Ada sesetengah orang, mengambil anak angkat bukan kerana benar-benar ikhlas. Tapi, hanya kerana simpati dan rela dalam terpaksa. Akhirnya, sama-sama jadi mangsa. Si anak angkat terbiar tanpa kasih sayang. Si ibu/bapa angkat terpaksa mengorbankan segala-gala yang selayaknya sebagai seorang ibu/bapa sedangkan hati penuh curiga....
Malang bagi anak angkat yang tak mengerti apa-apa. Tertanya-tanya - apa dosanya? Ibu bapa acuh tak acuh. Andai kurang cerdik atau kurang cantik - dibanding-bandingkan pula. Tersilap sedikit, di caci maki....
Dari itu, andainya kita tak sanggup untuk melaksanakan tanggungjawab, usahlah kita berpura-pura... Bukan senang menjaga anak orang. Anak sendiri pun kadangkala macam tak sanggup nak jaga (sedangkan itu adalah amanah yang Allah beri kepada kita), apalagi anak orang lain....
salam kakciks.. anak saya dah jadi anak angkat pada kakak saya sebab saya tak bleh jaga, buat masa ni nampaknya ok.
BalasPadamsalam maiyah...
BalasPadamanak saudara masih darah daging sendiri.. insyaAllah, kakak maiyah akan menyayangi anak maiyah bagaikan anaknya sendiri :)