Malam tadi ikut ES ke Majlis Makan Malam anjuran Syarikat tempat beliau bekerja di Hotel Istana. Puaslah aku duduk - berdiri - berdiri - duduk, bagi mengimbangi belakang yang masih belum stabil.
Mengikut apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Syarikat, tahun 2009, Syarikat berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM180 juta! (WOWWW - bak kata Hussin Lempoyang). Mudah-mudahan para pegawai dan kakitangan yang semestinya menjadi tonggak kejayaan (dan kadangkala keruntuhan juga) Syarikat akan menerima bonus yang setimpal (hehehe.. doa tu - kalau ES dapat, aku dan anak-anak bolehlah menumpang..).
Majlis ini sebenarnya untuk kakitangan bersama pasangan, tapi sebab Adik ni tak boleh nak ditinggalkan, terpaksalah dibawa bersama.
Perjalanan majlis dikemudikan oleh Shamsul Ghau Ghau (dengarnya beliau dibayar sebanyak RM8k)
(gambar diambil dari rumah pakcik Google sebab aku tak berkesempatan mengambil gambarnya semalam walaupun beliau turun ke bawah).
Penghibur yang dibawa khas ialah penyanyi kecil molek Dato' Sheila Majid (dengarnya pula, bayaran untuk beliau ialah RM28K - dan maaf, aku bukan peminat beliau..)
Sebanyak 250 hadiah untuk cabutan bertuah disediakan - antaranya melancong ke Phuket dan Bandung, plasma TV 42 dan 32 inci, kamera video, komputer riba, mesin basuh dan banyak lagi. Nombor ES tidak bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah utama itu. Tak tahulah apa yang akan didapati kerana hadiah tersebut akan dituntut di pejabat Isnin nanti - mungkin hanya sebuah hamper! Eh.. hamper pun ok apa? Jangan tak tahu nak bersyukur. :)
Salam! Kokcik,
BalasPadamteman ni dengor2 kabor jelah munkalor kokcik sekeluarga dpt hadiah. Tumpang gembira je. Nasib teman ni, macam biasalah buat koghoje2 harian termasuklah bertanggak kjp kat blog kokcik! Bykkan rehat kokcik, supaya cepat sembuh, InsyaAllah....
Salam Kak Cik,
BalasPadamdulu2 kalau turun KL selalu gak duk hotel Istana ni, tapi disebabkan sekarang ni ramai sgt Pak Hitam kat Bukit Bintang tu naik takut dibuatnya.
Salam Yop..
BalasPadammemang seghonuk kalo dapat hadiah.. tapi, oghang lain pun endak juge.. ye dak? :)
Salam Aidah..
BalasPadamkakcik ni walaupun duduk KL.. sesekali ada juga bawak anak2 pergi duduk kat hotel di sini.. tapi hotel murah saja.. :)
KL ni bukan lagi 1Malaysia.. tapi, 1Dunia.. semua bangsa ada..
Bestnya.... dapat makan free.. kat dalam istana lagi tu..hehe
BalasPadamAt least tak dapat makan dalam istana, dalam Hotel Istana pun dah ok sesangat.
mmg best tu.. sesekali utk layan makan2 kat situ
BalasPadamSalam Nida..
BalasPadambetul tu - tak dapat masuk istana, masuk hotel isatan pun, jadilah..:)
Salam Maiyah..
BalasPadamok la.. pelayan pun semuanya pelayan import! :)
ish ish ish, senang bebenor ye, satu malam 7, 8 ghibu, 28 ghibu, berpuluh ghibu!!! Adapun teman ni bersyukur benor le dgn rejki yg Allah bagi setakat ni.....cukup2 le nak mmbayor utang, belanja sekolah anak2, bayor saknike bil, nak berlebih2 bebelanja tu idak le....
BalasPadamSalam Fa..
BalasPadamitule pasei.. tak payoh nak belajo tetinggi pun.. ada bakat (anugerah Allah), nyanyi2 dah dapat ghibu2.. bukan semalaman pun.. tak sampei sejam.. yang melongong kat bawah tu.. setahun koje pun tak dapat nak ngumpui banyok itu.. tapi, syukurlah masih ada rejki kan.. :)
Wahh Shiela Majid tuh... Kalu SITI Nurhaliza, 2 lagu jer 25K tak lari..
BalasPadamuntung syarikat, untung jua keluarga pekerja syarikat, kan? Best nyerrrr...
Pengalaman saya, pernah menang 2nd Grand Prize Lucky Draw, dapat TV Plasma 21 inch.. seronokkkk.. skang dah takda annual dinner lagi dah...
Salam Azie..
BalasPadamkakcik pernah dapat toaster oven (tahun lepas atau dua tahun lepas).. tapi, sampai sekarang masih duduk dalam kotak lagi! :)
Salam Kakchiks
BalasPadammemang lumayan tu kakchiks.mesti akak kena control diri akak,maklumlah akak baru sangat operate..
bertiga pun tak ape kan , adik?
Salam Qaseh..
BalasPadamkakcik ni memang suka 'keluar'... penat juga duduk saja kat rumah. Adik ikut pun masih banyak meja yang kosong.. rugi betul rasanya..
Salam..
BalasPadamBest juga dpt makan2 sambil dihiburkan oleh artis...saya pernah juga diundang dlm majlis yg mcm ni tahun lepas. Kena pula Hazami yg nyanyi, best sgt. Dato' Sheila, saya pun tak minat...
Woww.... besh nyer dapat makan dinner. Jangan tak pantang Kak Cik nanti kena gatal2 tempat operate. hehehehhe
BalasPadamSalam Niza..
BalasPadamkalau keadaan diri sihat wal'afiat mungkin bertambah seronok.. tapi, dalam keadaan begini, sekurang2nya kakcik 'sedar diri'.. :)
Salam Vic..
BalasPadambab pantang ni, kakcik ada lemah sikit.. sebab kakcik pantang jumpa.. hehehe.. :)
wah..syamsul tu 1mlm rm8k ek..pakcik kayo tol tuh...
BalasPadamSalam jmr..
BalasPadamrezeki dia.. atas usaha yang berterusan.. :)
Wowww!! haidah2 pun best giler ;)
BalasPadamTakpela kakcik, hamper pun ok pe.. leh makan2 :D