bapa discaj hari sabtu lepas semasa aku di langkawi
kos keseluruhan hampir RM10k...
dua adik perempuanku mendahulukan wang mereka untuk membiayai kos tersebut.
aku????
nampaknya sekarang aku berhutang dengan adik2ku
insyaAllah, akan aku usahakan untuk membayar balik kepada adik2ku
biasanya begitulah...
kami - 3 orang anak perempuan bapa - akan berkongsi dalam hal2 yang melibatkan DUIT.
sesekali, anak lelaki bongsu bapa akan turut membantu..
seorang lagi anak lelaki bapa?
yang dulunya memang menjadi kesayangan bapa -
menghilang - kononnya ada rajuk yang orang tak faham
dan kononnya sekarang menemui ketenangan yang dicari - biarkanlah!
Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui....
Klik klik
Isnin, Jun 29, 2009
Khamis, Jun 25, 2009
merayau lagi...
insyaAllah
esok hingga ahad
aku akan berada di langkawi
isnin hingga rabu pula
di lumut
jadual untuk keluar ke sabah dan sarawak
bulan julai nanti pun dah keluar...
kalau aku ni bujang
mungkin akan rasa seronok
masalahnya
aku ni ada rumahtangga
ada suami dan anak-anak
ada bapa yang keadaan kesihatannya tidak begitu baik...
tawakkaltu'Alallah.....

kesihatan bapa
pagi tadi, dlm perjalanan ke pejabat, aku dan suami singgah sebentar melawat bapa di Pusat Pakar Al Islam, Kg. Baru. Tiub2 di bahagian bawah badan bapa telahpun dibuka. Bapa diminta cuba untuk kencing sendiri tanpa tiub... mudah2an bapa boleh melakukannya. Muka bapa pun nampak agak merah (tidak lagi pucat). Aku bawakan sedikit kuih muih untuk bapa dan kakak. Kami naikkan bahagian kepala katil agar bapa berada dalam posisi duduk. Walaupun tidak begitu selesa, tapi nampaknya bapa bolehlah makan kuih sambil duduk. Bapa juga tak perlu di suap. Alhamdulillah.. mudah2an kesihatan bapa beransur baik dari masa ke semasa.
Tadi kakak telefon - bapa mungkin discaj 2 hari lagi kerana pihak hospital mahu melatih bapa berjalan semula, sekurang2nya ke bilik air. Dah lebih sebulan, bapa hanya terbaring saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat bapa...

mencari masa terluang
sebenarnya banyak perkara yang ingin aku luahkan di sini..
tapi, aku masih mencari waktu. Sekadar mencuri2 masa, tak memungkinkan aku meluahkan seluruh isi hati aku di sini.... tentang kekecewaan, tentang harapan, tentang masa lalu dan berbagai tentang lagi.......

Rabu, Jun 24, 2009
bagaimana orang yang tak berduit????????
alhamdulillah..
bangcik dah discaj dr Hospital Pantai Ampang.
kata doktor, dia kena jangkitan dan perlu dirujuk ke Pakar ENT.
bil rawatan menunjukkan angka RM4K +++
bagaimanalah nasib mereka yang tidak berkemampuan?
ke hospital swasta - bayarannya - aduhai!
ke hospital GOMEN - memang murah - tapi saat menunggu - aduh!
(aku malas nak komen lebih2...)
aku pun sebenarnya tidak berkemampuan
keluar masuk hospital swasta semata2 kerana ada ehsan dari Syarikat tempat suamiku bekerja.... kalau tidak, mahu tak mahu - aku tak punya pilihan lain selain hospital gomen jugak!

melepaskan lelah
selepas beberapa hari di pulau pinang - dalam perjalanan balik ke kl...
singgah sebentar di pulau aman yang memang aman tenteram dengan menaiki bot...
feri yang berulangalik antara pulau pinang dan tanah besar...

