sekujur tubuh tua
terbaring lesu dan pilu
di hatinya ada rindu
yang tak pernah beku
namun lukanya
seperti juga kulitnya
yang telah berkedut
retak seribu
menyimpan duka hatinya
sesekali
dia menyeka
airmata yang tiba-tiba luruh
di pipi yang tiada seri
suatu waktu
keringatnya tercurah
demi zuriat yang dikasihi
begitu pun
tega dia dilupakan
kini
dalam meniti hari
yang entah
bila siang bila malam
dia pasrah..
salam kakcik
BalasPadamterlalu hiba membaca catatan hati ini..
seolah mendengar rintihan hati kakcik..
untuk siapa? diri kakcik atau seorg bapa..
Salam Ida..
BalasPadamkakcik sedang membayangkan perasaan hati bapa kakcik.. :(
Meowwwww
BalasPadampandainya kakcik berpuisi.. I xde bakat!!
BalasPadampuisi kakcik mudah difahami, tak main belok2 belit2, sesuai utk bekas budak science stream yg tak pernah belajar sastera Melayu ni!!
Salam Ja..
BalasPadamkakcik dulu pun dari aliran sains (pure science lg).. tapi, kakcik memang cenderung kepada sastera. Minat itu kakcik pupuk sendiri dan kakcik memang suka gunakan bahasa yang mudah.. tak perlu berkerut mencari maksud.. :)
beruntung kakcik ada ayah lagi .. jagalah dia sebaiknya !
BalasPadamsendu ..
BalasPadamKasihnya Bapa berkorban nyawa...
BalasPadamSajak Kak Cik mengiingatkan saya kpd arwah Abah yg meninggal kerana Kanser Paru2.
Arwah Bapa merupakan top ranking lelaki terbaik di dlm hati saya - Kebaikannya mengatasi keburukannya - Kesabarannya mengatasi amarahnya - Kelembutan tutur katanya menenangkan jiwa anak2.
Sayangi Ibu & Bapa tanpa berbelah bagi - sesudah mereka pergi air mata darah sekalipun sudah tdk berguna lagi...
Salam Kanda AL..
BalasPadambuat masa ini, bapa kakcik berada di ruamh adik perempuan kakcik. Walaupun jaraknya tidak jauh dari rumah kakcik, tapi bagaikan kami terpisah ribuan batu dek kekangan waktu dan alasan2 lain.. namun doa kakcik sentiasa bersamanya. Semoga Allah memberi kami kekuatan menghadapi segala dugaan..
Salam Zeq..
BalasPadamada getar di hujung sendu..
Salam Liza..
BalasPadamada juga anak yang begitu angkuh. Enggan mengaku kebaikan ibubapa walau sedikit. Bagaimana agaknya nanti bagi ibubapa yang benar2 meninggalkan anak2 saat mereka diperlukan.. apakah akan menyalahkan anak2 bila diri tidak dihiraukan? Allah jua Yang Maha Mengetahui...