Klik klik

Selasa, Mac 23, 2010

TRAP, Sg. Kelah, Perak

TRAP bukan perangkap. Taman Rekreasi Air Panas, Sg. KLah. Dekat Felda Trolak.

Jumaat hingga Sabtu lepas, ES membawa aku dan anak-anak, juga adikku sekeluarga menginap di Felda Residence, Trolak. Sebelum itu, hari Selasa hingga Khamis, ES terlibat dengan program motivasi anak-anak warga kerja Syarikat tempat beliau bekerja (anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2010).

ES kata, tak elok juga kalau aku asyik terperap dalam rumah, nanti takut bertambah sakit. Jadi, dia bawa kami ke sana. Dia 'paksa' aku merendam kaki dalam air panas. Air yang paling panas boleh merebus telur ayam hingga keras dalam tempoh 15 minit. Sepanjang perjalanan dalam kereta, aku memakai bengkung agar tulang pinggangku tidak 'beralih' semasa terhentak.. :)

Aku masih tak begitu 'ada selera' hendak mengarang.. jadi tengok gambar sahajalah, ya?









35 ulasan:

  1. salam. alhamdulillah nampaknya sudah boleh melancong. eloklah tu ! saya yang sihat ini pun belum pernah sampai ke tempat itu. tengok gambar macam best je. teringin juga nak pergi bawa anak2 merebus telur kat situ.

    BalasPadam
  2. eeee....... syoknya.... lupa sat masalah kalu mcm tu.........happy nice day

    BalasPadam
  3. Salam Kanda AL..

    saya pun baru pertama kali sampai kat situ. Tempat tu memang ok, penginapan selesa dan makanan pun murah. :) Ops! kami tak menginap berhampiran TRAP tu.. Villa dia semalam, RM800. Kami menginap lbhkrg 15km dari situ..

    BalasPadam
  4. Salam MM..

    bercuti memang seronok. Yang tak seronoknya, bila balik.. dengan kain baju kotor dsbgnya.. :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak CIK... memang ramai orang bercerita pasal Sg Klah Resort ni. Tingin gak nak pegi, belum sampai hajat lagi.

    Selamat bercuti, dan selamat berehat Kak Cik...

    BalasPadam
  6. wwo seronok ,,air panas

    Berapa sewa Resident satu malam?

    BalasPadam
  7. salam kakcik,
    hari minggu ada keluar artikel ttg tempat ini dlm paper... menariklah... boleh cuba bawa budak2..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, Kakcik dah sihat ye.... siap berendam air panas lagi.

    BalasPadam
  9. Salam Azie..

    skrg memang kakcik sedang bercuti panjang.. tapi, kat rumah je! :)

    BalasPadam
  10. Salam Zeq..

    sewa kat situ antara RM140 - RM250 semalam. Tapi, kami dapat harga promosi - cuma RM90 sahaja. :)

    BalasPadam
  11. Salam Dik Mah..

    budak2 mesti suka main kat kolam air sejuk tu.. :)

    BalasPadam
  12. Salam Zool..

    Alhamdulillah.. kakcik dah beransur pulih.. tapi, masih tak berani nak membongkok! Kaki pun masih ada rasa kebas..

    BalasPadam
  13. best tu!..dh lama berangan nk pegi...tp bila nk sampai tk tau lah.

    berehat dan bergembira!

    BalasPadam
  14. Salam Raziff..

    InsyaAllah, akan sampai juga nanti tu.. Cuma, bila kita merancang, selalu tergendala. Tak dirancang, boleh sampai pula! :)

    BalasPadam
  15. bestnya kat sini....
    saya slalu balik perak tapi tak pernah singgah sini kak :D
    harap kakcik terus sihat ye

    BalasPadam
  16. salam kak cik..nampaknya dah bertambah sihat.. harap satu masa nanti Chik Na pun akan sampai sana..

    BalasPadam
  17. Salam Mimi..

    walaupun kakcik juga berasal dari Perak, itulah pertama kali kakcik sampai kat tempat tu :)

    BalasPadam
  18. Salam Chik Na..

    itulah kan? tempat jauh kita boleh sampai, yang depan mata, tak tiba-tiba.. kalau tanya kakcik, Menara KL pun kakcik belum pernah sampai! :)

    BalasPadam
  19. Salam Acu..

    kakcik dah boleh duduk dengan agak selesa.. tapi kat belakang kakcik ni, bagaikan ada sekeping 'benda' sebesar tapak tangan duduk melekap... :(

    BalasPadam
  20. res itu baru siap ..dulu belum ada lagikan?

    lama tak singgah sambil jengok pelbagai herba yang ditanam..

    thankiu info

    BalasPadam
  21. dulu masa nak turun mandi terdengar lawak beberapa orang anak muda:

    "" oii tadi kau kata nak naik buang air..sejuk..' apasal masih tak naik lagi..??

    jawapan: (''sengih jerrr'')hheee

    BalasPadam
  22. Salam Zeq..

