Klik klik

Isnin, Julai 06, 2009

nak cerita macamana ya???

entah la...
takut membuka aib pula
tapi...
macam ada sesuatu yang terbuku
andai tak diluahkan
takut pula mengeras jadi batu......

mungkin juga betul
Allah tak akan menurunkan ujian
pada mereka yang tak kuat untuk menghadapinya

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan setiap sesuatu.....

3 ulasan:

  1. Salam KakCik,
    Dalam hadith ada sebut, kalau bermimpi buruk, simpanlah kemas-kemas. Usah diberitahu kepada sesiapa, kecuali kepada orang yang dipercayai baik atau untuk tujuan kebaikan. Jika bermimpi baik, boleh beritahu kepada orang yang baik-baik. Semuanya, asal tidak timbul fitnah.
    Begitu juga dengan hal-hal aib.
    Maksudnya, aib tak patut diceritakan dalam blog. Jika perlu untuk kebaikan tanpa fitnah ceritalah pada orang yang dipercayai amanah dan boleh selesaikan masalah. Kepada suami atau kawan baik umpamanya. Kalau kawan itu jauh, sekarang ada sistem sms atau email, umpamanya.

    BalasPadam
  2. salam kakcik.. sesuatu perkara yang terbuku tu harus di luahkan.. melalui ruangan ini pun mungkin ada yang dapat berikan pandangan yang bernas. tetapi kalau ia melibatkan aib mungkin lebih elok luahkan pada yang lebih arif tentang agama. Kalau aib itu dapat memberikan contoh kepada orang lain sebagai pengajaran tanpa perlu meletakkan peribadi orang yang sebenar.. mungkin boleh di ceritakan, apapun tanya yang lebih arif dahulu.. Saya berminat jugak nak baca dan bagi pandangan.

    BalasPadam
  3. Salam..

    Terimakasih Tn Pengasas
    Terimakasih Maiyah....

    Saya pun tak tahu macamana nak meluahkannya.. bukan tak pandai menyusun ayat.. tapi, saya rasa banyak hati yang perlu saya jaga...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...