Klik klik

Rabu, Mac 31, 2010

Hulurkan tangan ringankan beban


Catatan ini aku ambil dari sini : http://mylife-asz.blogspot.com/2010/03/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.Ibu Haryani juga dlm keadaan uzur akibat penyakit kencing manis. Semua kerja2 rumah masih dilakukan oleh Haryani spt memasak & sbgnyer. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun hasil perbicaraan saya dengan Haryani pagi tadi melalui YM.. Pembedahan itu akan di dianjakkan..Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan esok (RM8++) masih tidak mencukupi.

Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-

Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787

Sayunya bila mendengar lagu ini..

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Terlalu Pantas Masa Berlalu

hari ini sudah tiba penghujung bulan Mac. Suku tahun telah berlalu... Masihkah ada waktu buat kita di esok hari? Semuanya bukan sesuatu yang pasti..

Selasa, Mac 30, 2010

Di pembaringan itu

sekujur tubuh tua
terbaring lesu dan pilu
di hatinya ada rindu
yang tak pernah beku

namun lukanya
seperti juga kulitnya
yang telah berkedut
retak seribu
menyimpan duka hatinya

sesekali
dia menyeka
airmata yang tiba-tiba luruh
di pipi yang tiada seri

suatu waktu
keringatnya tercurah
demi zuriat yang dikasihi
begitu pun
tega dia dilupakan

kini
dalam meniti hari
yang entah
bila siang bila malam
dia pasrah..

Sebelum lena..

menunggu untuk melelapkan mata
dengan perut yang masih kenyang
bermain dengan kata-kata
melihat anak-anak masih ketawa

sedang entah di penjuru mana
ada yang masih menekan perut
sedari pagi belum diisi
mengharap agar esok
tak perlu lagi ada mentari
tak perlu lagi mencari alasan
kepada perut yang minta belas

tidak memikirkan
pakaian jenama apa
hendak bersukaria ke mana
berapa liter hendak diisi minyak kereta
semuanya - jangan kata hendak difikir
terlintas pun tidak

hanya berharap
sambil berusaha sedaya mungkin
mungkin dengan jalan
yang ditegah undang-undang
demi perut yang kian nipis!

Isnin, Mac 29, 2010

Penjan Ubi Kayu



Balik dari hantar Angah ke Banting Sabtu lepas, aku minta ES behenti beli ubi kayu kat tepi jalan. Aku rasa teringin nak makan ubi kayu rebus gaul dengan kelapa parut. Maklumlah, aku kan orang kampung.. sesekali teringat dan teringin hendak makan makanan yang dulunya memang mudah didapati.

ESku itu bukannya tahu nak beli sikit, sampai 3kg ubi dibelinya dengan harga RM5.00 (murah sahaja - tapi banyak-banyak nak buat apa, yang makan aku seorang). Dah direbus, makannya tak banyak mana. Jadi, lebihnya aku buat penjan (kat kampung aku dipangil penjan, di Kuala Lumpur ni lebih dikenali sebagai ubi sira - agaknyalah). Dah masak dan agak sejuk, aku letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Ada siapa-siapa suka tak? Marilah kita makan sama-sama. :)

(ubi ini belum tahu nak dibuat apa..)

Ahad, Mac 28, 2010

Tidurlah...



Bermain buai di pohon sena
habis diredah rimbun semalu
bila mata enggan terlena
biarlah cepat malam berlalu
..

Dulu-dulu

inilah aku..

sekarang - tua, gemuk dan berpenyakit

Sabtu, Mac 27, 2010

Sesat

Petang tadi aku mengikut ES menghantar Angah ke Banting. Hari ini, ES cuba lalu jalan lain. Akibatnya? Sesatlah.. bukan kerana apa, ES bagaikan berangan waktu memandu. Dah sampai ke simpang yang sepatutnya, dia boleh jalan terus. Perjalanan yang sepatutnya makan masa lebih kurang satu jam jadi dua jam. Tahu tahu sampai ke Nilai 3! Nasib baik aku sedar diri.. tak adalah nak singgah untuk beli kain atau sebagainya.. hehehe..

Dua tiga kali aku mengusik ES.. 'hmmmm.. entah ke manalah fikiran tu melayang.. macam orang yang tengah fikir macam mana nak bagitahu bini yang dia tu dah kahwin satu lagi..' Seperti biasa, ES hanya sengeh dan gelak. Hmmm... manalah tahu, kan? Isteri pun tengah tak begitu sihat ni...

