Klik klik

Jumaat, April 09, 2010

Aduh!

Berita diambil dari sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tolakseks_isterimelecurkenasimbahcukagetah/Article

Tolak seks, isteri melecur kena simbah cuka getah

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2010/04/09

Anak berusia tujuh tahun turut cedera dirawat di HTAA

KUANTAN: Seorang tukang cuci melecur muka dan belakang badannya disimbah cuka getah oleh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak, di Felda Bukit Sagu 2, dekat sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 1 pagi, Zarina Wahab, 40, dipercayai menolak kemahuan suaminya yang juga seorang peneroka berusia 43 tahun kerana hubungan pasangan itu menghadapi masalah dan kini dalam proses perceraian. Turut cedera dalam kejadian itu ialah anak bongsu mereka berumur tujuh tahun dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian berlaku selepas pertengkaran mangsa dan suaminya dalam bilik tidur dan akibat berang, lelaki terbabit mengambil sebotol cuka getah yang disimpan di dapur rumah lalu menyimbah isterinya.

Beliau berkata, simbahan itu mengenai muka, leher dan belakang badan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, di sini.

"Dalam kesakitan akibat kulit melecur, mangsa sempat menelefon rakan sekerjanya yang tinggal berhampiran rumahnya dan memberitahu kejadian yang menimpanya lalu membawanya ke hospital,” katanya semalam.
Rakan sekerja Zarina kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 4.30 pagi, manakala suaminya menyerah diri di Balai Polis Panching.

Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar tindakan nekad lelaki berkenaan menyimbah cuka getah kepada mangsa, namun polis tidak menolak kemungkinan berkaitan masalah rumah tangga dan perselisihan faham.

"Wanita terbabit kini dilaporkan stabil dan masih dirawat tetapi maklumat lengkap tahap serius melecur belum diperoleh," katanya.

Sementara itu, anak ketiga mangsa, Khairil Rohamiza, 17, yang ditemui di rumahnya petang semalam berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur rumah.

Sebaik terjaga dari tidur, dia mendapati ibunya sedang mengerang kesakitan dan cuba menolong tetapi dihalang bapanya sambil melibas parang ke arahnya.

"Bapa kemudian terus keluar rumah dan kami mengambil air paip untuk basuh muka dan badan ibu sebelum rakan sekerja ibu yang hanya dikenali sebagai Kak Ani tiba untuk membantu," katanya.

Khairil Rohamiza berkata, ketika kejadian, tiga adiknya berumur 14, lapan dan tujuh tahun turut berada di rumah.

16 ulasan:

  1. itulah akibat tindakan mengikut nafsu yang menyebabkan hilang kewarasan. si suami/bapa tu nanti pasti menyesal tak sudah selepas ini.

    BalasPadam
  2. SalaM AL...

    itulah yang dikatakan ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu... bila nafsu mengatasi kewarasan.. hilanglah pertimbangan.. :(

    BalasPadam
  3. salam,

    iyeke???
    kot-kot isteri dah sumpah seranah suami tak???

    BalasPadam
  4. Salam Cikgu..

    kok ya pun... takkan sampai simbah asid? Dah hilang akal kot!

    BalasPadam
  5. nafsu lelaki hanya satu ...

    BalasPadam
  6. Macam2 alasan boleh diberikan bila dah jadik cengginih......

    Mesti ada yang tak betul nih Kak....
    Mungkin dah lama tersimpan tak puas hati dalam hati nih.....

    BalasPadam
  7. Salam Kak cik,

    Ntahlah tak tau nk komen apa. Zaman sekarang ni mudah sgt org naik angin tak tentu pasal, nape ye

    BalasPadam
  8. erk..takut nye kak dpt suami mcm tu...

    BalasPadam
  9. Salam pB..

    bagaimanalah kalau nafsu mereka 9? ;-)

    BalasPadam
  10. Salam Epoi..

    ketidakpuasan yang menghilangkan kewarasan.. adoi..

    BalasPadam
  11. Salam Aidah..

    macam2 penyebabnya.. dan salah satunya mungkin berpunca dari makan minum kita yang tak pasti status halal haramnya.. :(

    BalasPadam
  12. Salam Acu..

    mudah2an Acu n your darling tidak ditimpa dengan ujian yang tidak sanggup dipikul.. dan semoga segera bersatu serta berbahagian ke akhir hayat. INsya Allah. :)

    BalasPadam
  13. Salam my lovely KakCikS..:):)
    Bila keimanan mula menipis di jiwa..
    Bila nafsu serakah menguasai diri tanpa
    ditepis dgn kewarasan kemanusiaan..
    maka...
    beginilah jadinya........:(

    BalasPadam
  14. Salam Tinie sayang..

    setuju dengan pendapat Tinie..

    {huhuhuhukkk..... kakcik sedih sebenarnya.. setiap kali kakcik masuk ke blog Tinie, kakcik gagal untuk menghantar komen.. kadang-kadang terus tergantung tak bergerak.. kenapa, ek? :(}

    BalasPadam
  15. Salam! kokcik,
    Isyy dalam proses penceraian pun, masih ada peluang nak buat hubungan seks! Tak patut, kalau dah sama2 nekad utk berpisah, kenapalah ambil peluang `last kopek`. Entahlah dunia, dunia....

    BalasPadam
  16. Salam Yop..

    entah le... tak gheti teman..

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...