Syukur Alhamdulillah
tadi kakak telefon dari hospital
katanya bapa dah boleh makan sambil duduk
bapa duduk dengan bantuan jururawat - x kisah lah - janji bapa tak rasa sakit...

tidur di hospital lagi
pagi ini aku datang ke pejabat dari hospital lagi
bangcik dah 4 malam tidur di wad - demam panas dan setiap kali menghembus hingus, ada darah yang ikut keluar :(
hanya malam tadi aku dapat menemani bangcik
dua malam pertama bangcik di wad, aku di bukit tinggi, pahang..
kemudian aku dan adikku sibuk dengan bapa yang juga masuk wad..
Alhamdulillah, bapa telah selamat menjalani pembedahan pada jam 4.30 - 6.00 petang, Isnin 22/06/2009 di Pusat Pakar Al-Islam, Kg Baru.... (ini yang menaikkan darah suamiku dengan HUKM - kononnya tiada rawatan yang boleh diberi kepada bapa!)...
Mudah2an selepas ini kesihatan bapa akan pulih. Kalau tidak 100%, 90% pun aku amat2 bersyukur. Apa yang sangat aku harapkan, bapa boleh bangun dan berjalan seperti sediakala...

Jumaat, Jun 19, 2009
penat
tengahmalam tadi tiba di rumah dari pulau pinang..
petang ini bertolak pula ke arah pahang
memang penat!
petang ini bertolak pula ke arah pahang
memang penat!
Isnin, Jun 15, 2009
aku di sini
aku di pulau pinang sekarang
baru tiba semalam
akan balik khamis nanti - insyaAllah
sabtu lepas aku baru je tiba di rumah dari johor....

Selasa, Jun 09, 2009
masak aku!
mula esok aku akan kerja luar
sehingga sabtu aku akan berada di kota tinggi, johor
mulai ahad akan berada di pulau pinang sehingga khamis
jumaat sampai ahad pula ada team building di bukit tinggi
26 - 28/6, kalau ada umur aku akan berada di langkawi
(urusan menyibuk - ikut suami)
29/6 hingga 1/7 pula berkursus di lokasi yang belum diberitahu
(yang pastinya di luar kuala lumpur)
memang masak aku!
Dan yang menyedihkan - buat beberapa waktu
aku tak dapat berjumpa bapa :(

haru!
hari ini aku saja-saja nak gembirakan hati - walaupun hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa berkecamuk dan galau serta simpang siur yang bersarang dalam hati ini...
sesaja aku bergurindam dan bergelak tawa sampai menimbulkan kehairanan di hati mereka yang jauh lebih muda dariku.... Hanya 2 tahun lebih sikit - aku akan mencapai usia 50 tahun (jika diizinkan Allah...), tapi sesekali aku bersikap bagaikan masih di usia 20an...
mesti Along akan malu kalau tengok maknya berperangai macam remaja, sedangkan Along sendiri bersikap lebih matang - uh! memang haru!

Isnin, Jun 08, 2009
memandikan bapa
Semalam aku mengambil keputusan untuk 'memandikan' bapa.
Telah berminggu-minggu - mandi bagi bapa cumalah badannya dilap dengan air sabun dan dibilas dengan air suam...
Jadinya semalam, setelah memastikan bapa dalam keadaan selesa - tidak merasa sakit belakang bila diangkat.. aku dengan dibantu suami dan anak-anak, mengangkat bapa ke bilik air, letak diatas kerusi malas, dan mandikan bapa...
Bapa nyata merasa gembira kerana dapat mandi dengan puas - bersabun dan menjirus air ke seluruh badan...
Walaupun bahagian belakang badan telah kurang sakitnya, tapi bapa mengadu sakit dada pula... Tambahan, semalam berkali-kali bapa diangkat... Aku sengaja berbuat begitu supaya bapa tak hanya terlantar di atas katil. Dari katil aku dengan dibantu anak2ku, mengangkat bapa ke kerusi malas, supaya bahagian kepala bapa lebih tinggi dari badan. 2-3 jam di kerusi malas, kami angkat semula bapa ke katil...
Yang sedihnya, semasa bapa diangkat untuk dihantar ke rumah adik.. masukkan dalam kereta dan diangkat menaiki tangga di rumah adik (rumah adik 3 tingkat). Bapa mengaduh kuat sebaik saja diletakkan di atas katil kerana sakit dada.... Walaupun kami tak merasakan kesakitan bapa.. tapi kami tahu bapa memang sakit.... Yang termampu kulakukan cuma menyapu minyak ke dada bapa sambil berselawat... Mudah2an ringan kesakitan yang bapa tanggung...

