Klik klik

Sabtu, April 03, 2010

Na'uzubillahhiminzalik

janganlah anak-anak kita jadi begini..

(berita dari akhbar Kosmo bertarikh 2 April 2010)




JAKARTA - Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Video selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. - Agensi

26 ulasan:

  1. Salam... kanak2 mudah terpengaruh dengan persekitarannya... kalau lingkungannya begitu, dia akan mengikutnya sebagai contoh... Kanak2 itu tidak tahu apa2 - dia docorakkan begitu...

    * kasihan *

    BalasPadam
  2. Salam Umi_e..

    Kakcik terfikir, takkan kanak2 itu diusia setahun setengah sudah pandai mencari rokok sendiri kalau tiada yang memulakannya... Mmg kasihan..

    BalasPadam
  3. Vic terkejut betul bila baca paper pasal artikel ni semalam. Tak sangka kan? Bila difikirkan balik, mungkinkah ada anak-anak di Malaysia yg berperilaku begini? Nauzubillah..

    BalasPadam
  4. Fa dah tengok youtube tu. Melampau betul. Pak akal je dia budak, sepatutnya jabatan kebajikan masyarakat kat sana boleh sangat ambik tindakan pada ibubapa dia yang tak bertanggungjawab. Sebab kalau budak tu terus dibiarkan begitu, memang rosak masyarakat dan menganiaya masa depannya!!

    BalasPadam
  5. kasihan....muda-muda lagi dah hisap rokok...mintak dijauhkan perkara-perkara macam ni kat bakal anak2 saya nanti...isk2

    BalasPadam
  6. Salam Vic..

    masalah sosial ada di mana-mana. Sedang berjaga dan diberi bimbingan pun anak-anak boleh buat 'hal'.. apalagi jika dibiarkan sahaja...

    BalasPadam
  7. Salam Fa..

    kakcik pun tengok youtube tu.. 'menyakitkan'..

    BalasPadam
  8. Salam Azrul..

    kakcik doakan agar Azrul dan Ayu dikurniakan dengzn zuriat yang soleh/solehah nanti.. bimbinglah mereka agar tidak keluar dari landasan... (Eh.. bila nak disatukan, ya?) :)

    BalasPadam
  9. Begitulah bila bapa borek... jangan salahkan bila anak menjadi lebih rintik...

    BalasPadam
  10. Salam Azie..

    dah balik dari luar daerah ke? Begitulah.. anak2 adalah cerminan orangtua mereka (walaupun bukan semua..)

    BalasPadam
  11. Salam!
    Apalah tongong punya emak bapak, budak umor mcm tu pun tak buleh nak buat ape. Harapkan pandei menyambei buat anak je!

    BalasPadam
  12. Salam Yop..

    ada pun mike.. tertanya2 ati teman ni nengokkan dah beberapa aghi mike tak muncoi.. :)

    BalasPadam
  13. salam kakcik
    nauzubillah..takut ida tguk..

    BalasPadam
  14. Salam!
    Ade kokcik oi, teman nengok deme yg masuk ke blog kokcik ni ghamei bebenor, iyorle seskali teman pulak yg masuk, tapi teman nyemedang ngendeng blog kokcin ni. Yeler org senegeri teman walorpun kampung dan loghong lelain tentunye teman nak dengor kabor sihat ke ghedat ke! Maklumle kita ni dah tue ghente...

    BalasPadam
  15. Yop..

    mana ghameinya.. deme singgah mace je.. yang ninggeikan komen tak ghamei.. Sebab mike tu oghang senegeri le teman tetunggu2.. buleh le teman sembang loghat kita.. :) Ghedat2 pun kene juga le ghengankan badan.. mun idok kang, kebulo pulok anok2 teman..

    BalasPadam
  16. Jangan-jangan budak ni dah merokok sejak dalam perut ibu dia lagi. Emak dia perokok tegar gamaknya..

    BalasPadam
  17. mintaklah dijauhkan.. dunia skrg memacam le

    BalasPadam
  18. fuh.....ngalahkan yahudi pulak..

    BalasPadam
  19. takkan nak salahkan budak tu pulak....

    BalasPadam
  20. Betullah Maiyah.. semakin tua, semakin tenat... :(

    BalasPadam
  21. Entah le Cikgu.. tak reti aok dah..

    BalasPadam
  22. IM - kesalahan mesti bermula dari sekitarnya - betul tak?

    BalasPadam
  23. Rasa2nya budak ni sejak dr dlm kandungan dah ada samting wrong somewhere.. Selalunya bebdk sebaya dia masih tau takut org tua.. Budak ni mmg tak normal..

    BalasPadam
  24. Salam Ja..

    hmm.. pendapat Ja dulu memang ada asasnya..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...