Klik klik

Sabtu, April 10, 2010

Makan Malam di Hotel Istana

Malam tadi ikut ES ke Majlis Makan Malam anjuran Syarikat tempat beliau bekerja di Hotel Istana. Puaslah aku duduk - berdiri - berdiri - duduk, bagi mengimbangi belakang yang masih belum stabil.

Mengikut apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Syarikat, tahun 2009, Syarikat berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM180 juta! (WOWWW - bak kata Hussin Lempoyang). Mudah-mudahan para pegawai dan kakitangan yang semestinya menjadi tonggak kejayaan (dan kadangkala keruntuhan juga) Syarikat akan menerima bonus yang setimpal (hehehe.. doa tu - kalau ES dapat, aku dan anak-anak bolehlah menumpang..).

Majlis ini sebenarnya untuk kakitangan bersama pasangan, tapi sebab Adik ni tak boleh nak ditinggalkan, terpaksalah dibawa bersama.



Perjalanan majlis dikemudikan oleh Shamsul Ghau Ghau (dengarnya beliau dibayar sebanyak RM8k)


(gambar diambil dari rumah pakcik Google sebab aku tak berkesempatan mengambil gambarnya semalam walaupun beliau turun ke bawah).

Penghibur yang dibawa khas ialah penyanyi kecil molek Dato' Sheila Majid (dengarnya pula, bayaran untuk beliau ialah RM28K - dan maaf, aku bukan peminat beliau..)




Sebanyak 250 hadiah untuk cabutan bertuah disediakan - antaranya melancong ke Phuket dan Bandung, plasma TV 42 dan 32 inci, kamera video, komputer riba, mesin basuh dan banyak lagi. Nombor ES tidak bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah utama itu. Tak tahulah apa yang akan didapati kerana hadiah tersebut akan dituntut di pejabat Isnin nanti - mungkin hanya sebuah hamper! Eh.. hamper pun ok apa? Jangan tak tahu nak bersyukur. :)

Jumaat, April 09, 2010

Setahun



hari ini - 9/4/2010, blog ini berusia setahun. Mungkin usianya sehingga hujung bulan ini sahaja. Sekiranya rajin, aku akan membina rumah baru.. dan akan diwar-warkan kepada kalian. Jika sebaliknya.. aku hanya akan merayau-rayau sahaja di rumah kalian sama ada dengan meninggalkan jejak atau tidak..

Aduh!

Berita diambil dari sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tolakseks_isterimelecurkenasimbahcukagetah/Article

Tolak seks, isteri melecur kena simbah cuka getah

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2010/04/09

Anak berusia tujuh tahun turut cedera dirawat di HTAA

KUANTAN: Seorang tukang cuci melecur muka dan belakang badannya disimbah cuka getah oleh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak, di Felda Bukit Sagu 2, dekat sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 1 pagi, Zarina Wahab, 40, dipercayai menolak kemahuan suaminya yang juga seorang peneroka berusia 43 tahun kerana hubungan pasangan itu menghadapi masalah dan kini dalam proses perceraian. Turut cedera dalam kejadian itu ialah anak bongsu mereka berumur tujuh tahun dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian berlaku selepas pertengkaran mangsa dan suaminya dalam bilik tidur dan akibat berang, lelaki terbabit mengambil sebotol cuka getah yang disimpan di dapur rumah lalu menyimbah isterinya.

Beliau berkata, simbahan itu mengenai muka, leher dan belakang badan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, di sini.

"Dalam kesakitan akibat kulit melecur, mangsa sempat menelefon rakan sekerjanya yang tinggal berhampiran rumahnya dan memberitahu kejadian yang menimpanya lalu membawanya ke hospital,” katanya semalam.
Rakan sekerja Zarina kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 4.30 pagi, manakala suaminya menyerah diri di Balai Polis Panching.

Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar tindakan nekad lelaki berkenaan menyimbah cuka getah kepada mangsa, namun polis tidak menolak kemungkinan berkaitan masalah rumah tangga dan perselisihan faham.

"Wanita terbabit kini dilaporkan stabil dan masih dirawat tetapi maklumat lengkap tahap serius melecur belum diperoleh," katanya.

Sementara itu, anak ketiga mangsa, Khairil Rohamiza, 17, yang ditemui di rumahnya petang semalam berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur rumah.

Sebaik terjaga dari tidur, dia mendapati ibunya sedang mengerang kesakitan dan cuba menolong tetapi dihalang bapanya sambil melibas parang ke arahnya.

"Bapa kemudian terus keluar rumah dan kami mengambil air paip untuk basuh muka dan badan ibu sebelum rakan sekerja ibu yang hanya dikenali sebagai Kak Ani tiba untuk membantu," katanya.

Khairil Rohamiza berkata, ketika kejadian, tiga adiknya berumur 14, lapan dan tujuh tahun turut berada di rumah.

Khamis, April 08, 2010

Cuti Sakit lagi...

Baru balik dari berjumpa Pakar Bedah Orthopedik di Hospital Sg. Buloh. Sambung lagi cuti sakit sehingga 29/04/2010 nanti. Balik dari hospital tadi, sempat singgah sebentar di pejabat untuk masukkan cuti dalam HRMIS dan berjumpa dengan teman-teman yang sudah sebulan tidak ditemui.


(kena habiskan cuti kat rumah.. macam mana nak jalan-jalan makan angin ni???)

Rabu, April 07, 2010

Mengharap hujan..

tapi tak berdaya menghadapi taufan.. tak juga selesa dengan panas yang menggigit ini.. semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas kita semua. Amin.


(gambar - dalam kereta Along sewaktu balik dari menjemput Angah pada 02/04/10)

Selasa, April 06, 2010

Rindu

kamu rindu aku tak?
dah sebulan kita tak bertemu
entah-entah kau pun dah lupakan aku
tapi aku tetap mengingatimu
selama ini
dalam sehari - Isnin hingga Jumaat
lebihkurang 10 jam kita berhadapan
tapi kini aku sendirian di sini
mungkin di hadapanmu
ada orang lain tumpang melengung
kalau ada rezeki
kita mungkin berjumpa lagi..



di sini aku bertemankan dia
yang tidak secanggih
mahupun secantik kamu
tapi dia berjasa kepadaku

Isnin, April 05, 2010

Baju Bidan?

Semalam, semasa sedang berbaring-baring sambil menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), aku terkejut dan terpinga-pinga dengan kata-kata yang keluar dari mulut Adik.

Sewaktu Dato' Siti Nurhaliza berjalan naik ke pentas untuk menerima anugerah, Adik berkata kepadaku, "mak, kenapa dia pakai baju bidan?'

'Hah??' Aku terperanjat sampai tak tahu hendak menjawab...

Apalah yang difikirkan oleh anakku yang bermulut murai tu, ya?

Masih lagi mahu makan bersuap (bukan makan suap)






nanti.. bila mak dah tak larat nak suap makanan sendiri, Adik tolong suapkan mak tak?

Sabtu, April 03, 2010

Na'uzubillahhiminzalik

janganlah anak-anak kita jadi begini..

(berita dari akhbar Kosmo bertarikh 2 April 2010)




JAKARTA - Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Video selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. - Agensi

Jumaat, April 02, 2010

Semoga rohnya dicucuri rahmat - Al Fatihah


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi. “Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak. (Dari Berita Harian Online)