pening!
minggu ini dan minggu depan aku diarahkan untuk bertugas di luar pejabat - ke Johor dan Pulau Pinang. Semalam aku terpaksa juga menghantar bapa ke rumah adik. Bapa menangis - pilunya hatiku hanya Allah yang tahu.......
bertambah pening..
bila out station, wang kena ada - semuanya perlu guna duit sendiri sebelum boleh claim pada hujung bulan. Kedudukan kewanganku memang parah buat masa ini.. berbelanja rasanya seperti biasa saja malah lebih berhati2 dalam keadaan gawat ini...
tapi wang seperti telah terlalu kecil nilainya :(

Jumaat, Jun 05, 2009
alamak! terpecah ketawaku baca entri ni....
dari : http://jebonisme.blogspot.com
Entri Separa Lucah Pertama Aku
Rakan aku, Syed Husni, pantang bila sesiapa membuat kesilapan mengeja atau tatabahasa.
Sangat pantang.
Aku tersilap eja nama Accapan pun dia marah (Tahulah muka macam Accapan, janganlah sensitif sangat!). Dia akan betulkan dengan cara lembut, tapi selalunya kasar. Terpulang pada situasi.
Aku pula tak kisah sangat kalau orang nak salah mengeja atau salah tatabahasa. Kecuali kalau orang tu ejek aku tak pasal-pasal. Benda begini tak berapa annoy aku sebab aku pun kadang-kadang salah eja (contoh : aku eja Accapan sebagai Acappan).
Tapi, ada beberapa kes yang aku tak boleh tahan. Aku rasa kena betulkan juga.
Contohnya, Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud sewaktu menjadi juri pertandingan Malaysian Idol dan Akademi Fantasia.
Apabila ada peserta yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris menyanyikan lagu Inggeris, mereka akan kata "Adik, proNOUNciation tu kena betul dik, ya. Nanti suruh cikgu-cikgu ajar proNOUNciation yang betul ya." dengan nada suara yang paling lantang.
Peserta-peserta tu pun akan tersipu-sipulah sambil mengangguk-angguk dan merundum sedikit tahap keyakinan diri mereka.
Macam Magenta pernah kata, ibarat mengambil tip diet dari orang gemuk.
Perkataan itu sebenarnya ialah proNUNciation.
Aku tak kisah kalau ada yang bersembang dan masih sebut proNOUNciation. Tapi Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud ini aku terkisah sebab mereka menyuruh orang untuk pronounce betul-betul, tapi mereka sendiri pun salah pronounce.
Ada lagi satu perkara yang aku perlu ambil kisah tentang sebutan :
Semalam, ada seorang lelaki kurus bermisai nipis di tempat kerja sementara aku mengomel seorang diri. Mungkin juga dia sedang bercakap dengan aku, sebab hanya kami berdua saja di pejabat ketika itu.
Aku tanya, "Kau kenapa?"
Dia jawab, "Aku runsing ni!"
Aku tanya lagi, "Kenapa runsing?"
Dia jawab, "Aku tak dapat konek la.... Aku stress!"
Bila mana-mana lelaki kurus bermisai nipis cakap kat aku yang dia runsing sebab tak dapat konek, memang aku akan tersentak secara automatik... (Sebab aku suci)
Aku diam..... (main solitaire)
Dia berkata lagi dalam nada yang marah, "Wei, kau tolong call kan TM sekarang. Tanya dia orang apasal aku tak dapat konek kat internet ni! Bengang betul aku!"
Connect connect connect!!! Bukan konek laaaa, bodoh!!

