Klik klik
Khamis, Mac 25, 2010
Bangcik
Kesian bangcik..
dah beberapa hari mengadu sakit perut. Pagi tadi aku minta ES bawa bangcik ke Hospital. Risau juga, walaupun pada mulanya aku ingat bangcik cuma main-main. Malam tadi, beberapa kali bangcik mengejutkanku dari tidur kerana dia sakit perut.
Baru sebentar tadi, ES telefon. Bangcik terpaksa dibedah kerana appendiks! Masa aku di hospital, bangcik yang banyak jaga aku. Dia uruskan masa aku nak keluar wad. Dia yang uruskan di mana nak ambil kerusi roda, menolak ke kereta dan memulangkan kerusi itu ke tempatnya. Tiga malam dia tidur beralaskan toto di lantai hospital menemaniku. Sekarang.. aku tak mampu nak menunggunya di hospital kerana aku sendiri masih sakit!.
Ya Allah, selamatkanlah anakku. Berilah kesembuhan yang segera padanya. Masa berusia 7 hari, bangcik telah diduga dengan pembedahan yang besar melibatkan saluran jantungnya. Dia juga pernah menjalani pembedahan membuang tonsil. Aku tahu, bangcik juga akan kuat melalui pembedahan membuang appendiks ini. Aku percaya, pakar-pakar di Hospital Pakar Al Islam arif dengan kerja mereka. Insya Allah, semuanya akan selamat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semoga Bang Cik tabah menghadapi ujian dariNya, tabahkan hati kerana setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya (pesanan buat diri ini jua)
BalasPadamSalam Nida..
BalasPadamterima kasih untuk doa. Bangcik baru sahaja berusia 13 tahun (7/5/2010 nanti).
Semoga Bang Cik cepat sembuh. Dia anak yang kuat dan telah lulus ujian yang berat2 sebelum ni... tentu tiada masalah untuk pembedahan kali ni. Kak Cik punya pada dia paling mujarab, afdhal dan mudah diperkenankan Allah. Moga Allah mengurangkan kesakitan untuk anak yang soleh ini.
BalasPadamSalam Vic..
BalasPadamterima kasih untuk ungkapan Vic yang benar-benar membuatkan kakcik rasa terharu. Ya, bangcik anak yang kuat.. semoga Allah menghilangkan segera kesakitannya.
Tak pe Kak Cik, anak sedara saya pun dah menjalani pembedahan appendiks. Insya-Allah cepat sembuh. Dah keluar hospital nanti makan le Gamat.
BalasPadamsalam kakcik..
BalasPadamYa Allah..mudah2an bangchik selamat menjalani pembedahan tu..terperanjat sgt2 nora ni kakcik..sebak sorg2
mengenangkn ketabahan..kesabaran dia menjaga kakcik baru2 ni semasa kt hospital..dr kecil lg dh diuji bermcm2 dugaan..menjdkn dia begitu tabah dn kuat semangatnya..pasti Allah melindungi anak yg baik cam bangchik tu..Insyallah..terbyg2 saat nora bergurau dgn bangchik mlm tu slps kakcik kuar hospital..nmpk jer kakcik nk bangun dr katil cepat2 dia dtg bantu papah kakcik ke dapur..terharu sgt2 tgk keikhlasan dia..
Salam Zool..
BalasPadamlega sikit hati kakcik ni membaca coretan Zool. Lepas Maghrib nanti, kakcik dan anak2 akan ke HPAI, Kg. Baru. Saat ini, bangcik belum masuk OT lagi. Ayahnya yang tunggu kat sana.
Salam Nora..
BalasPadamitulah.. kakcik pun sangat2 sebak sebenarnya. Macam2 dugaan bangcik. Memanglah kdgkala dia agak 'nakal'.. tapi, bagi seorg ibu.. semua anak2 adalah harta yang tidak ternilai harganya.
Salam Kak Cik ...
BalasPadammoga kak cik sekeluarga tabah dengan dugaan ini..
moga abg chik cepat sembuh yerrr
pssttt...
blog pB dah jadi private.
