malam tadi tidur ku betul2 lena
dari jam 9 mlm hingga 5 pagi...
konon2nya nak gosok kain baju
nasib baik belum on suiz seterika
kalau tak mahu berasap satu rumah
mujur juga adik bongsuku bersama anak isterinya
datang bermalam di rumahku
jadi, merekalah yang tidur di sebelah katil bapa
adik iparku bersama anak2nya tidur di bilik angah
angah pula telah kembali ke kolej pengajiannya...
rasanya sudah cukuplah rehatku semalam
malam ini aku akan kembali tidur di sebelah katil bapa.... insyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatlah apa saja..saya sedia membaca...