Syukur PadaMu Ya Allah
hari ini Along dah mula berjinak2 dengan tugas barunya sebagai Imam di sebuah Masjid di Daerah Pandan. Walaubagaimanapun, Along bukanlah meninggalkan tugasnya sebagai Guru Agama. Along jadi Imam secara bergilir2. Hari ini Along belum menjadi Imam untuk Solat Jumaat, sebaliknya memberi tazkirah sebelum Solat. InsyaAllah mulai Subuh esok, Along akan menjadi Imam untuk solat fardhu di Masjid tersebut..
Ya Allah, bimbinglah anak2ku juga diriku dan suami ke jalan yang Kau redhoi...
jauhkan keluargaku dari sikap bongkak, takbur atau merasa besar diri....

Fibromialgia
Anda berasa letih dan sakit pada seluruh badan, terutamanya tengkuk, bahu, belakang, pinggul, tangan atau kaki. Ada beberapa bahagian pada badan anda yang dikenali sebagai “bahagian sakit” yang terasa sakit bila disentuh. Namun begitu, apabila anda menjalani ujian di klinik, tidak ada apa yang ditunjukkan.
Sebelum anda mula berfikir bahawa sakit itu hanya dalam otak anda, mungkin anda harus bertanya doktor sama ada anda menghidap fibromialgia.
Apakah Fibromialgia?
Fibromialgia (FM) ialah penyakit kesakitan kronik yang mana ciri-cirinya adalah lenguh otot di seluruh badan, sakit dan kekejangan, sakit tisu lembut, keletihan dan masalah tidur.
Mereka yang menghidap juga mungkin mempunyai simptom lain seperti sakit kepala, tangan dan kaki yang berdenyut-denyut atau kebas, sengungut dan masalah dengan pemikiran dan ingatan, yang kadang kala dikenali sebagai “fibro fog”.
Sakit dan keletihan kadangkala begitu teruk sehingga mengganggu kehidupan harian seperti bangun daripada tidur dan bekerja. Sakit ini bertambah teruk dalam cuaca sejuk/lembap, tidur yang tidak memulihkan, keletihan fizikal dan mental, aktiviti fizikal berlebihan, tiada aktiviti fizikal, kerisauan dan ketegangan.
Simptom lain termasuk usus dan pundi kencing yang rengsa, sindrom kaki resah (gangguan pergerakan kaki berkala), kulit sensitif dan ruam, mata dan mulut kering, kemurungan, bunyi di dalam telinga, pening, masalah penglihatan, Sindrom Raynaud, simptom neurologi, dan masalah koordinasi. Semua simptom ini akan datang dan pergi.
Sakit otot biasanya dirasakan apabila pesakit melalukan aktiviti ulangan. Oleh itu, ramai pesakit mengehadkan aktiviti mereka termasuk rutin senaman. Ini menjadikan mereka tidak sihat dan akan memburukkan lagi simptom fibromialgia.
Fibromialgia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, yang mana wanita pertengahan umur berada dalam golongan peratusan yang tertinggi. Lebih ramai wanita yang menghidap fibromialgia berbanding lelaki, dengan nisbah kira-kira 20:1.
Mereka dengan reumatoid artritis, spondilitis mengankilosis, lupus eritematosus sistemik (lupus) dan penyakit auto imun yang lain berkemungkinan tinggi akan menghidap fibromialgia.
Walaupun ramai pesakit fibromialgia merasakan sakit apabila mereka berehat, rasa sakit itu amat ketara apabila otot mereka digunakan. Ketidakselesaan ini mungkin amat teruk sekali sehingga mengehadkan kebolehan mereka melakukan kerja-kerja harian mereka.
Apakah penyebab Fibromialgia?
Fibromialgia tidak mempunyai sebab yang diketahui, walaupun saintis dapat mengaitkannya kepada perkara trauma seperti kemalangan kereta, kecederaan berulang dan penyakit. Hubungan genetik juga dikatakan faktor penyebab.
Penyelidik juga mendapati bahawa Fibromialgia berlaku disebabkan keluarbiasaan fisiologi dalam korda spina, kawasan talamus otak dan paksi HPA.
