Klik klik

Isnin, April 05, 2010

Masih lagi mahu makan bersuap (bukan makan suap)






nanti.. bila mak dah tak larat nak suap makanan sendiri, Adik tolong suapkan mak tak?

20 ulasan:

  1. Salam Kak cik,

    Sihat Ke? Samalah ngan anak saya dah besar panjang pun kadang mintak di suapkan

    BalasPadam
  2. Salam Aidah..

    Alhamdulillah.. kakcik semakin sihat. DAk Adik tu, kadang-kadang sanggup tak makan kalau tak di suap.. memang anak bertuah betul :)

    BalasPadam
  3. Macam kenal je tempat ni kak cik. Masa gathering kita aritu ye? heheheheh

    BalasPadam
  4. Salam Vic..

    hehehe.. betul sangat tu.. dah tak ada apa nak catat dalam kebosanan ni.. hantam sajalah.. :)

    BalasPadam
  5. hehehe...manjanya diaaa...tak de adik la katakan. Kadang2 anak Fa pun bersuap jugak sekali sekala. Kalau suami isteri makan bersuap kakcik? Eeeee....nak makan bersuaplah tengahari ni! hahahahaha.......

    BalasPadam
  6. Hari ini kita melihat mereka terlalu kecil untuk makan sendiri... (sama macam saya lihat CHAK saya)..

    Moga-moga suatu hari nanti, mereka melihat kita terlalu TUA utk berbuat sama...

    BalasPadam
  7. Salam Fa..

    sesekali, elok juga suami isteri makan bersuap-suapan.. tak le masa nak ambik gambo kat pelamin je makan bersuap-suap.. Dulu masa anak kakcik baru 2, selalu juga kakcik suap 3 mulut (termasuk bapanya la tu..) waktu makan... Sekarang cuma sesekali, saja nak tunjuk mesra depan anak2.. dan seronok bila tengok anak2 ketawa dan tersipu-sipu mengusik! :)

    BalasPadam
  8. Salam Azie..

    bagi ibu-ibu seperti kita (bukan ibu yang mencampak anak sesuka hati), anak-anak kita seolah-olah tak pernah dewasa - mereka tetap 'bayi' yang sentiasa perlu diberi perhatian..

    Ya.. mudah2an mereka akan menyayangi kita sebagaimana kita sayangkan mereka. Insya Allah.

    BalasPadam
  9. Salam! Kokcik,
    Ate name pun bebudak nak bermanje! Ate dgn sapalah lagi bermanja dgn emaknya! Tapi, teman tak buleh, jenuh nak mbayangkan macamanaler Kokcik dan Yong Fa, nyuap org ghomah! Teman ni mmg dari kecik, anak yatim piatu tak poghonah pulak mcm tu! Bukan tak buleh, buleh kokcik, buleh....

    BalasPadam
  10. Salam Yop (kdg2 teman tepikio... betoi ke teman panggey yop ni.. ntah2 yong, tak?)..

    mike biyo bebeno ni.. takkan le tak gheti menyuap dan disuap... hehehe...

    BalasPadam
  11. kakcik,
    Yeop tu sebenornya malu nak beceghite, hehehe....ada kemungkinan jugak Yeop ni gamaknya lebih muda dari kita, ye! ajer yang gemor beghahsia oghangnya....hehehe...

    BalasPadam
  12. Fa..

    itule.. kakcik ni memang seghonok nak begebang dengan Tajnur ni.. tapi.. tak seghonok bila kakcik kena meneka2.. sapa le Tajnur ni yang sebenonya.. blog yang 3 biji tu pun tak ada isi.. tapi.. ada nama Siti.. huhuhu...

    BalasPadam
  13. teringat acu dulu2...dulu acu pun mak suap kan..agak nye anak bongsu memang manja macam tu kot kan?
    semoga acu pun diberi peluang untuk menyuap mak acu andai dia tak berdaya satu ari nanti..

    BalasPadam
  14. kakcikseroja

    saya tak nak mengharap sangat anak-anak berbuat demikian. apa yang saya buat untuk mereka sekarang adalah sebagai memenuhi tanggunjawab sebagai bapa sahaja. kalau mereka ingat nanti, syukurlah !

    BalasPadam
  15. Salam Acu..

    anak bongsu selalunya memang manja.. tapi, ada juga anak sulung yang manjanya lebih dari 'baby' :) Insya Allah, niat yang baik, Allah akan makbulkan :)

    BalasPadam
  16. Salam AL..

    anak2 ni sedang diingatkan mereka boleh lupa...
    Memang kita tak mengharapkan apa-apa dari mereka.. tapi, mereka tak boleh bersenang hati melupakan asal usul.. :) Sebagaimana kita ada tanggungjawab terhadap mereka, mereka juga seharusnya sedar tentang tanggungjawab mereka..

    BalasPadam
  17. nnt bila kita dah tua adakah dorang sanggup utk pakaikan kita pampers dan membersihkan najis kita.

    hanya masa menentukan..!

    BalasPadam
  18. Salam Combi..

    tak dapat kita jangka apa yang akan terjadi di kemudian hari..

    BalasPadam
  19. Salam! Kokcik,
    Teman ni lelaki kokcik, nama betul pun Tajul Anuar dan boleh dikatakan sebaya dgn kokcik tapi belumlah mencecah usia 50 tahun, maknanya kalau Yong Fa tu 43 tahun, teman ni jauh tuanya. Orgnya kurus tinggi wpun tak handsome tapi manisnya tetap ada....

    BalasPadam
  20. Ha.. baru le betoi teman manggei yop...

    teman pun belum le 50.. kalau panjang umo, taon depan bulan 8, 'baghu' masuk 50.. hehehe.. Segak tu tak le pentin sangat, yg pentin sempurna sifat dikurniakan Allah.. Alhamdulillah :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...