Nanti kak cik hantar alamat email nyer .
pB nak invite kak chik jadi member pB.
aidarahm@tm.com.my
Salam my lovely kakcikS..
BalasPadamSatu dugaan yg silih berganti pasti ada hikmahnya kan kakCikS..
InsyaAllah BangChik cepat sembuh..
Sesungguhnya Bangchik ank yg baik..
utk sis..jaga diri..jgn susah hati ya..
semoga bangchik juga sabar dan tabah macam ibunya... :)
BalasPadampB !! kita pun nak jadi member jugak!!!
Insya Allah, bangcik akan segera pulih lps surgery tu.. Saya sdiri pun dah dibuang appendiks masa hysterectomy dulu..
BalasPadamBangcik anak yg kuat.. Ini semua ujian utk meningkatkan lagi ketabahannya dan juga people around him, esp kakcik.. Dan yg paling utama, Tuhan sdg memberikan yg terbaik buat hambaNya!!
dugaann dan cabarn
BalasPadamSedihnyaaaaa... Kak CIK... huhuhuhu sian BANG CIK.
BalasPadamMoga segalanya lancar dan selamat. Moga diberi kekuatan kepada Bangcik dalam dugaan ini.
Sabar yer Kak Cik dan Abg Mus..
Salam pB..
BalasPadamterima kasih kerana mendoakan bangcik. Emel kakcik - emzekjay@hotmail.com
Salam Tinie sayang..
BalasPadamkakcik percaya dan amat-amat percaya, Allah sedang menduga sejauh mana keimanan kami sekeluarga. Insya Allah, hanya padaNya tempat kami mengharap dan memohon segala kemapunan dan perlindungan. Terima kasih atas doa.
Salam Fa..
BalasPadambangcik tak jadi dibedah malam ini. Insya Allah pukul 11.00pg esok sbb doktor nak tengok laporan masa dia menjalani pembedahan jantung dulu. Kesian bangcik, berpuasa dari pagi tadi. Kalaulah kakcik boleh menunggu dia di wad.... Kakcik dah pesan, ingat pada Allah, dan berdoa serta bacalah surah2 dari Al Quran. Semoga bangcik tenang dan segera sembuh.
Salam Ja...
BalasPadamInsya Allah. Kata2 dari kawan-kawan dan adik-adik kakcik di sini, turut memberikan kakcik kekuatan.
Salam Zeq..
BalasPadamdugaan yang membuatkan kakcik merenung dan menilai diri sendiri!
Salam Azie..
BalasPadamterima kasih. Insya Allah, bangcik anak yang kuat ..
sabar sis.. hrp abngcik sembuh
BalasPadamRezeki Bang Cik la tu. Kecik-kecik lagi dah kena bedah...
BalasPadamsemoga bangcik tabah menghadapi dugaan dan cepat sembuh
BalasPadamSalam Maiyah..
BalasPadamInsya Allah.. terima kasih.
Salam IM..
BalasPadambahagian masing-masing, kan?
Salam Uda...
BalasPadamterima kasih. Mudah2an begitulah..
Bersabar kakcik...
BalasPadamInsyaAllah ada hikmah dan ganjaran yg tak kita ketahui....
Semoga semuanya segera baik...
Salam LB..
BalasPadamterima kasih. Insya Allah.. bangcik anak yang kuat.
Salam kakcik,
BalasPadamJika komen ni boleh sampai.. kira okaylah.. dah cuba byk kali sejak di hospital tadi...
Di harapkan kakcik dan bangchik akan tabah dengan kesakitan dan semuga segera sembuh.
Salam Dik Mah..
BalasPadamterima kasih untuk doa.. kakcik baru sahaja balik dari HPAI.. Alhamdulillah, bangcik dah selamat dibedah.
Cara amiga tudo vai correr bem, Deus é grande, e tudo vai ter um fim feliz. Um abraço para todos.
BalasPadamHello Antonio..
BalasPadamNoticias Olá Kakcikseroja.Quando Novas tiver, pedia uma sua Informação. Um abraço. António José
BalasPadam