Pemprosesan deria luar biasa dalam sistem saraf pusat meningkatkan pengalaman sakit dalam orang yang menghidap fibromialgia, dan membuatkannya lebih teruk lagi.
Pengurusan Fibromialgia
Cabaran utama untuk pesakit ialah diagnosis yang tepat. Oleh sebab tidak terdapat ujian makmal yang dapat mendiagnosis fibromialgia, doktor perlu bergantung pada pemeriksaan klinikal yang terdiri daripada sejarah perubatan pesakit, keterangan simptom, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan bahagian yang sakit.
Menurut American College of Rheumatology (ACR), kriteria ini mesti meliputi sakit di keempat-empat kuadran badan untuk tempoh minimum tiga bulan dan rasa sakit di sekurang-kurangnya 11 daripada 18 bahagian sakit apabila terdapat tekanan ke atasnya.
Tidak ada ubat untuk fibromialgia, tetapi terdapat beberapa perkara yang dapat melegakan anda. Berikut adalah beberapa tip:
1) Dapatkan seorang doktor yang memahami anda
Apabila ujian darah dan x-ray menunjukkan bahawa tiada masalah, ramai doktor akan memberitahu anda bahawa anda mempunyai masalah psikologi. Dapatkan pendapat kedua atau ketiga sehingga anda berjumpa dengan doktor yang biasa dengan fibromialgia dan yang dapat memahami kesakitan anda.
2) Atasi rasa sakit
Perubatan tahan sakit seperti asetaminofen atau ibuprofen mungkin berkesan dalam mengawal kesakitan yang dialami. Antidepresan dan suntikan pada bahagian sakit mungkin juga dapat membantu. Program tetap yang meliputi senaman ringan dan regangan yang dapat mengekalkan otot dan mengurangkan sakit dan kekejangan juga disyorkan.
3) Dapatkan tidur yang mencukupi
Rejim tidur yang sihat – seperti waktu masuk tidur dan bangun yang sama setiap hari, memastikan bahawa persekitaran tidur adalah sesuai, pengelakan kafeina, gula, alkohol sebelum tidur – akan melegakan keletihan siang hari. Perubatan tidur hanya disyorkan dalam kes kronik apabila pesakit tidak dapat tidur disebabkan sindrom kaki resah atau penyakit penggerakan kaki berkala.
4) Sokongan sosial
Sokongan Psikologi dan emosional adalah penting untuk pesakit fibromialgia. Pesakit perlu kerap berkomunikasi dengan sahabat handai dan ahli keluarga atau menjalani kaunseling apabila mereka mula ingin memencilkan diri.
5) Terapi pelengkap
Terapi merehatkan minda dan badan dapat membantu. Cuba terapi fizikal, urut terapeutik, terapi air, aerobik ringan, acupressure, aplikasi panas atau sejuk, akupunktur, yoga, senaman merehatkan, teknik pernafasan, terapi kognitif atau perkhidmatan kiropraktik.
6) Pemakanan yang baik
Pastikan diet anda seimbang dan berunding dengan doktor sama ada pemakanan tambahan diperlukan. Pemakanan yang baik akan meningkatkan kesejahteraan dan membantu anda menguruskan simptom dengan lebih baik.
7) Ubah gaya hidup anda
Ketahui apa yang menambahkan kesakitan, seperti pergerakan ulangan tertentu dan elakkan diri daripada melakukannya atau lakukan pada kadar yang sesuai agar anda tidak menyakitkan diri anda. Anda mungkin perlu berfikir tentang bertukar pekerjaan atau mengurangkan kadar kerja anda sekiranya simptom agak serius.

adoiiiiiiii
hari ini aku ke pejabat dengan mata yang separuh bengkak
puas menangis malam tadi
bahagian kanan badanku dari pinggul ke kaki sakit teramat
dah pergi jumpa doktor pakar
dah masuk wad
tapi semuanya baik-baik saja..
jadi apa sebenarnya sakit yang kutanggung ini????