Jumaat, Mac 26, 2010

Bangcik di HPAI

Sebelum pembedahan..

Selepas pembedahan..



Terima kasih kepada semua yang mendoakan semoga bangcik segera sembuh.

Terima kasih juga kepada para pakar/pegawai perubatan serta kakitangan Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjalankan pembedahan dan memberikan rawatan serta khidmat terbaik kepada bangcik - Dr, Anuar, Dr. Hj Shahdan, Dr. Shahrul, Dr. Farah, para jururawat/ pembantu jururawat dan semuanya..

Tak lupa kepada kakitangan Institut Jantung Negara yang walaupun aku tidak berjumpa, tapi ESku amat berpuas hati dengan khidmat dan layanan mesra kalian.

Khamis, Mac 25, 2010

Bangcik


Kesian bangcik..

dah beberapa hari mengadu sakit perut. Pagi tadi aku minta ES bawa bangcik ke Hospital. Risau juga, walaupun pada mulanya aku ingat bangcik cuma main-main. Malam tadi, beberapa kali bangcik mengejutkanku dari tidur kerana dia sakit perut.

Baru sebentar tadi, ES telefon. Bangcik terpaksa dibedah kerana appendiks! Masa aku di hospital, bangcik yang banyak jaga aku. Dia uruskan masa aku nak keluar wad. Dia yang uruskan di mana nak ambil kerusi roda, menolak ke kereta dan memulangkan kerusi itu ke tempatnya. Tiga malam dia tidur beralaskan toto di lantai hospital menemaniku. Sekarang.. aku tak mampu nak menunggunya di hospital kerana aku sendiri masih sakit!.

Ya Allah, selamatkanlah anakku. Berilah kesembuhan yang segera padanya. Masa berusia 7 hari, bangcik telah diduga dengan pembedahan yang besar melibatkan saluran jantungnya. Dia juga pernah menjalani pembedahan membuang tonsil. Aku tahu, bangcik juga akan kuat melalui pembedahan membuang appendiks ini. Aku percaya, pakar-pakar di Hospital Pakar Al Islam arif dengan kerja mereka. Insya Allah, semuanya akan selamat.

Rabu, Mac 24, 2010

Selasa, Mac 23, 2010

TRAP, Sg. Kelah, Perak

TRAP bukan perangkap. Taman Rekreasi Air Panas, Sg. KLah. Dekat Felda Trolak.

Jumaat hingga Sabtu lepas, ES membawa aku dan anak-anak, juga adikku sekeluarga menginap di Felda Residence, Trolak. Sebelum itu, hari Selasa hingga Khamis, ES terlibat dengan program motivasi anak-anak warga kerja Syarikat tempat beliau bekerja (anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2010).

ES kata, tak elok juga kalau aku asyik terperap dalam rumah, nanti takut bertambah sakit. Jadi, dia bawa kami ke sana. Dia 'paksa' aku merendam kaki dalam air panas. Air yang paling panas boleh merebus telur ayam hingga keras dalam tempoh 15 minit. Sepanjang perjalanan dalam kereta, aku memakai bengkung agar tulang pinggangku tidak 'beralih' semasa terhentak.. :)

Aku masih tak begitu 'ada selera' hendak mengarang.. jadi tengok gambar sahajalah, ya?









Isnin, Mac 22, 2010

Pembaziran terancang???

Untuk menaip catatan ini, aku telah berfikir ratusan kali. Aku tak mahu apa yang aku paparkan disalah erti. Tak mahu dikatakan mengada-ngada atau terlalu meminta-minta. Tak mahu juga dikatakan sombong, tidak memahami, tidak mengenang budi atau sebagainya. Walau apapun, ini hanyalah catatan pengalamanku. Itu adalah fakta (pinjam perkataan yang selalu digunakan oleh Sdr Mazidul).

8 hari 7 malam aku di hospital. Aku mengharapkan sakit yang kuderitai akan segera sembuh dengan izinNya. (Saat ini, aku masih lagi mengalami kebas kaki kiri - dulu kanan - yang kadangkala membuatkan aku amat sukar untuk melelapkan mata).

Apa yang ingin aku sentuh adalah berkenaan penyediakan hidangan makanan kepada pesakit. Ampunkan aku Ya Allah, seandainya aku ini termasuk dalam golongan yang tidak tahu bersyukur. Tapi, bagaimana tekakku boleh menelan makanan yang disediakan bilamana dibuka sahaja penutup hidangan, yang terlebih dahulu keluar adalah bau yang amat hanyir. Ikannya pula 'keras berdentung'. Sayur pula 'dicincang semahunya'. Usah cerita bab rasa.. mungkin memang sesuai untuk para pesakit yang perlu dikurangkan segala rasa - yang ada hanya rasa tawar! Sesekali dihidangkan ayam - kalau besar potongannya, bermakna lebih tulang dari isi. Kalau diberi isi, hanya 3 ketul sebesar ibu jari kaki.