    TRAP ini telah dirasmikan pada 12 Mei 2005 oleh Dato' Sri Najib (masa tu beliau TPM).

    BalasPadam
  23. best le sis, bagus tu kalo dpt rendam kaki.. hai bila le nk sampai nih

    BalasPadam
  24. Zeq..

    kakcik teringat betapa takutnya anak bongsu kakcik nak masuk ke kolam air panas tu.. dia takut telur masak!

    BalasPadam
  25. Salam Maiyah..

    InsyaAllah, kalau ada yang sudi membawa, akan sampailah Maiyah ke sana. :)

    BalasPadam
  26. HAZREY BUAT TAIK LAGI! Comment deleted
    This post has been removed by a blog administrator.
    March 23, 2010 9:25 PM
    TANDA2 INSAN YANG ANTI (BACA: POLIGAMI, NIKAH SIAM, KAHWIN BUDAK & SEGALA BENDA YANG HALAL DEFINASI ISLAM NABI BUKAN MALAYA) TAPI ADA HATI MAU NASIHAT AKU...
    from Hazrey
    to TARIKAT NOHIYAH

    cc Mahkota2009@gmail.com,
    BCN3876@yahoo.com
    date Sat, Mar 20, 2010 at 1:03 PM
    subject Re: layakkah insan yang bernama khalil ini menjadi kadi? patut orang agama macam dia p nasihat bukannya jadi batu api pulak... jom kita p tanya maij asap!
    mailed-by gmail.com
    signed-by gmail.com

    hide details 1:03 PM (5 hours ago)
    Salam bro.

    Aku nak gelak baca email kau ni.

    Bak kata one blogger, ni macam bebudak kecik berebutkan gegula, pastu menangis tak tentu pasal.

    Kau ingat orang Maij nak layan ke benda remeh temeh ni, dan hakikatnya punca masalah adalah dari kau sendiri?

    Apa sebenarnya masalah kau ni?

    Mesti kau rasa semua orang tak betul kan? Mesti kau rasa dunia ni tak adil kan?

    Kau tak nampak ke, everyone, everybody is going against kau. Kau rasa hebat ker macam tu?

    Cuba kau tengok, mana ada orang suka kat kau. Ada? Yang suka kat kau cuma sorang jek, diri kau sendiri!

    Kau tulislah pada Perdana Menteri sekalipun, your words against everyone! Hidup ni biarlah bermasyarakat. Jangan syok sendiri bro.

    Cubalah kau tertib sikit bila menulis tu. Kesian kat mak bapak kau susah payah didik kau jadik orang yang baik tapi malangnya kau malukan nama mereka.

    Kau letak nama bapa sendiri tapi perbuatan kau tu memburukkan nama dia. Kau tak peduli ke kalau bapak kau malu?

    Percayalah, perbuatan kau tu memalukan bapak kau sendiri.

    Berhemahlah, itu nasihat aku. Haaah, nasib baik ada orang nak nasihatkan kau lagi ni, maka baiklah kau ambik nasihat ni bebaik.

    Dan cuba cubalah solat berbanyak banyak dapatkan petunjuk, jangan salah haluan ok?

    Ok bro?

    Salam.... SAPE PULAK YANG AKAN MATI NANTI JIKA WA KENA MAKI DALAM BENTUK ARTIKEL? CC TO ALL.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Kak Cik,

    Ate teman pun org Perak, tapi tak sampai ke situ.

    Semoga Kak Cik cepat pulih - boleh berlari! Nanti kita main kejor-kejor ye..?

    BalasPadam
  28. bestnyer tempat ni combi pernah baca dlm news paper..nnt bila huby pencen combi nak round seluruh semenanjung malaysia lah sbb skrg masa terhad bila balik sana.

    BalasPadam
  29. Pernah dengar tapi belum berkesempatan lagi nak kesana tu..
    Moga sampai juga suatu hari nanti...

    BalasPadam
  30. Wa'alaikummussalam Liza..

    tunggu teman bebeno sego.. bulih le kita main kejor2.. :)

    BalasPadam
  31. Salam Combi..

    lambat lagi bersaranya kan? Tak apa.. teroka dulu Sabah tu habis2an.. Kakcik pun dah lama tak Sabah. Pergi tahun 2008 dulu pun atas urusan Jabatan. :)

    BalasPadam
  32. Salam LB (dah kali ketiga ni.. tak tahu lepas ke tak..)

    Mudah2an.. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  33. sy x pernah mandi-manda di kolam air panas..walaupun kat pedas N9 ada tmptnya.

    alhamdulillah kakcik dah bertambah sihat. elakkan mengangkat benda2 yg berat tau.

    BalasPadam
  34. Salam Zue..

    sesekali 'terangkat' juga.. tapi taklah seberat mana, cuma bagi tulang kakcik yang rasanya belum betul2 bercantum ni.. terasa sakit juga..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...