menunggu untuk melelapkan mata
dengan perut yang masih kenyang
bermain dengan kata-kata
melihat anak-anak masih ketawa
sedang entah di penjuru mana
ada yang masih menekan perut
sedari pagi belum diisi
mengharap agar esok
tak perlu lagi ada mentari
tak perlu lagi mencari alasan
kepada perut yang minta belas
tidak memikirkan
pakaian jenama apa
hendak bersukaria ke mana
berapa liter hendak diisi minyak kereta
semuanya - jangan kata hendak difikir
terlintas pun tidak
hanya berharap
sambil berusaha sedaya mungkin
mungkin dengan jalan
yang ditegah undang-undang
demi perut yang kian nipis!
kelangsungan hidup yg buat kekadang fikiran terbatas
BalasPadamperut kalau dah lapar otak kompom sempit kan... PEACE kak...
BalasPadamSalam dkama..
BalasPadamwalaupun otak menjadi sempit.. harapnya tindakan biarlah waras..
Syahdunya baca puisi ini... Rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang... Alhamdulillah
BalasPadamDalam bahasa tersurat ada banyak yg tersirat..
BalasPadamSalam Nida...
BalasPadamsemasa menaip puisi di atas, mata kakcik belum mahu tidur.. dan kakcik terfikir bahawa kakcik masih beruntung.. walau tak mewah masih seadanya.. tempat tidur yang menanti juga agak selesa.. sedangkan ada anak-anak sedang merengek tanpa suara, memohon belas dari ibu yang juga sedang kelaparan.. sedih kan?
Salam LB..
BalasPadamiya.. kita masih beruntung saat orang lain tak larat menghitung...
malam tadi sebelum tido, perut fa kenyangggg sangat, makan nasi deroyan! hehehe....kakcik asyik citer pasal lena dan beradu je ni...
BalasPadambila lah fa nak reti bermadah agaknya.
Teringat pulak kisah zaman nabi, tuanrumah yang memuliakan tetamu hingga mereka sekeluarga sanggup menahan lapar. Patut kita ambik iktibar.
Salam Fa..
BalasPadamnasi deroyan? nyam nyam.. teringat2 pulak kakcik kat pulut tanak, makan dengan deghoyan+santan+garam sikit.. aduh.. sedapnya...
betul Fa.. lapar kita mungkin sekejap berbanding dengan orang yang datang memohon belas selepas beberapa hari perut tidak di isi..
dapatkan segalanya,
BalasPadamsebelum lena selamanya...
Dapat inspirasi dari mana kak cik?
BalasPadamVic teka... mungkin dari gambar2 Indonesia dalam blog Bro Mazidul kot. hehehe
Apa pun puisi tu memang best.
Salam Cikgu Humairi..
BalasPadamkita tak kan tekejar dunia ini - semakin kita kejar, semakin jauh ia berlari..
Salam Vic..
BalasPadamsebenarnya, bila mata enggan terlena, fikiran menerawang entah ke mana, makan lahirlah ilham yang entah apa-apa.. :)
salam ziarah kak.....saya mintak tukar link dgn akak...saya add akak ya....
BalasPadamSalam Alimaz.. boleh saja.. :)
BalasPadamsalam tumpang lalu, agak kurang ngerti apa itu isinya..puitis..
BalasPadamada sesiapa yang sudi terjemahkan..
siapakah watak di dalamnya
Salam Zeq..
BalasPadamlingkaran kehidupan sekeliling kita..