Khamis, Jun 04, 2009
malam tadi
aku kembali tidur di sisi katil bapa
bapa memang tak lena
sekejap2 minta bekas untuk buang air kecil
dan juga minta air minum
pagi ini sewaktu aku bersiap-siap
untuk keluar ke tempat kerja
kulihat bapa mengesat2 matanya
aku pasti bapa menangis
entah apalah yang ada dalam fikiran bapa agaknya :(
petang semalam
aku suapkan bapa susu panas dan biskut
bapa kata perutnya pedih
adik iparku cuma bagi bapa makan bubur nasi
dan bapa pula segan untuk meminta biskut.....
Ya Allah.. pulihkanlah bapaku
dari segala penyakit yang dideritainya.....

Rabu, Jun 03, 2009
melawati blog
rupa-rupanya memang banyak faedah dan pengetahuan juga pengajaran
andai kita rajin melayari berbagai-bagai blog di maya ini
membaca kisah dan dugaan yang dihadapi insan lain
aku merasakan apa sangatlah dugaan yang sedang kuhadapi......

lena yang panjang
malam tadi tidur ku betul2 lena
dari jam 9 mlm hingga 5 pagi...
konon2nya nak gosok kain baju
nasib baik belum on suiz seterika
kalau tak mahu berasap satu rumah
mujur juga adik bongsuku bersama anak isterinya
datang bermalam di rumahku
jadi, merekalah yang tidur di sebelah katil bapa
adik iparku bersama anak2nya tidur di bilik angah
angah pula telah kembali ke kolej pengajiannya...
rasanya sudah cukuplah rehatku semalam
malam ini aku akan kembali tidur di sebelah katil bapa.... insyaAllah

Selasa, Jun 02, 2009
menarik nafas
petang ini aku sengaja mengambil kesempatan untuk balik lambat
kebetulan pula suamiku ada kerja yang hendak disiapkannya
jadi, aku ikut waktu baliknya..
tak perlu along datang menjemput
dan aku tak mahu balik dengan menumpang kawan...
aku ingin waktu seketika
untuk merehatkan fikiranku
sebenarnya aku agak lelah
5 malam tidur di hospital
bukan seperti bercuti di hotel mewah
walaupun hospital swasta itu
boleh dikatakan tenteram -
tiada hiruk pikuk
duduk di bilik kongsi berdua
dan kebetulan katil sebelah kosong -
aku merasa agak bebas..
bilik solat ada disediakan
bilik air pun ok
tv dengan siaran dari saluran2 astro pun ada...
tapi aku tetap rasa penat..
sebab???
aku cuma tidur atas kerusi malas
dan sesekali menumpang di katil adik..
aircond terpaksa di pasang kuat
dan adik kena 'disejukkan'
w/pun sebenarnya dia sedang menggigil
dan minta di selimut...
aku juga kesejukan sampai 'ke tulang hitam'
nurse kata jgn selimutkn adik
suhu badan adik adakalanya naik sampai 41C..
tapi bila suamiku datang
dia kata adik kena diselimut supaya berpeluh...
sudahnya aku yang jadi celaru...
walaubagaimanapun
syukur Alhamdulillah
adik dah sembuh
dah balik ke rumah pun tengahari tadi...
jadi
petang ini aku ingin rileks dulu
sebelum balik ke rumah
sebab
bila balik nanti
dapat ku bayangkan
rumah yang berselerak
lantai yang ada sisa2 makanan
kain baju yang perlu dilipat/digosok/disusun
adik iparku memang tolong lipat baju
tapi.. aku ni manusia cerewet
aku akan lipat semula
untuk sesuaikan susunan dalam almari
aku tetap akan ke dapur
untuk susun pinggan mangkuk
mengikut citarasaku
suamiku kata
itu semua yang membuatkan aku bertambah penat..
biarkan saja lah...orang dah tolong tu kan bagus.... kata suamiku..
kerana sikap cerewet juga
aku tak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah..
takut aku pula yang buat semua kerja
dan pembantu jadi 'mem besar'...
syukur juga
sejak menjalani pembedahan membuang folip2 sinus
aku terperasan penyakit semput ku telah 98% hilang...
ada setengah jam lagi sebelum suamiku datang...
nak rileks kejap....

