Klik klik

Khamis, Julai 23, 2009

Sahabat, teman, kawan...

Sepanjang hidup ini, rasanya aku tak punya ramai sahabat/teman atau kawan yang seiringan. Yang jatuh bersama dan bangun juga bersama. Namun aku tetap bersyukur kerana ada yang sudi bersamaku di saat aku bersembunyi-sembunyi meluahkan tangisan. Saat sahabat yang sebegini mengulurkan kain pengesat airmata, hatiku sudah cukup berbunga tanpa perlu dia mengesatkan airmataku. Namun, segala tangisan yang kuluahkan, sekadar untuk meringankan (andainya boleh) beban yang bersarang di hati mahupun di fikiranku. Aku tidak berniat menghebahkan tangisan untuk menagih simpati - tidak sama sekali. Walaubagaimanapun, aku amat menghargai setiap perhatian yang diberikan untukku. Mungkin benar kata orang, saat kita dalam kebuntuan, carilah seseorang di mana kita boleh meluahkan segala yang terpendam. Apabila segalanya terluah, akan terasa ringan sedikit apa yang ditanggung tanpa perlu si pendengar berkata apa-apa.

4 ulasan:

  1. salam kakcik..
    tersentuh hati ida baca coretan hati kakcik.rasanya apa yg kakcik rasa dan alami ida juga turut rasai..
    kalaulah ida dapat luahkan segalanya..mungkin pd kakcik lah orgnya..

    BalasPadam
  2. kakcks.. jgnlah sedih, kakciks bleh curahkan jer kat ruangan ni, saya pun tak punya sesapa selain anak2. Kawan2 sekadar cukup untuk saya katakan andai mahu mencari syahadah tinggalkan segala keburukan dan anasir yang mampu pengaruhi diri dan sebab itulah saya sekarang sendirian hanya laman siber ini sebagai teman dunia baru buat saya. Sabarlah kakcks.

    BalasPadam
  3. Salam ida.... Salam maiyah..

    kdgkala kita rasa kita punya kawan/sahabat/teman yang benar2 memahami kita... sebaliknya kita bagaikan mengejar bayang2.. boleh dilihat, tak mungkin dipegang.

    Terimakasih kerana sudi menjadi sahabat kakcik di maya ini :)

    BalasPadam
  4. Salam Kakciks,

    Inilah kehidupan..ibarat putaran roda, pasti ada detik suka dan duka yang akan ditempuhi..Memang Langit tak selalunya cerah, adakalanya hanya hujan yang turun tapi adakalanya disertai pula dengan ribut petir yg menakutkan...

    apapun kita harus sentiasa mengambil konsep REDHA dengan setiap ujian yg diturunkan kerana Allah memberi sangat banyak ganjaran kepada hamba2NYA yang sabar..

    Bersabarlah dan jangan malu utk meluahkan rasa kerana kami sahabat2 maya sentiasa berada disisi untuk menemani..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...