Selang 2 hari, aku akan menerima hidangan yang sama - ikan keras yang berbau hanyir. Aku tak berani hendak menuduh walaupun hatiku berdetik juga.....

Bila aku fikirkan semula, berapa banyak agaknya makanan yang terbuang begitu sahaja? Tidakkah itu membazir namanya? Kalau dibuang, ke mana agaknya? Alangkah lebih baik kalau hanya dihidangkan nasi panas bersama telur mata kerbau yang ditabur dengan bawang dan cili goreng bersama semangkuk sayur yang 'ada rasa bukan rasa tawar'. Tapi... akan ada juga rungutan dan sungutan, kalau itu yang dihidangkan. Bagaimana agaknya pihak yang diberikan tanggungjawab menyediakan hidangan itu membersihkan ikan dan segala masakan? Mengapa terlalu hanyir? Mengapa sayurnya dicincang bagai hendak memberi makan kepada ternakan? Kurang kakitangan? Kurang modal? Atau apa? Atau apa?

Paling penting yang hendakku tekankan.... SAMPAI BILA HARUS BERLAKU PEMBAZIRAN????

(Sempat juga aku berfikir.. ke mana agaknya para jururawat yang lebih berusia, ya? Sepanjang aku menerima rawatan, kebanyakannya hanya jururawat yang berusia di bawah 30 tahun yang kutemui - termasuk para pelatih yang datang dari pelbagai kolej yang seusia anakku)

Selasa, Mac 16, 2010

Catatan Pembedahan

Masuk Bilik Bedah seawal jam 7.30 pagi dan keluar pada jam 4.00 petang (pembedahan memakan masa lebihkurang 7 jam).

2 pain darah dimasukkan ke dalam tubuhku.

Tidak dapat kupastikan sebanyak mana tusukan jarum di kedua-dua lenganku. Urat-uratku agak halus dan sukar untuk dicari bagi memasukkan jarum. Lengan kananku membengkak bagai 'apam terlebih ragi'. Sehingga kini, kesan lebam masih sangat jelas di kedua-dua lenganku.

Bagi menghilangkan kesakitan, aku disuntik dengan morphine. Suntikan ini menyebabkan seluruh tubuhku, terutama muka menjadi gatal. Kesan kena garu, muka dan tubuhku bercalar balar. Aku juga bagai di 'awang-awangan' dalam tempoh 48jam selepas dibedah. Bagai terdengar entah apa-apa suara bisikan di telinga.

24 jam pertama, aku hanya terlentang dan tidak dibenarkan bergerak. Aduh.. lenguhnya!

Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali sama ada secara nyata mahupun secara maya, adik-adik kandung, suami dan anak-anak. Khusus juga buat para jamaah Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan yang sudi melakukan solat hajat serta mendoakan. Juga kepada Pn. Kalsom Janis yang sanggup bersengkang mata menjagaku di malam pertama selepas aku dibedah sedangkan kami dulu hanyalah pernah sepejabat,pada adikku Pn. Suaina yang menjaga pada malam ketiga dan kepada Bangcik yang menjaga pada malam kedua, keempat dan kelima.

Kepada semua yang medoakan, memberi kata-kata semangat (walaupun melalui blog ini, kakcik tetap membacanya melalui telefon genggam kakcik)dan yang datang menziarah.. doa kalian memberikan kakcik kekuatan.

Kepada pasukan Pakar Bedah, Pakar Perubatan, Pegawai-Pegawai Perubatan, Pegawai-Pegawai Perubatan Pelatih serta para jururawat.. terima kasih kerana memberi perkhidmatan dan layanan terbaik.

Kepada DJ Epoi.. kalau kakcik boleh mengharungi kesakitan ini, kakcik harap Epoi akan lebih tabah kerana Epoi masih muda dan kakcik tahu Epoi boleh melaluinya.

Isnin, Mac 08, 2010

Doakan..

kakcik akan masuk ke hospital pagi ini untuk rawatan 'slip disc'. Dijadualkan menjalani pembedahan esok pagi. Doakan agar kakcik sembuh dan sihat semula, ya? Terima kasih.