aku ke luar daerah
perkara ini selalunya berlaku
kehadiran kami (aku dan pasukanku)
akan diwar-warkan terlebih dahulu
kami bukan buat lawatan mengejut
kami akan beritahu apa yang kami perlukan

yang peliknya..
bila kami sampai
akan ada saja kata-kata :
'maaf - pegawai itu bercuti @ kerani ini mc @
yang berkenaan itu cuti kecemasan ....'

apa yang mereka takutkan??
berkali-kali dah diterangkan
kami datang bukan untuk mencari kesalahan
kami datang untuk membantu
membetulkan mana yang tak betul
menunjukajar mana yang tak difahami
setakat yang kami mampu...

tapi
seolah-olah kami ini musuh yang harus dijauhi
maka
kesalahan itu tetap berulang-ulang
bila ditegur
berjanji untuk dibetulkan
namun acap juga
janji hanya tinggal janji

kenapa harus bersikap begitu ya???

2 ulasan:

  1. itulah dia orang sekarang, selalunya orang nak menyembunyikan sesuatu kesalahan.. kalau tak kenapa nak takut

    BalasPadam
  2. itulah pasal...
    nak semubunyi-sembunyi pun tak ada maknanya,
    nanti bila kesalahan tu dah sukar untuk diperbetulkan, siapa yang susah???
    hmmmmmm... sendiri mau ingat la kan???

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...