tidur di hospital
malam tadi aku tidur di hospital lagi
bagaimanapun demam adik nampaknya semakin berkurangan
semalam suhu badan adik pun dah turun
insyaAllah adik boleh discaj hari ini
dan aku tak perlu lagi datang ke pejabat dari hospital....

Isnin, Jun 01, 2009
aku manusia biasa
seboleh2nya aku tak mahu
menjadi manusia yang begitu sensitif
yang begitu mudah tersentuh atau emosional
hanya pada sepatah perkataan
atau sebaris ayat...
tapi
aku hanya manusia biasa
andainya sesuatu itu diulang2
meskipun tidak jelas maksudnya
bisa menggigit tangkai hatiku
lalu
rasanya lebih baik aku begini
menyendiri dan menyepi.....

seminggu yang penuh dugaan
hari ini aku kembali ke blog ini...
lebih seminggu aku bagai 'terputus hubungan' dengan dunia luar
tv dan suratkhabar bagai tak memberi apa2 makna
komputer di rumah pula rosak dan tak memungkinkan aku melayari internet
nak gunakan laptop angah - dia pulak bagaikan 'melekat' dengan laptopnya
malas aku nak kacau.....
aku menjaga bapa
bagaikan menjaga seorang bayi
bila bapa tak lena di waktu malam
aku juga turut tak lena
pagi2 aku akan mandikan bapa (sebenarnya hanya lap seluruh badannya
dengan air sabun dan bilas dengan air suam)
kemudian suapkan bapa sarapan
biasanya hanya biskut dan susu panas
(bapa seolah2 telah hilang selera makan)
bila bapa dah selesa dan tidur di nwaktu pagi
aku juga akan ambil kesempatan untuk tidur
sebelum meneruskan rutin harian - memasak/membasuh/mengemas dsbgnya...
dugaan datang tanpa diminta atau diduga
rabu malam - badan adik (sibongsuku) mula panas
adik sebenarnya akan tidur denganku walau di mana saja..
jadi, bila aku tidur di ruang tamu menemankan bapa,
adik akan turut serta...
panas badan adik agak tinggi
aku kejutkan suami agar hantar adik ke klinik..
tapi - biasalah orang lelaki (walaupun bukan semua)-
tahap 'kesabaran' mereka memang tinggi...
anak dah demam pun, masih boleh bertangguh untuk bawa ke klinik..
suamiku hanya menghantar adik ke hospital pada jam 6 pagi khamis
suhu badan adik dah cecah 40C ..
adik di masukkan ke wad...
bermula pula rutin baru buatku
pagi ini aku datang ke pejabat dari hospital
sudah 4 malam aku bermalam di hospital menemankan adik
rasanya hendak saja aku mengambil cuti, tapi memandangkan
aku baru saja mengambil cuti selama seminggu
dan hari ini baru saja masuk 1 Jun,
aku terpaksa juga melangkah ke pejabat....
semasa menjaga adik di hospital
aku juga terpaksa bekejar balik ke rumah
untuk menguruskan bapa...
sesekali adik2ku datang membantu
tetapi iyelah...
naluri ibubapa -
anak2 di utamakan w/pun belum pasti
anak2 itu akan menjaga kita
sebagaimana kita 'menatang' mereka....
syukurlah cuti sekolah telah bermula
adik iparku dari ipoh sanggup datang
untuk membantu menjaga bapa
aku terima semua ini
sebagai ujian yang telah Allah tentukan buatku.......

Langgan:
Catatan (Atom)