Klik klik

Selasa, Mac 16, 2010

Catatan Pembedahan

Masuk Bilik Bedah seawal jam 7.30 pagi dan keluar pada jam 4.00 petang (pembedahan memakan masa lebihkurang 7 jam).

2 pain darah dimasukkan ke dalam tubuhku.

Tidak dapat kupastikan sebanyak mana tusukan jarum di kedua-dua lenganku. Urat-uratku agak halus dan sukar untuk dicari bagi memasukkan jarum. Lengan kananku membengkak bagai 'apam terlebih ragi'. Sehingga kini, kesan lebam masih sangat jelas di kedua-dua lenganku.

Bagi menghilangkan kesakitan, aku disuntik dengan morphine. Suntikan ini menyebabkan seluruh tubuhku, terutama muka menjadi gatal. Kesan kena garu, muka dan tubuhku bercalar balar. Aku juga bagai di 'awang-awangan' dalam tempoh 48jam selepas dibedah. Bagai terdengar entah apa-apa suara bisikan di telinga.

24 jam pertama, aku hanya terlentang dan tidak dibenarkan bergerak. Aduh.. lenguhnya!

Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali sama ada secara nyata mahupun secara maya, adik-adik kandung, suami dan anak-anak. Khusus juga buat para jamaah Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan yang sudi melakukan solat hajat serta mendoakan. Juga kepada Pn. Kalsom Janis yang sanggup bersengkang mata menjagaku di malam pertama selepas aku dibedah sedangkan kami dulu hanyalah pernah sepejabat,pada adikku Pn. Suaina yang menjaga pada malam ketiga dan kepada Bangcik yang menjaga pada malam kedua, keempat dan kelima.

Kepada semua yang medoakan, memberi kata-kata semangat (walaupun melalui blog ini, kakcik tetap membacanya melalui telefon genggam kakcik)dan yang datang menziarah.. doa kalian memberikan kakcik kekuatan.

Kepada pasukan Pakar Bedah, Pakar Perubatan, Pegawai-Pegawai Perubatan, Pegawai-Pegawai Perubatan Pelatih serta para jururawat.. terima kasih kerana memberi perkhidmatan dan layanan terbaik.

Kepada DJ Epoi.. kalau kakcik boleh mengharungi kesakitan ini, kakcik harap Epoi akan lebih tabah kerana Epoi masih muda dan kakcik tahu Epoi boleh melaluinya.

21 ulasan:

  1. alhamdulillah kakcik dah selamat dibedah.. melihat pada gambar kakcik tu.. dapat sya bayang kesakitan itu..semoga kakcik tabah menghadapi dugaan ini..

    BalasPadam
  2. Semoga terus tabah... terus bersemangat waja...

    kerana semangat itu bakal dipinjam pula kepada kepada insan lain yang juga senasib....

    Have a good rest KAK CIK...

    BalasPadam
  3. salam kakchik
    alhamdulillah
    jaga diri baik2 tau kak
    ia memang sangat menyakitkan

    BalasPadam
  4. salam kak, jaga diri yek, mkn ubt tau

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah akhirnya kak cik berjaya melalui detik2 tu.
    Kata orang, "kita tak akan tahu sejauh mana kesabaran dan ketabahan diri kita sehingga menjadi tabah dan sabar satu2nya jalan yang tinggal".

    Vic pun pernah lalui detik2 pembedahan yang mencemaskan. Perlu dibedah tak sampai pun 48 jam selepas diberitahu tentang sakit vic. Belum habis airmata tahu sakit kita, perlu lalui ketakutan dibedah pula. Mujur dikelilingi orang2 tersayang yang memberi kekuatan tak putus2...

    BalasPadam
  6. semoga tabah memgharungi dugaan ini

    BalasPadam
  7. Salam! Kokcik,
    Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulkannya. Sabor jelah kokcik, keme sentiasa doakan agar kokcik lekaih sembuh. Jgn lupa routin makan ubat, makanan dan minuman utk pulihkan tenaga dan kesihatan kokcik semula.

    BalasPadam
  8. Salam Kak Cik..

    Semoga Kak Cik cepat sembuh.. kami sentiasa mendoakan kesihatan kak cik..

    BalasPadam
  9. Salam my dear kakCikS..
    Baru hari ni tergerak nk baca n3 sis..bukan tk sudi..cuma rasa tak sanggup nk baca..bila mengenangkan keperitan sis mengharunginya..

    Moga sis cepat2 sembuh..diberikn kekuatan sentiasa...dan jgn lupa mkn ubt...

    miss U :( Take Care.....

    BalasPadam
  10. Salam KakChik
    apa khbr kak?semoga akak sihat ya kak.
    Kena ambil masa juga kak,Pelan2 ya bangun untuk duduk,aduh sakitnya,Allah je yang maha tahu
    kak,nanti bila dah sihat,silakan ambil award di teratak saya ya.TQ

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik

    Alhamdulillah kakcik dah selamat, walaupun sukar dan perit, syukur kakcik selamat. Semoga kakcik tabah menghadapi dugaan. Kakcik boleh jadi tabah seperti Sumaiyyah, Mashitah.

    Rindu baca catatan kakcik. Segera sembuh ya?

    BalasPadam
  12. Salam kakcik,

    Sori silap ID. Torpedo tu ID suami saya!

    Ucapan nya tetap dari saya!

    BalasPadam
  13. Salam Kak Cik,

    Sabar lah ya. sy harap kak cik cepat sembuh

    BalasPadam
  14. as-salam qasih ..M..award tak nak,,
    kalau ada buah Apple ker nak juga

    BalasPadam
  15. Di Doakan semoga kak cik segera sembuh...

    BalasPadam
  16. Salam kakcik :

    makan nasi pulut lepa,
    makan berdamai bukan sengketa,
    makan duduk bersila lama;
    walau kita tak pernah jumpa,
    walau kita jauh di mata,
    doa sentiasa teriring bersama...

    BERSABAR, TABAH, CEKAL DAN MOGA LEKAS SEMBUH DAN KEMBALI BERSEMBANG DI ALAMAYA....
    LUV U - QJ.

    BalasPadam
  17. salam kakcik..
    bila terima msg kakcik ida rasa sedih sgt..alhmadulillah kakcik dah selamat jalani pembedaahan..idaa doakan muga kakcik akan cegera sembuh...berdoalah sentiasa.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...