Klik klik

Jumaat, April 02, 2010

Semoga rohnya dicucuri rahmat - Al Fatihah


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi. “Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak. (Dari Berita Harian Online)

26 ulasan:

  1. Al Fatihah.

    Sebaya dgn Fa... :(

    BalasPadam
  2. Salam Fa..

    begitulah aturan hidup.. penghujungnya kita ke sana jua...

    BalasPadam
  3. Salam KakCik ..

    :-( Innalillah ... Al-Fatihah.

    BalasPadam
  4. Salam CS..

    DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

    BalasPadam
  5. melihatkan usia dia yang lebih muda dari saya .. terfikir bahawa saya sekarang berada dalam waktu kecemasan ! dia pergi pada Hari Jumaat, penghulu segala hari!

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

    BalasPadam
  6. Salam Kanda AL..

    beliau juga lebih muda dari kakcik.. dan mungkin juga sebelum ini lebih sihat dari kakcik.. Saatnya tiba tanpa dapat kita duga.. kalau diikutkan... kakcik memang tiada persediaan untuk ke sana! :(

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    Al-Fatihah.

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

    الرَّحْمـنِ الرَّحِيم

    مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين

    إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين

    اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

    BalasPadam
  8. Salam Acu..

    kita juga akan menyusul..

    BalasPadam
  9. tulah, saya pun sedih sebab saya minat betul ngan din beramboi nih

    BalasPadam
  10. Salam Crazybeautiful..

    sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati..

    BalasPadam
  11. dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan....alfatihah.

    BalasPadam
  12. Salam Abu Muaz..

    betul.. kita pasti ke sana juga..

    BalasPadam
  13. Sedih sungguh saya hari ini...

    Al Fatihah...

    BalasPadam
  14. Salam Azie...

    telah tiba janjinya..

    BalasPadam
  15. Salam..
    Al-fatihah...
    Moga rohnya dicucuri rahmat.....

    BalasPadam
  16. al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  17. Salam Aida, Tinie, Maiyah..

    Amin Ya Rabbal 'Alamin

    BalasPadam
  18. entah le. IM tak berapa ikuti pelawak ini...

    BalasPadam
  19. Bila tiba waktu kita kembali kepadaNya...
    Izrail tak pernah lewat menjalankan tugasnya walau sesaat..
    Tapi sejauh mana kita bersedia berhadapan Munkar dan Nakir..
    Siapa yang lebih banyak mencatat? Rakib atau Atid?

    BalasPadam
  20. Salam Kak CIk..

    Bila mendapat tahu berita kematiannya, air mata ni terus meleleh... Nida pasti rindukan lawaknya...

    BalasPadam
  21. Salam Im..

    kakcik pun bukan peminat dia.. cuma sebagai saudara seagama, kita doakan semoga rohnya aman di sana..

    BalasPadam
  22. Salam IM..

    iya.. takkan cepat mahupun lewat sesaat jua pun.. masanya pasti tiba..

    BalasPadam
  23. Salam Nida...

    kalau Nida pun merinduinya, apatah lagi keluarga dan mereka yang rapat dengannya.. kita doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...