pagi ini aku datang ke pejabat dari hospital lagi
bangcik dah 4 malam tidur di wad - demam panas dan setiap kali menghembus hingus, ada darah yang ikut keluar :(
hanya malam tadi aku dapat menemani bangcik
dua malam pertama bangcik di wad, aku di bukit tinggi, pahang..
kemudian aku dan adikku sibuk dengan bapa yang juga masuk wad..
Alhamdulillah, bapa telah selamat menjalani pembedahan pada jam 4.30 - 6.00 petang, Isnin 22/06/2009 di Pusat Pakar Al-Islam, Kg Baru.... (ini yang menaikkan darah suamiku dengan HUKM - kononnya tiada rawatan yang boleh diberi kepada bapa!)...
Mudah2an selepas ini kesihatan bapa akan pulih. Kalau tidak 100%, 90% pun aku amat2 bersyukur. Apa yang sangat aku harapkan, bapa boleh bangun dan berjalan seperti sediakala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatlah apa saja..saya sedia membaca...